Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail | |
---|---|
Lokasi | |
Km 1 Jalan Seperi, 71400, Pedas,, Negeri Sembilan Darul Khusus Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah kerajaan |
Moto | Cemerlang didunia sejahtera diakhirat |
Nombor sekolah | 6066857162 |
Kod sekolah | NRA3001 |
Pengetua | Encik Nor Iskandar bin Mohamad |
Jumlah penuntut | 864 |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Puan Faridah binti Hj. Hussin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Hajah Roslin binti Jais |
Penolong Kanan Kokurikulum | Puan Hajah Hanizah binti Satin |
Faks | 6066858160 |
Laman sesawang | https://semadah.edu.my/ |
Pada tahun 2016, sekolah ini telah memperkenalkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz(KBT) dan Tahfiz Model Ulul Albab(TMUA) | |
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail atau juga dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas atau nama ringkasnya SMKA Pedas (kini SEMADAH), merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama yang terletak di Km 1 Jalan Seperi. Pada tahun 2011 sekolah ini telah menukarkan namanya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail bersempena dengan nama mufti kedua Negeri Sembilan. Bersesuaian dengan sekolah agama kerajaan yang kedua di Negeri Sembilan selepas SHAMS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Mohd Said , Negeri Sembilan. SEMADAH juga telah dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK).
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sejarahnya bermula selepas sekolah ini ditubuhkan pada 1 Disember 1995 dan mula beroperasi pada 10 Disember 1995 dengan menumpang di bangunan asrama Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Gemas. Bilangan pelajar yang menuntut seramai 118 orang (58 putera dan 60 puteri) bersama-sama 10 orang tenaga pengajar di bawah naungan Tuan Haji Zainal Abidin bin Abdul Latif selaku pengetua SMKA Pedas melangkah dengan penuh yakin dan semangat walaupun tanpa prasarana yang serba sempurna. Dari Gemas, SMKA Pedas berpindah sejauh 91 km ke tapak rasminya di Pedas. Kawasan seluas 38 ekar ini dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan untuk pembelajaran.
Tahun 1997 menyaksikan pertambahan bilangan tenaga pengajar dan kemasukan pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat. Pada 1 Jun 1998, Ustaz Marzuki bin Hamid mengambil alih pentadbiran sekolah selepas Puan Khuzaimah binti Sulaiman bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said, Seremban. Sehingga 1999, bilangan warga SMKA Pedas terus meningkat hinga menjangkau 53 orang guru dan lebih 700 orang putera dan puteri. Tahun 1999 dan 2000 merupakan tahun keramat kerana kejayaan PMR dan SPM yang diumumkan telah mengharumkan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas.
Pada tahun 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas memiliki 322 pelajar lelaki dan 346 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 668 orang. Ia mempunyai seramai 61 orang guru. Pada 7 Mei 2011, Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad bin Hasan telah merasmikan pertukaran nama SMKA Pedas kepada SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail.
FALSAFAH SEKOLAH
[sunting | sunting sumber]Mewujudkan suasana pembelajaran yang konduksif melalui suasana terancang, terkawal dan berterusan bagi memupuk dan memperkembangkan potensi dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang ilmu,akhlak,bertakwa dan bertanggungjawab terhadap diri, agama dan masyarakat untuk mencapai kegemilangan hidup di dunia dan akhirat
VISI
[sunting | sunting sumber]Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
PIAGAM PELANGGAN
Kami,pentadbir, guru dan kakitangan SMK Agama Pedas dengan penuh tekad dan iltizam berikrar memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan dengan:
1.Prihatin dalam semua perkara serta berusaha mengatasi sebarang masalah yang mereka hadapi dengan penuh kasih sayang.
2.Berkesan dalam mendidik untuk mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum.
3.Penuh ikhlas dan bertenaga untuk merealisasikan visi dan misi sekolah.
4.Amanah dan ikhlas dalam mentarbiah supaya mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.
5.Segera bertindak melaksanakan tugas, proaktif, kreatif dan tidak membuang masa agar menjadi model terbaik pada para pelajar.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Peringkat Kebangsaan
1) Johan Bahas Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan (2005), & pembahas terbaik (Mohd Ezkandar bin Abdul Razak)
2) Johan Program Anak Jati Negara 2008
3) Johan Pidato Bulan Kebahasaan 2008
4) Naib Johan Pidato Anugerah Seri Asrama Terbilang 2004
5) Naib Johan Bahas Ala Parlimen Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Kebangsaan 2009
6) Johan Bahas Ala Parlimen Peringkat Kebangsaan (2016)
7) Menduduki tempat pertama bagi keputusan cemerlang SPM seluruh SMKA di Malaysia pada tahun 2016
8) Menduduki tempat kedua bagi keputusan cemerlang SPM seluruh SMKA di Malaysia pada tahun 2017
9) Menduduki tempat pertama bagi keputusan cemerlang SPM seluruh SMKA di Malaysia pada tahun 2023 dengan GPS 1.58
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas
- Km 1 Jalan Sepri
- 71400, Pedas
- Negeri Sembilan, Malaysia
- Telefon = 6066857162
- Fax = 6066858160