Tukang Guiana (burung)
Tukang Guiana | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Caprimulgiformes |
Keluarga: | Caprimulgidae |
Genus: | Setopagis |
Spesies: | S. maculosa
|
Nama binomial | |
Setopagis maculosa (Todd, 1920)
| |
Sinonim | |
|
Tukang Guiana (Setopagis maculosa) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae yang hanya diketahui daripada spesimen tunggal, iaitu seekor jantan yang diambil di Fleuve Mana, Guiana Perancis, pada tahun 1917. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan seekor betina telah ditangkap di lapangan terbang Saül, Guiana Perancis, pada tahun 1982.[2]
Taksonomi dan sistematik
[sunting | sunting sumber]Ia pada asalnya diperihalkan pada tahun 1920 sebagai Nyctipolus maculosus dan kemudiannya dimasukkan ke dalam genus Caprimulgus. Sesetengah pengarang berpendapat bahawa ia bukan spesies tersendiri, tetapi subspesies Nyctipolus nigrescens. Menjelang awal 2000-an ia secara amnya diiktiraf sebagai spesies tersendiri dan telah diletakkan dalam genus terkininya, Setopagis, sekarang sejak awal 2010-an. Namun begitu, Jawatankuasa Pengelasan Amerika Selatan bagi Persatuan Ornitologi Amerika (AOS) menyatakan, "Kedudukannya dalam Setopagis ialah sepenuhnya tentatif", dan Birds of the World milik Makmal Ornitologi Cornell bersetuju.[2][3]
Pemerihalan
[sunting | sunting sumber]Ia diketahui secara pasti hanya dari galajenis, seekor jantan. Spesimen tersebut diukur oleh dua penyelidik dengan panjang 22 dan 22.5 cm (8.7 dan 8.9 in). Bahagian atasnya perang-kelabu dengan tompok lelang dan jalur perang kehitaman yang luas. Mukanya kebanyakannya berangan. Leher belakangnya mempunyai relang kuning keperangan yang sempit dan tidak ketara dengan sorot perang. Bulu susup sayapnya perang-kelabu, bertompok-tompok kuning pucat dan lelang; skapulanya perang kehitaman, bersisi lebar dengan kuning pucat. Ekornya perang dengan beberapa tompok putih kecil dan sebaliknya berbintik-bintik perang kelabu dan bersorot dengan perang kehitaman. Dagu, tekak, dan bahagian atas dadanya gebu dengan warna berangan dan sorot perang. Perut dan lambungnya kuning pucat dengan sorot perang. Individu yang ditangkap pada tahun 1982 berbeza sedikit dan mungkin ialah seekor betina atau jantan yang belum matang. Gambarnya tidak ditangkap, jadi tiada rakaman kekal penampilannya.[2]
Taburan dan habitat
[sunting | sunting sumber]Satu-satunya spesimen yang dikenalpasti secara positif telah dikumpulkan di Tamanoir, Guiana Perancis, pada tahun 1917. Betina yang diduga pada tahun 1982 telah ditangkap kira-kira 180 km (110 bt) tenggara tapak tersebut, dan kemungkinan rakaman penglihatan tambahan datang dari kawasan am tersebut pada tahun 1999. Semua rakamannya (positif dan mungkin) adalah dari hutan tanah pamah yang lembap. Spesimen Nyctipolus nigrescens telah dikumpulkan di tapak yang sama dengan galajenis 2017; ia sangat dikaitkan dengan singkapan batu tetapi tidak diketahui sama ada tukang Guiana berkongsi kegemaran akan habitat tersebut.[2]
Biologi
[sunting | sunting sumber]Tiada apa yang diketahui tentang biologinya. Pemakanan, pembiakan, dan tingkah laku lain diandaikan serupa dengan tukang lain.[2]
Status
[sunting | sunting sumber]IUCN telah menilainya sebagai Kekurangan Data. "Walau bagaimanapun, habitat yang berpotensi sesuai untuknya masih kekal, dan tidak ada sebab mengapa spesies tersebut mungkin tidak masih wujud."[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b BirdLife International (2016). "Cayenne Nightjar Setopagis maculosus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016. Dicapai pada 9 October 2021. Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah, nama "IUCN" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b c d e Papazian, A. (2020).
- ^ Remsen, J. V., Jr., J. I. Areta, E. Bonaccorso, S. Claramunt, A. Jaramillo, D. F. Lane, J. F. Pacheco, M. B. Robbins, F. G. Stiles, and K. J. Zimmer.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]Cleere, Nigel (2010). Nightjars of the World. 9. WILDGuides. ISBN 978-1-903657-07-2.