Senarai episod Ginban Kaleidoscope
Penampilan
(Dilencongkan daripada Senarai episod-episod Ginban Kaleidoscope)
Berikut merupakan senarai episod-episod siri anime Jepun Ginban Kaleidoscope oleh studio animasi Aniplex. Siri ini disiarkan di Jepun pada 8 Oktober 2005 dan tamat pada 24 Disember 2005.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- (Inggeris) Ginban Kaleidoscope (TV)
# | Judul | Tarikh siaran asal | ||
---|---|---|---|---|
01 | "100 oku DORU no onna" (100億ドルの女) | 8 Oktober 2005 | ||
Bermula dengan lompatan Tazusa yang gagal, dia terlajak lalu jatuh terhempas ke lantai ais, lalu pengsan. Pada waktu yang sama, Pete Pumps terhempas dalam kapal terbangnya apabila dia kehilangan kawalan akibat kerosakan mekanikal. Kemudian, suara yang muncul dari dalam tubuh Tazusa adalah sebenarnya suara Pete, hantu berumur 16 tahun dari Kanada. | ||||
02 | "Keyword wa Tomato" (キーワードはトマト) | 15 Oktober 2005 | ||
Tazusa berasa terganggu apabila terjaga disebabkan Pete. Adiknya, Yōko, masuk ke dalam biliknya untuk mengajaknya turun sarapan. Dia mendapati bahawa Pete benci terhadap tomato. Kemudian, Pete bertanya kepada Tazusa mengapa pihak media tidak menyukainya. Tazusa menerangkan tentang kejadian tahun lepas, di mana di sebuah pertandingan penting, Kyōko Shidō tercedera dan tidak boleh bertanding. Negaranya menjangkanya mendapat tempat pertama, namun dia jatuh ke tempat ke-17. | ||||
03 | "TORIPURU TORABURU" (トリプル・トラブル) | 22 Oktober 2005 | ||
Tazusa bimbang tentang peperiksaan akhir sekolahnya, tentang Pete dan juga tentang pertandingan meluncur akan datang. | ||||
04 | "Kyougaku no FURI PUROGURAMU" (驚愕のフリープログラム) | 29 Oktober 2005 | ||
Pete membantu Tazusa meluncur sambil dia bertanding untuk kedudukan dalam pasukan Olimpik. | ||||
05 | "Hitori de DATE" (一人でデート) | 5 November 2005 | ||
Tazusa berehat sehari dari latihannya kerana meletakkan beban yang kuat pada lututnya. Dia meluangkan masa melakukan aktiviti-aktiviti yang digemari Pete. | ||||
06 | "Chienzu" (チェンジ) | 12 November 2005 | ||
Tazusa mendapat tahu bahawa Ratu Ais hendak menggunakan lagu yang sama dengannya. | ||||
07 | "Hikami no Waitress" (氷上のウエイトレス) | 19 November 2005 | ||
Tazusa mencuba rutin berserta pakaian yang dibantu oleh Pete. Akhirnya dia mendapat tarikan tinggi dan berkedudukan lebih baik daripada biasa. | ||||
08 | "MASSCOM saishuu sensou, hoppatsu!" (マスコミ最終戦争、勃発!) | 26 November 2005 | ||
Tazusa bertarung dengan media tentang pemilihannya sebagai calon Olimpik. | ||||
09 | "TRIANGLE LOVE" (トライアングル・ラブ) | 3 Disember 2005 | ||
Tazusa berasa kecewa apabila dia mendapat khabar angin yang mengatakan dia bercinta dengan Nitta. Pete mengatakan bahawa ini mungkin benar, sehingga suatu kejadian yang mengejutkan terjadi, dan Tazusa mendapat tahu yang dia sebenarnya menyukai Kyōko. | ||||
10 | "Taimu Rimitsuto" (タイムリミット) | 10 Disember 2005 | ||
Tazusa harus menerima dan menghadapi kehilangan Pete apabila seratus hari semakin mendekatinya. Mereka bertekad untuk meluangkan masa yang mereka ada bersama-sama, dan tidak akan berbincang tentang masa yang mereka ada lagi. | ||||
11 | "Kisu ando Kurai" (キス・アンド・クライ) | 17 Disember 2005 | ||
Tazusa mengembara ke Torino dan mempersembahkan Program Pendeknya. Lakonan pelayannya menaikkan kedudukannya ke tempat kedua, lalu Pete memberinya ciuman tahniah. | ||||
12 | "Shinderera" (シンデレラ) | 2005-12-24 | ||
Pete dan Tazusa melakukan tarian terakhir mereka bersama-sama untuk program percuma dalam pertandingan tersebut. Tazusa mendapat tempat ke-4. Semasa majlis anugerah diadakan, Tazusa dan pete berkongsi tarian terakhir mereka bersama. Selepas Pete kembali ke syurga, Tazusa berdiri keseorangan dan berkata, "Saya cinta awak". Pada akhir episod ini, Tazusa terdengar dan terlihat sebuah kapal terbang di angkasa. |