Pergi ke kandungan

Sistem-sistem kumpulan darah manusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Sistem kumpulan darah manusia)

Istilah sistem kumpulan darah manusia ditakrifkan oleh Persatuan Pemindahan Darah Antarabangsa sebagai satu kaedah pengelasan kumpulan darah manusia berdasarkan antigen-antigen permukaan sel yang secara khusus terdapat pada sel-sel darah manusia, dan antigen-antigen ini dikawalatur oleh sama ada satu lokus gen tunggal mahupun dua atau berbilang gen-gen homolog yang berkait rapat dengan sedikit hingga tiada rekombinasi yang dapat diperhatikan dalam gen-gen tersebut.[1] Antara sistem-sistem darah yang sering dikenali adalah sistem antigen ABO dan sistem antigen Rh (resus), dan sehingga Disember 2022 terdapat 44 sistem pengelasan antigen darah manusia yang dapat dikenal pasti.[2]

Jadual sistem dan klasifikasi

[sunting | sunting sumber]
No. ISBT[3] Nama sistem Simbol sistem Struktur / fungsi Kromosom Antigen Nota tambahan
001 ABO ABO Karbohidrat (N-asetil galaktosamina, galaktosa) 9q34.2 A, B, H Paling utama mewujudkan tindak balas antibodi IgM, walaupun anti-H agak jarang wujud, sila lihat sistem antigen Hh (fenotip Bombay, ISBT #18).
002 MNS MNS GPA / GPB (glikoporin A dan B). 4q31.21 M, N, S, s
003 P P Glikolipid 22q13.2 P1, P, dan Pk
004 Rh RH Protein dan glukosa. 1p36.11 C, c, D, E, e Tidak ada antigen "d"; "d" berhuruf kecil bermaksud ketiadaan antigen D.
005 Lutheran LU Protein (sebahagian dari superfamili imunoglobulin). 19q13.32 21 jenis antigen
006 Kell KEL Glikoprotein. 7q34 K, k, Kpa, Kpb, Jsa dan Jsb [4]
007 Lewis LE Karbohidrat (saki-baki fukosa) 19p13.3 Paling utama adalah Lea dan Leb Berkait rapat dengan tisu yang merembes antigen ABH.
008 Duffy FY Protein (reseptor kemokin) 1q23.2 Paling utama adalah Fya dan Fyb Individu-individu yang kekurangan kesemua antigen-antigen Duffy mempunyai rintangan terhadap malaria yang disebabkan oleh Plasmodium vivax danPlasmodium knowlesi.
009 Kidd JK Protein (pengangkut urea) 18q12.3 Jka dan Jkb
010 Diego DI Glikoprotein (protein pengangkut/penukar anion band 3) 17q21.31 Kepositifan darah ini hanya ditemui pada orang-orang Asia Timur dan penduduk asli benua Amerika.
011 Yt YT Protein (asetilkolinesterase, AChE). 7q22.1
012 XG XG Glikoprotein. Xp22.33
013 Scianna SC Glikoprotein. 1p34.2
014 Dombrock DO Glikoprotein (yang terlekat pada membran sel oleh glikosil-fosfatidil-inositol, GPI). 12p12.3
015 Colton CO Akuaporin 1. 7p14.3 Paling utamanya Co(a) and Co(b)
016 Landsteiner-Wiener LW Protein (sebahagian dari superfamili imunoglobulin). 19p13.2
017 Chido CH C4A C4B (pecahan-pecahan komplemen). 6p21.3
018 Hh H Karbohidrat (saki-baki fukosa). 19q13.33
019 XK XK Glikoprotein. Xp21.1
020 Gerbich GE GPC / GPD (Glikoforin C and D). 2q14.3
021 Cromer CROM Glikoprotein (DAF or CD55, yang mengawalatur pecahan-pecahan komplemen C3 dan C5, yang terlekat pada membran melalui GPI). 1q32.2
