Enggang paruh merah Tanzania
Enggang paruh merah Tanzania | |
---|---|
Jantan di Tanzania | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Bucerotiformes |
Keluarga: | Bucerotidae |
Genus: | Tockus |
Spesies: | T. ruahae
|
Nama binomial | |
Tockus ruahae Kemp & Delport, 2002
|
Enggang paruh merah Tanzania (Tockus ruahae) ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Ia ditemui di tengah Tanzania. Kesemua ekor enggang paruh merah dahulunya pernah dianggap sama spesies.
Pemerihalan
[sunting | sunting sumber]Ia berparuh merah terang melengkung berhujung titik kecil jingga gelap. Skleranya boleh berbeza-beza dari jingga muda hingga kuning gelap dan pupilnya biasanya hitam gelap. Seperti kebanyakan spesies enggang, ia mempunyai lingkaran kulit hitam bersaiz sederhana di sekeliling matanya, pada kedua-dua betina dan jantan. Ia mempunyai leher dan perut putih-kelabu. Sayapnya seperti semua enggang paruh merah mempunyai tompok putih besar dan kecil yang dikelilingi oleh bulu hitam. Bulu ekornya panjang dan hitam di bahagian luar dan putih di bahagian dalam.
Taburan
[sunting | sunting sumber]Ia boleh ditemui di tengah Tanzania. Ia biasanya ditemui berehat atau bersarang di pokok-pokok hutan atau savana di mana sumber makanannya banyak.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Jantan di Taman Negara Serengeti, Tanzania
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Kemp, A.C. and W. Delport. 2002. Comments on the status of subspecies in the red-billed hornbill (Tockus erythrorhynchus) complex (Aves: Bucerotidae), with the description of a new taxon endemic to Tanzania. Annals of the Transvaal Museum 39: 1–8.
- Delport, W., A.C. Kemp, and J.W.H. Ferguson. 2004. Structure of an African Red-billed Hornbill (Tockus erythrorhynchus rufirostris and T. e. damarensis) hybrid zone as revealed by morphology, behavior, and breeding biology. Auk 121: 565–586.