Pergi ke kandungan

Kelisa emas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Scleropages formosus)

Ikan kelisa Emas
Super red arowana
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. formosus
Additional species disputed (see text)
Nama binomial
Scleropages formosus
Müller and Schlegel, 1844

Ikan Kelisa Emas (Golden Arowana atau Asian Bonytongue)[1] nama sainsnya, Scleropages formosus. Juga dikenali sebagai Ikan Siluk Merah di Indonesia. Terdapat juga Ikan Kelisa Emas Indonesia ("Scleropages aureus") .

Ikan ini adalah tempatan di Asia Tenggara; ikan Kelisa Emas mendiami sungai air hitam, sungai mengalir perlahan melalui paya dan tanah basah. Ikan dewasa memburu ikan lain sementara ikan anak memakan serangga.[2]

Ikan akuarium popular ini memiliki kepentingan budaya di kawasan yang dipengaruhi budaya Cina. Nama "ikan naga" yang juga diberikan kepada ikan ini berasal daripada persamaannya dengan naga Cina. Kemasyhuran ini mempunyai kesan positif dan negetif pada status mereka sebagai spesies terancam.

Evolusi dan taxonomi

[sunting | sunting sumber]

Sebagaimana semua ahli Osteoglossidae, Ikan Kelisa Emas Malaysia mudah sesuai dengan air tawar dan tidak mampu hidup dalam laut. Dengan itu taburan mereka dikebanyakan pulau di Asia Tenggara mencadangkan mereka berpisah dari osteoglossid lain sebelum pergerakan plat tektonik sempurna. Kajian genetik telah mengesahkan hipothesis ini, menunjukkan bahawa leluhur ikan Kelisa Emas Malaysia berasal dari leluhur ikan kelisa Australia, S. jardinii dan S. leichardti, sekitar 140 juta tahun dahulu, semasa tempoh Awal Kretaceous. Perpecahan ini berlaku di pinggir timur Gondwanaland, dengan leluhur ikan Kelisa Emas Malaysia di bawa pada benua India atau tanah lebih kecil ke Asia. Persamaan morphologi bagi kesemua spesies Scleropages menunjukkan hanya sedikit perubahan evolusi berlaku baru-abru ini bagi ikan kuno ini.[3]

Gambaran pertama bagi spesies ini diterbitkan antara 1839 dan 1844 (1844 merupakan tarikh biasa disebut) oleh sejarahwan semulajadi Jerman Salomon Müller dan Hermann Schlegel, di bawah nama Osteoglossum formosum, sungguhpun spesies ini diletakkan dalam Scleropages dengan nama S. formosus.[4]

[[Image:Red Arowana034.JPG|right|thumb|250px|Super red arowana di dalam akuarium

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Rancangan Agrotek di RTM 1 yang ditayangkan pada hari Sabtu 27 Februari 2010, pukul 6.30 hingga 7.00 pm, Ikan Arowana ataupun Ikan Kelisa Emas Malaysia yang diternak didalam Tasik Bukit Merah, Perak merupakan spesies ikan Arowana yang termahal didunia.

Ikan Kelisa Emas amat popular dikalangan pengemar ikan. Sebagai ikan perhiasan, ikan Kelisa Emas mempunyai keistimewaan karena pergeraknya yang indah mempesona. Selain itu susunan sisiknya yang besar dan berkilat merupakan daya pemikat yang istimewa dari ikan hiasan ini.

Ikan Kelisa Emas termasuk dalam marga Sclerophages, suku Osteoglossidae, dan bangsa Malacopterygii, dengan klasifikasi lengkap:

  • Filum : Chordata
  • Anak filum : Vertebrata
  • Kelas : Pisces
  • Anak kelas : Teleostei
  • Bangsa : Malacopterygii
  • Suku : Osteoglossidae
  • Marga : Sclerophages
  • Jenis : Sclerophages formosus

Beberapa jenis warna berbeza semulajadi diakui, setiap satu terdapat di daerah mukabumi khusus. Ia termasuk yang berikut:

  • Hijau adalah jenis paling biasa, terdapat di Indonesia (Kalimantan dan Sumatera), Vietnam, Myanmar, Thailand, Cambodia, dan Malaysia.
  • Perak Asia "silver Asian" (jangan dikelirukan dengan Kelisa Perak "silver arowana", Osteoglossum bicirrhosum) yang dianggap sebagai jenis hijau oleh sesetengah pihak. Ia terdapat dala dua jenis, "jalur ekor kelabu" atau "Pinoh arowana," dan jalur ekor kuning "yellow tail silver," setiapnya terdapat dibahagian berlainan di pulau Borneo di Indonesia.
  • Emas ekor merah "red-tailed golden" didapati di utara Sumatera, Indonesia.
  • gold crossback, blue Malayan, atau Bukit Merah blue adalah tempatan bagi negeri Pahang dan daerah Bukit Merah di Perak, Semenanjung Malaysia.
  • Merah, super red, blood red, atau chili red hanya terdapat di hulu sungai Kapuas dan tasik berdekatan di barat Borneo, Indonesia.


Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Catatan Fishbase.org
  2. ^ Fishbase, 2006.
  3. ^ Kumazawa, 2000; Kumazawa et al., 2003.
  4. ^ Catalog of Fishes, 2006.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]