022 Knops KN Glikoprotein (reseptor kompleks imun CR1 atau CD35). 1q32.2
023 Indian IN Glikoprotein (CD44, mungkin terlibat dengan fungsi pelekatan). 11p13
024 Ok OK Glikoprotein (CD147). 19p13.3
025 Raph RAPH Glikoprotein transmembran. 11p15.5
026 JMH JMH Protein (terlekat pada membran sel melalui GPI). Juga dikenali sebagai semaforin 7A atau CD108. 15q24.1
027 Ii I Polisakarida yang bercabang (I) / tak bercabang (i). 6p24.2
028 Globosida GLOB Glikolipid. Antigen P. 3q26.1
029 GIL GIL Akuaporin 3.[perlu rujukan] 9p13.3
030 Glikoprotein berkaitan Rh RHAg Glikoprotein berkaitan Rh.[perlu rujukan] 6p21-qter
031 Forssman FORS Globosida alfa-1,3-N-asetilgalaktosaaminiltransferase 1 (GBGT1)[perlu rujukan] 9q34.13
032 Langereis[5] LAN ABCB6, pengangkut kaset terikat dengan ATP (ABC) manusia, juga merupakan pengangkut porfirin dalam mitokondrion.[5] 2q36
033 Junior JR ABCG2. Protein pengangkut pelbagai dadah.[perlu rujukan] 4q22
034 Vel Vel Antigen-antigen sel darah merah manusia[perlu rujukan] 1p36.32
035 CD59 CD59 11p13
036 Augustine AUG Protein (pengangkut).[6] 6p21.1
037 KANNO PRNP 20p13
038 SID SID 17q21.32
039 CTL2 CTL2 19p13.2
040 PEL PEL 13q32.1
041 MAM MAM 19q13.33
042 EMM EMM 4p16.3
043 ABCC1 ABCC1 16p13.11
044 Er[7] Er Protein Era, Erb, Er3, Er4, dan Er5 Menunjukkan potensi keantigenan protein-protein membran berkelimpahan rendah dan menyumbang kepada pemahaman ciri-ciri in vivo protein Piezol dalam biologi transfusi
ABO Rh Kell Duffy Kidd Lutheran MNS Lewis P ii
Paling kerap dijumpai pada tindak balas segera transfusi hemolitik A ya Fy a Jk a
Paling kerap dijumpai pada tindak balas tertunda transfusi hemolitik E,D,C Jk a
Paling kerap dijumpai dalam penyakit hemolitik berkaitan bayi baru lahir ya D,C ya
Sering menyebabkan hemolisis intravaskular ya ya ya
Reaktif pada suhu bilik ya M,N Le a, Le b P1
Selalunya kurang penting secara klinikal ya M,N ya P1
Berlaku secara semula jadi ya ya M,N ya ya ya
Dipertingkat tindak balas oleh fisain [8] dan papain [9] ya ya ya ya P1 ya
Dimusnahkan oleh fisain [8] dan papain [9] Fy a, Fy b ya ya
Dos yang boleh dipaparkan Sk, Ee ya ya ya

Ujian saringan darah

[sunting | sunting sumber]
Tafsiran panel antibodi untuk mengesan antibodi pesakit terhadap sistem kumpulan darah manusia yang paling relevan.

Ujian keserasian darah dilakukan sebelum pemindahan darah, termasuk pemadanan sistem kumpulan darah ABO dan sistem kumpulan darah Rh, serta saringan antibodi-antibodi penerima terhadap sistem-sistem kumpulan darah manusia yang lain. Ujian keserasian darah juga dilakukan secara rutin ke atas wanita hamil dan pada darah tali pusat daripada bayi yang baru lahir, kerana ketidakserasian darah antara ibu dan bayi menyebabkan bayi berisiko mendapat penyakit hemolitik bayi baru lahir.[10] [11] Ujian ini juga dilakukan sebelum pemindahan sel stem hematopoetik, kerana ada kemungkinan untuk berlakunya penyakit cantuman lawan perumah akut sekiranya tidak dilakukan.[12]

