Topeng melanisme
Penampilan
(Dilencongkan daripada Topeng melanistik)
Topeng melanisme (juga dirujuk sebagai topeng atau topengan) ialah suatu corak bulu anjing yang memberikan penampilan topeng pada muka anjing. Bulu pada muncung, dan kadang-kadang seluruh muka atau telinga, diwarnai dengan pigmen eumelanin dan bukan feomelanin. Eumelanin biasanya hitam, tetapi juga boleh bewarna perang, kelabu gelap, atau kelabu-perang cerah. Feomelanin berwarna berlainan daripada krim pucat hingga mahogani. Trait ini disebabkan oleh M264V (EM), suatu alel (bentuk) dominan sepenuhnya bagi gen reseptor melanokortin 1.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Anjing gembala Jerman dengan topeng hitam.
-
Whippet berbulu panjang dengan topeng hitam.
-
Dogue Bordeaux merah dengan topeng hati.
-
Anjing Santo Bernard dengan topeng hitam dan tanda putih
-
Terier biru Kerry dengan topeng hitam. Sungguhpun bulu pada badan telah mencerah warnanya dalam suatu proses yang dikenali sebagai "pembersihan" atau "pengelabuan", topengnya mengekalkan warna aslinya.
-
Anak collie sempadan dengan topeng hitam, titik-tItik sawo matang, dan tanda putih. Di bahagian hadapan muncung, titik-titik pada pipi separanya "terlitup", atau terencat ekspresinya, oleh topeng.