Stadium Denka Big Swan
Penampilan
(Dilencongkan daripada Stadium Niigata)
Stadium Denka Big Swan | |
---|---|
Stadium Niigata, Big Swan | |
Nama penuh | Stadium Niigata |
Nama lama | Stadium Tohoku Denryoku Big Swan (2007–2013) |
Lokasi | Bandar Niigata, Jepun |
Koordinat | 37°52′57.41″N 139°03′33.01″E / 37.8826139°N 139.0591694°EKoordinat: 37°52′57.41″N 139°03′33.01″E / 37.8826139°N 139.0591694°E |
Pecah tanah | November 1997 |
Dibuka | 29 April 2001 |
Pemilik | Wilayah Niigata |
Pengendali | Albirex Niigata |
Permukaan | Grass |
Kapasiti | 42,300 |
Rekod kehadiran | 42,223 (Albirex Niigata vs Omiya Ardija, 23 November 2003) |
Dimensi padang | 107 x 72 m |
Penyewa | |
Albirex Niigata (2001–kini) |
Stadium Niigata (新潟スタジアム , Niigata Sutajiamu), atau gelaran Big Swan (ビッグスワン , Biggu Suwan, Angsa Besar), merupakan stadium sukan di Bandar Niigata, Jepun. Stadium ini merupakan tuan rumah bagi kelab J. League Albirex Niigata dan antara 20 stadium dalam kejohanan Piala Dunia FIFA 2002, tuan rumah tiga perlawanan. Melalui penajaan berurusan stadium rasmi dinamakan Stadium Denka Big Swan (デンカビッグスワンスタジアム , Denka Biggu Suwan Sutajiamu), dan dulu dikenali sebagai Stadium Tohoku Denryoku Big Swan atas sebab sama.
Kapasiti stadium sebanyak 42,300. Kehadiran tertinggi dirakam di stadium adalah perlawanan terakhir J. League Divisyen 2 (Albirex Niigata vs Omiya Ardija) pada 23 November 2003, seramai 42,223 penyokong telah hadir.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Stadium guide: Archive" (dalam bahasa Japanese). Niigata Stadium website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-12. Dicapai pada 17 December 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Stadium Denka Big Swan |
- (Jepun) Laman rasmi