Sistem kumpulan darah manusia yang selain daripada ABO dan Rh mempunyai risiko komplikasi yang agak kecil apabila darah bercampur.[13] Oleh itu, dalam keadaan kecemasan seperti pendarahan teruk, transfusi darah segera adalah lebih penting berbanding ujian keserasian sistem kumpulan darah yang lain (mungkin termasuk sistem Rh juga).[13] Malahan, ujian keserasian darah selain ABO dan Rh secara amnya hanya terhad kepada pengesanan antibodi (tidak semestinya termasuk kaedah penggolongan depan darah yang dikenali sebagai "forward typing"). Namun di Eropah, wanita yang memerlukan pemindahan darah sering ditentukan antigen K dan antigen-antigen lanjutan Rh untuk mengelak daripada berlakunya pemekaan antigen ini, yang boleh merisikokan mereka untuk mendapat penyakit hemolitik bayi baru lahir sewaktu kehamilan.[14]

Apabila perlu memberi transfusi sel darah merah kepada pesakit, kehadiran antibodi-antibodi (yang penting dari segi klinikal dan dihasilkan oleh pesakit) boleh dikesan dengan mencampurkan serum pesakit dengan 2 hingga 4 jenis sel darah merah "saringan" atau "kontrol" yang bersama-sama memaparkan hampir kesemua antigen yang penting kaitannya. Jika mana-mana campuran ini memaparkan tindak balas (bukti antibodi pesakit yang terikat pada sel darah merah saringan), panel antibodi yang lebih teliti akan dilakukan (seperti yang digambarkan di sebelah kanan).[15]

