Pergi ke kandungan

Shawn Baharin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Shawn Bahrin)

Shawn Baharin
Kulit album tunggal Shawn berjudul Melodi Hati pada tahun 1999.
Kelahiran
Tengku Shamsul Baharin bin Tengku Sri Laksamana Raja Abdullah Sulaiman Shah

(1973-10-02) 2 Oktober 1973 (umur 51)
WarganegaraMalaysia
Nama lainShawn Ricky Martin Malaysia
Pusat pendidikanUniversity of Luton, Bedfordshire di United Kingdom
PekerjaanPenyanyi & Penghibur
Tahun aktif1998 - 2003
Kampung asalKuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Saudara
Kerjaya muzik
GenrePop Latin & R&B
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Delima Records (1999)

Yang Mulia Tengku Shamsul Baharin Tengku Sri Laksamana Raja Abdullah Sulaiman Shah (lahir 2 Oktober 1973) atau lebih terkenal dengan nama pentas Shawn Baharin merupakan seorang penyanyi dan penghibur lelaki di Malaysia. Selain itu, beliau juga turut mendapat gelaran Ricky Martin Malaysia kerana irama muzik yang dipertaruhkan oleh Shawn dalam industri seni suara pada ketika itu telah difenomenakan oleh penyanyi kelahiran negeri Puerto Rico, USA iaitu Ricky Martin. Kini beliau menetap di negara Brazil.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Shawn adalah merupakan abang kepada penyanyi Tengku Anis Suraya dan Tengku Shaharum Sulaiman (id:Shaharum Sulaiman / en:Shaharum Sulaiman).

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu

[sunting | sunting sumber]
  • Sepenuh Hati (1998)
  • Melodi Hati (1999)
  • Rosmaria (1999)
  • O.E.O (2000)
  • Ceria Kembali (2000)

Anugerah & pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Acara Kategori Karya dicalonkan Keputusan
2000 Anugerah Industri Muzik ke-7 Artis Baru Terbaik Menang
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Lelaki) Melodi Hati Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-14 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-15 Pop Rock "Melodi Hati" Tercalon

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]