Cabak Kuba kecil (burung)
Cabak Kuba kecil Julat zaman: Holosen Awal
| |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Caprimulgiformes |
Keluarga: | Caprimulgidae |
Genus: | Siphonorhis |
Spesies: | †S. daiquiri
|
Nama binomial | |
Siphonorhis daiquiri Olson, 1985
|
Cabak Kuba kecil (Siphonorhis daiquiri) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae yang sudah pupus dari pulau Kuba di Karibia.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Ia diperihalkan oleh Storrs Olson pada tahun 1985 daripada bahan subfosil yang dikumpulnya pada tahun 1980 dari gua lereng bukit yang menghadap ke kampung, dan bekas pelabuhan bersejarah, Daiquirí, kira-kira 20 km timur bandar Santiago de Cuba. Epitet spesiesnya merujuk kepada ketempatan jenis.
Pemerihalan
[sunting | sunting sumber]Ia bersaiz sederhana antara dua kerabat genusnya yang diketahui, lebih besar daripada Siphonorhis brewsteri dari Hispaniola dan lebih kecil daripada Siphonorhis americana dari Jamaika. Olson menganggap bahawa mendapan gua burung tersebut dan fauna sezaman yang lain ialah mangsa pungguk jelapang dan wujud pada zaman Holosen. Kerana sifat am tukang yang bersamar, Olson menganggap mungkin spesies tersebut mungkin tidak pupus, walaupun belum ada rakaman yang disahkan tentang burung hidup.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Olson, Storrs L. (1985). "A new species of Siphonorhis from Quaternary cave deposits in Cuba (Aves: Caprimulgidae)" (PDF). Proceedings of the Biological Society of Washington. 98 (2): 526–532. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-09-03.