Pergi ke kandungan

Air mani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Semen)
A round clear dish viewed from above with a translucent white liquid pooled at the bottom
Air mani lelaki dalam piring petri.

Air mani atau semen ([sé.men] Ubt.;[1] serapan Latin) ialah cairan tubuh yang keluar dari zakar lelaki hasil daripada nafsu syahwat. Ia biasanya mengandungi spermatozoa. Air mani dikeluarkan ("dipancut") oleh gonad (kelenjar seksual) dan organ-organ seksual lainnya dari lelaki atau binatang hermafrodit, termasuk siput, untuk persenyawaan sel telur perempuan atau betina.

Aspek-aspek fisiologi

[sunting | sunting sumber]

Persenyawaan dalaman dan luaran

[sunting | sunting sumber]

Bergantung kepada jenis spesis, spermatozoa dapat menyuburkan sel telur secara luaran atau dalaman. Dalam persenyawaan luaran, spermatozoa mensenyawakan sel telur (ovum) secara langsung, di luar organ seksual betina. Ikan benita, misalnya, menebarkan ovumnya ke lingkungan akuatiknya, yang kemudian disenyawakan oleh air mani dari ikan jantan.

Namun dalam persenyawaan dalaman, persenyawaan terjadi dalam organ seksual pihak betina. Persenyawaan dalaman terjadi selepas pihak betina menerima air mani oleh pihak jantan melalui hubungan jenis. Di kalangan binatang bertulang belakang yang rendah (amfibia, reptilia, burung dan mamalia monotrem), hubungan jenis dicapai melalui kloaka jantan dan betina. Di kalangan haiwan mempunyai kantung (marsupial) dan mamalia mempunyai uri, hubungan jenis melalui faraj.

  1. ^ "semen". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]