Taman Negara Tunku Abdul Rahman
Taman Negara Tunku Abdul Rahman تامن نڬارا تونكو عبد الرحمن | |
---|---|
IUCN Kategori II (Taman negara) | |
Ralat Lua pada baris 511 di Modul:Location_map: Tidak dapat cari takrifan peta lokasi yang ditentukan: "Modul:Peta lokasi/data/Indonesia Borneo" tidak wujud. | |
Lokasi | Sabah, Malaysia |
Bandar raya terdekat | Kota Kinabalu |
Luas | 49 km² |
Ditubuhkan | 1974 |
Badan pentadbir | Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah |
sunting |
Taman Negara Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan kawasan perlindungan hidupan liar yang telah disytiharkan oleh kerajaan Malaysia. Taman ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan di perairan Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah.
Taman Negara Tunku Abdul Rahman terdiri daripada sekumpulan lima pulau yang terletak di antara 3 hingga 8 kilometer di luar Kota Kinabalu. Taman ini terbentang sejauh 4,929 hektar serta dua pertiganya meliputi laut. Sebelum munculnya Zaman Ais, ia membentuk sebahagian daripada jisim batu pasir dan batu endapan tanah besar Banjaran Crocker. Walau bagaimanapun, kira-kira satu juta tahun dahulu, pencairan ais telah membawa kepada perubahan paras air laut dan bahagian tanah besar telah dipotong oleh laut untuk membentuk pulau-pulau yang menghasilkan Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug. Bukti ini boleh dilihat daripada dedahan batu pasir di pinggir laut yang menghasilkan tebing, gua, lubang-lubang dan rekahan yang dalam. Taman ini dinamakan sempena Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Terminal Feri Jesselton Point di pusat bandar Kota Kinabalu merupakan sebuah terminal feri bagi mereka yang menuju ke pulau-pulau di Taman Negara Tunku Abdul Rahman (Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug). Teriminal feri ini juga merupakan titik berlepas bagi pelanggan yang tinggal sama ada di Resort Pulau Manukan atau Resort Gayana.
Pelancong dapat melihat keindahan pantai dan panorama maritim iaitu gugusan pulau yang kekal keindahan alam semula jadinya dan dasar laut kaya dengan terumbu karang. Ia merupakan kawasan sesuai bagi penyelam yang ingin melihat keindahan dasar laut. Para pelancong juga berpeluang mengembara merentasi hutan melalui denai-denai kecil di Pulau Gaya dan Sapi.
Gugusan pulau
[sunting | sunting sumber]Taman Tunku Abdul Rahman meliputi lima buah pulau, iaitu Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, dan Pulau Sulug dengan keluasan keseluruhan 4,929 hektar serta jaraknya dari Kota Kinabalu antara tiga hingga lapan kilometer. Pulau-pulau ini merupakan tempat perlindungan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan termasuk sejenis burung yang paling ganjil iaitu tambun biasa yang kelihatan seakan-akan seekor ayam tetapi mempunyai kaki yang besar dan mengeluarkan bunyi seperti kucing.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]- 1882 Syarikat Borneo Utara British membuka pusat perniagaan di tanah besar Pulau Gaya sebelum bandar raya Kota Kinabalu dibuka secara rasminya dan diisytiharkan sebagai ibu negeri Sabah.
- 1974, Pulau Gaya dan Sapi diwartakan sebagai Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan diikuti Pulau Manukan, Mamutik dan Sulug pada 1979.
Suhu
[sunting | sunting sumber]- Suhu di taman ini antara 23.8 hingga 29.4 darjah Celsius.