  1. ^ ISBT (2016). "International Society for Blood Transfusion (ISBT) Committee on Terminology for Red Cell Surface Antigens, Terminology Home Page". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 20 February 2016.
  2. ^ "Red Cell Immunogenetics and Blood Group Terminology". International Society of Blood Transfusion. 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 February 2022. Dicapai pada 25 April 2023.
  3. ^ ISBT (2019). "Table of Blood Group Systems v 6.0 (August 2019)" (PDF). International Society of Blood Transfusion. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 27 September 2019. Dicapai pada 19 January 2020.
  4. ^ Smart, E.; Armstrong, B. (2008). "Blood group systems". ISBT Science Series. 3 (2): 68–92. doi:10.1111/j.1751-2824.2008.00188.x. ISSN 1751-2816.
  5. ^ a b Helias, V.; Saison, C.; Ballif, B.A.; Peyrard, T.; Takahashi, J.; Takahashi, H.; Tanaka, M.; Deybach, J.C.; Puy, H.; Le Gall, M.; Sureau, C.; Pham, B.N.; Le Pennec, P.Y.; Tani, Y.; Cartron, J.P. & Arnaud, L. (2012). "ABCB6 is Dispensable for Erythropoiesis and Specifies the New Blood Group System Langereis". Nature Genetics. 44 (2, January 15): 170–173. doi:10.1038/ng.1069. PMC 3664204. PMID 22246506. [Quoting Abstract: The human ATP-binding cassette (ABC) transporter ABCB6 has been described as a mitochondrial porphyrin transporter essential for heme biosynthesis, but it is also suspected to contribute to anticancer drug resistance, as do other ABC transporters located at the plasma membrane. We identified ABCB6 as the genetic basis of the Lan blood group antigen expressed on red blood cells but also at the plasma membrane of hepatocellular carcinoma (HCC) cells, and we established that ABCB6 encodes a new blood group system (Langereis, Lan). Targeted sequencing of ABCB6 in 12 unrelated individuals of the Lan(-) blood type identified 10 different ABCB6 null mutations. This is the first report of deficient alleles of this human ABC transporter gene. Of note, Lan(-) (ABCB6(-/-)) individuals do not suffer any clinical consequences, although their deficiency in ABCB6 may place them at risk when determining drug dosage.]CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ Daniels, Geoff; Ballif, Bryan A.; Helias, Virginie; Saison, Carole; Grimsley, Shane; Mannessier, Lucienne; Hustinx, Hein; Lee, Edmond; Cartron, Jean-Pierre (2015-06-04). "Lack of the nucleoside transporter ENT1 results in the Augustine-null blood type and ectopic mineralization". Blood. 125 (23): 3651–3654. doi:10.1182/blood-2015-03-631598. ISSN 1528-0020. PMC 4458803. PMID 25896650.
  7. ^ Karamatic Crew, Vanja; Tilley, Louise A; Satchwell, Timothy J; AlSubhi, Samah A; Jones, Benjamin; Spring, Frances A; Walser, Piers J; Martins Freire, Catarina; Murciano, Nicoletta; Rotordam, Maria Giustina; Woestmann, Svenja J; Hamed, Marwa; Alradwan, Reem; AlKhrousey, Mouza; Skidmore, Ian; Lewis, Sarah; Hussain, Shimon; Jackson, Jane; Latham, Tom; Kilby, Mark D; Lester, William Arthur; Becker, Nadine; Rapedius, Markus; Toye, Ashley Mark; Thornton, Nicole M (19 September 2022). "Missense mutations in PIEZO1, encoding the Piezo1 mechanosensor protein, define the Er red blood cell antigens". Blood. doi:10.1182/blood.2022016504. Dicapai pada 6 October 2022.
  8. ^ a b Hill, Ben C.; Hanna, Courtney A.; Adamski, Jill; Pham, Huy P.; Marques, Marisa B.; Williams, Lance A. (2017). "Ficin-Treated Red Cells Help Identify Clinically Significant Alloantibodies Masked as Reactions of Undetermined Specificity in Gel Microtubes". Laboratory Medicine. 48 (1): 24–28. doi:10.1093/labmed/lmw062. ISSN 0007-5027. PMID 28007780.
  9. ^ a b Eric Ching. "Questions and Answers on Proteolytic Enzymes Used in Blood Group Serology". Canadian Society for Transfusion Medicine. Dicapai pada 2021-01-28.
  10. ^ American Association for Clinical Chemistry (15 November 2019). "Blood Typing". Lab Tests Online. Dicapai pada 27 January 2020.
  11. ^ Gonsorcik, V.K. (7 August 2018). "ABO Grouping: Overview, Clinical Indications/Applications, Test Performance". Medscape. Dicapai pada 2 March 2020.
  12. ^ Bacigalupo, A.; Van Lint, M. T.; M. Margiocco, D. Occhini; Ferrari, G.; Pittaluga, P. A.; Frassoni, F.; Peralvo, J.; Lercari, G.; Carubia, F. (1988). "Abo Compatibility and Acute Graft-Versus-Host Disease Following Allogeneic Bone Marrow Transplantation". Transplantation. 45 (6): 1091–1093. doi:10.1097/00007890-198806000-00018. ISSN 0041-1337. PMID 3289150.
  13. ^ a b Goodell, Pamela P.; Uhl, Lynne; Mohammed, Monique; Powers, Amy A. (2010). "Risk of Hemolytic Transfusion Reactions Following Emergency-Release RBC Transfusion". American Journal of Clinical Pathology. 134 (2): 202–206. doi:10.1309/AJCP9OFJN7FLTXDB. ISSN 0002-9173. PMID 20660321.
  14. ^ Westhoff, Connie M. (2019). "Blood group genotyping". Blood. 133 (17): 1814–1820. doi:10.1182/blood-2018-11-833954. ISSN 0006-4971. PMID 30808639.
  15. ^ "Glossary: Antibody Screen - Blood Bank Guy Glossary".

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]