Sekolah Kebangsaan Dato Usman Awang
Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Bunga Raya, Kota Kecil, 81900, Kota Tinggi,, Johor Darul Takzim Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | SKDUA MAJU TERUS MAJU |
Ditubuhkan | 1 Disember 1994 |
Nombor sekolah | 0078834233 |
Kod sekolah | JBA3057 |
Pengetua | MOHD RAZALI BIN AHMAD |
GPK Pentadbiran dan Akademik | AZNIDA BT MOHD. SAID |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | FAZILAH BTE HARUN |
Penolong Kanan Kokurikulum | MOHD. SYAZUAN BIN IBRAHIM |
Faks | 0078834233 |
Laman sesawang | https://sites.google.com/edidik.edu.my/skdua/home |
Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang atau nama ringkasnya SKDUA, Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Bunga Raya, Kota Kecil. Namanya diambil sempena Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) yang merupakan Sasterawan Negara Malaysia.
Pada 2020, Sekolah Kebangsaan Dato Usman Awang memiliki 505 orang murid. Ia mempunyai seramai 54 orang guru & 8 orang kakitangan sokongan2020
Sejarah Penubuhan
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Kota Jaya mula dibuka pada 1 Disember 1994. Ia terletak kira-kira 4 kilometer dari Bandar Kota Tinggi. Sekolah ini diapit oleh 3 buah sekolah lain iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi, Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi dan Sekolah Kebangsaan Laksamana Kota Tinggi. Walaupun sekolah ini terletak di Jalan Bunga Raya, Kota Kecil, namun pada asalnya pelajar-pelajar di sekolah ini adalah terdiri daripada anak-anak penghuni perumahan Taman Kota Jaya yang berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi.
Sekolah Kebangsaan Kota Jaya dibina di atas kawasan seluas 2 ekar. Ia terdiri daripada 2 blok bangunan tiga tingkat dan sebuah kantin. Sekolah ini juga mempunyai 4 kelas Pendidikan Khas untuk pelajar bermasalah pembelajaran di Kota Tinggi. Kelas Pendidikan Khas ini telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kota Jaya pada tahun 1997 dari Sekolah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi.
Mulai tahun 2002, Sekolah Kebangsaan Kota Jaya telah mengalami perubahan yang ketara di mana pengurangan murid berlaku iaitu dari 785 orang kepada 440 orang. Ini disebabkan pelajar-pelajarnya yang beralamat di Taman Kota Jaya telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya yang baru dibuka mulai tahun 2002. Pada ketika itu murid-murid Sekolah Kebangsaan Kota Jaya terdiri daripada anak-anak penduduk sekitar Kampung Jawa, Berek JKR, Taman Kota, Batu 2, Taman Hijrah dan Berek Polis.
Pada 2002 nama Sekolah Kebangsaan Kota Jaya telah ditukarkan secara rasmi kepada Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang Kota Tinggi mengambil sempena nama Tokoh Sasterawan Negara yang berasal dari Tanjung Sedili Kota Tinggi.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Dato Usman Awang
- Jalan Bunga Raya, Kota Kecil
- 81900, Kota Tinggi
- Johor, Malaysia
- Telefon = 0078834233
- Fax = 0078834233