Sijil digital
Penampilan
(Dilencongkan daripada Sijil Digital)
Dalam kriptografi, sijil digital (juga dikenali sebagai sijil kunci awam atau sijil identiti) ialah dokumen elektronik yang menggunakan tandatangan digital untuk mengikat kunci awam dengan satu identiti — maklumat seperti nama seseorang atau organisasi, alamat mereka, dan sebagainya. Sijil itu boleh digunakan mengesahkan bahawa kunci awam itu milik kepada individu tertentu.