Kolej Vokasional Taiping
Kolej Vokasional Taiping | |
---|---|
Alamat | |
Kolej Vokasional Taiping 34600 Kamunting, Taiping, Perak Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Kolej Vokasional, Sekolah kerajaan, |
Moto | Teknologi Teras Wawasan |
Nombor sekolah | 05-883 9371 |
Kod sekolah | AKE6159 |
Pengetua | Wan Yusaini Bin Wan Hassan |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Ahmad Bin Dollah |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Roseazalee Bin Hashim |
Penolong Kanan Kokurikulum | Mohd Azlee Bin Daud |
Faks | 05-8839358 |
Laman sesawang | https://kvtaiping.moe.edu.my |
Kolej Vokasional Taiping merupakan sebuah institusi pengajian yang telah berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam menyediakan kursus pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) untuk para pelajar, sesuai dengan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri. Dahulunya ia dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Taiping (SMT).
Kolej Vokasional Taiping ini terletak di Kamunting. Ia berhampiran dengan kawasan perkelahan Bukit Jana berlokasi berdekatan di Kem Pertahanan Kamunting. Di sekitar kawasan tersebut terdapat dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana dan Sekolah Kebangsaan Bukit Jana.
Kolej Vokasional Taiping ini mempunyai beberapa blok kelas, beberapa bengkel, blok pentadbiran, blok asrama, astaka, rumah para pekerja dan rumah warden, sebuah dewan serbaguna serta padang, gelanggang bola tampar, tenis dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti beriadah khususnya buat para pelajar yang tinggal di asrama.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Sijil Penghargaan Penerima Anugerah Sekolah Harapan Negara Kategori :SBP/SMT/SMKA Tahun 2007. Daripada Jabatan Pelajaran Perak
- Sijil Penghargaan Sempena Majlis Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pendidikan Teknikal Tahun 2006 Kepada Puan Nora Binti Manap , Kategori Bidang Vokasional.
- Sijil Penghargaan Johan Kategori Pengurusan Panitia Vokasional kepada SMT Taiping Sempena Majlis Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pendidikan Teknikal pada 15 September 2006. Daripada Tuan Haji Mustapar Bin Muhamad, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran(Teknikal) Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Sijil Penghargaan Tempat Ketiga Kategori Pengurusan Pusat Sumber kepada SMT Taiping Sempena Majlis Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pendidikan Teknikal pada 15 September 2006. Daripada Tuan Haji Mustapar Bin Muhamad, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran(Teknikal) Kementerian Pelajaran Malaysia.
- Sijil Penghargaan kepada Encik Azahari Bin Shuib Kategori Bagi Bidang Vokasional Bidang Elektrik & Elektronik , SMT Taiping Sempena Majlis Hari Kualiti dan Anugerah Kecemerlangan Jabatan Pendidikan Teknikal pada 15 September 2006. Daripada Tuan Haji Mustapar Bin Muhamad, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran(Teknikal) Kementerian Pelajaran Malaysia
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Kolej Vokasional Taiping
- 34600 Kamunting, Taiping, Perak
- Tel : 05-883 9371
- Fax : 05-883 9358
- Email : ake6159@moe.edu.my
- kvtaiping@gmail.com