Sultan Zainal Abidin II
Penampilan
(Dilencongkan daripada Sultan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mansur Riayat Shah)
Sultan Zainal Abidin II | |
---|---|
Sultan Terengganu | |
Pemerintahan | 1794–1808 |
Didahului oleh | Sultan Mansur I |
Diikuti oleh | Sultan Ahmad Shah I |
Keputeraan | s. 1744 |
Kemangkatan | 1808 (berumur 63–64) |
Pemakaman | Masjid Abidin, Kuala Terengganu |
Kerabat | Wangsa Bendahara |
Ayahanda | Sultan Mansur I |
Agama | Islam |
Sultan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mansur Riayat Shah atau Sultan Zainal Abidin II (s. 1744 M[1] – 1223 H/1808 M atau 1227 H/1812 M[2]) ialah sultan Terengganu ketiga dan putera kelima kepada Sultan Mansur Riayat Shah dengan Tengku Bulang puteri Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Semasa ditabalkan Baginda telah berumur 50 tahun dan baginda memerintah dari tahun 1794 sehingga tahun 1808.[3]
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Baginda berkahwin dengan:
- Wan Zainab, anak Bendahara Indera Bungsu, Johor-Riau-Lingga. Wan Zainab dianugerahkan gelaran Che Puan Besar
- Anak perempuan Bendahara Tun Hussain yang dianugerahkan gelaran Che Puan Muda.
Putera-puteri Baginda terdiri daipada:
- Tengku Jusoh
- Tengku Ahmad
- Tengku Besar Abbas
- Tengku Abdul Rahman
- Tengku Nik
- Tengku Ismail
- Tengku Mansor
- Tengku Che Khadijah
- Tengku Su Chik
- Tengku Che Busu (Tengku Chik Muda).[3].
Mangkat
[sunting | sunting sumber]Baginda mangkat pada pada 1808 dan dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin dan digantikan oleh puteranya, Tengku Ahmad.[3].
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota kaki
[sunting | sunting sumber]- ^ Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) 1983, m/s. 144.
- ^ Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) 1983, m/s. 149.
- ^ a b c Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan, 2011, m/s 91-92
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
- Dato' Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang (Misbaha) (1983). Sejarah Darul Iman hingga 1337H = 1918M. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. ISBN 9789676100115. OCLC 23565321.CS1 maint: ref=harv (link)
Penyandang Terdahulu | Sultan Terengganu ke-3 |
Penyandang Kemudian |
Sultan Mansur I | Sultan Ahmad Shah I |