Pergi ke kandungan

Ikan bayan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Scaridae)

Ikan bayan
Scarus frenatus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Labriformes
Keluarga: Scaridae
Rafinesque, 1810
Genus

Bolbometopon
Calotomus
Cetoscarus
Chlorurus
Cryptotomus
Hipposcarus
Leptoscarus
Nicholsina
Scarus
Sparisoma

Ikan bayan, ikan kakaktua atau ketarap merupakan jenis ikan air masin merangkumi beberapa genus sama ada digolongkan dalam keluarga Scaridae serumpun dengan ikan becok (Labridae)[1] dalam ordo Labriformes; ikan-ikan ini mendiami terumbu karang dan padang rumpai laut perairan tropika dan subtropika seluruh dunia, paling banyaknya tertumpu di Indo-Pasifik.[2][3] Ikan-ikan jenis ini dikenal pasti dari muncung kontot yang amat menonjol berbanding yang ada pada ikan-ikan lain[4] menyerupai burung bayan.

Pemakanan

[sunting | sunting sumber]

Banyak spesies ikan bayan merupakan herbivor memakan alga epilitik[5][6][7] dibolehkan dari bentuk muncung yang membantu menggelupas alga dari batu-batu karang.[8] Organisma kecil lain seperti zooplankton, bakteria lautan dan detritus juga kadangkala menjadi pilihan.[9] Terdapat juga beberapa spesies-spesies besar yang memakan tunas karang sebagai sumber utama.[6][7][8]

Pembiakan

[sunting | sunting sumber]

Ikan ini mempunyai ciri unik dilahirkan berbadan betina pada mula kitaran hayat sebelum berubah ansur menjadi berbadan jantan dengan penampakan warna yang jauh berbeza tahap dewasa dari tahap muda. Dalam sesebuah kawanan ikan jenis, akan ada beberapa ekor yang berkembang terus berbadan jantan pada tahap muda berbanding banyak ekor yang berubah rupa jantina kemudian.[10]

Jenis-jenis

[sunting | sunting sumber]

Hubungan dengan manusia

[sunting | sunting sumber]

Ikan bayan mempunyai kepentingan secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam akibat penangkapan melampau oleh nelayan komersial.[11]

Ikan-ikan bayan juga didapati bermanfaat dalam pemuliharaan batu karang daripada gangguan rumpai laut di lautan tertentu[12]

  1. ^ Westneat, MW; Alfaro, ME (2005). "Phylogenetic relationships and evolutionary history of the reef fish family Labridae". Molecular Phylogenetics & Evolution. 36 (2): 370–90. doi:10.1016/j.ympev.2005.02.001. PMID 15955516.
  2. ^ Streelman, J. T., Alfaro, M. E.; dll. (2002). "Evolutionary History of The Parrotfishes: Biogeography, Ecomorphology, and Comparative Diversity" (PDF). Evolution. 56 (5): 961–971. doi:10.1111/j.0014-3820.2002.tb01408.x. PMID 12093031. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  3. ^ Bellwood, D. R., Hoey, A. S., Choat, J. H. (2003). "Limited functional redundancy in high diversity systems: resilience and ecosystem function on coral reefs". Ecology Letters. 6 (4): 281–285. doi:10.1046/j.1461-0248.2003.00432.x.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  4. ^ Ostéologie céphalique de deux poissons perroquets (Scaridae: Teleostei) TH Monod, JC Hureau, AE Bullock - Cybium, 1994 - Société française d'ichtyologie
  5. ^ Bellwood, David R. (1994-07-14). "A phylogenetic study of the parrotfish family Scaridae (Pisces: Labroidea), with a revision of genera". Records of the Australian Museum, Supplement (dalam bahasa Inggeris). 20: 1–86. doi:10.3853/j.0812-7387.20.1994.51. ISSN 0812-7387.
  6. ^ a b Bellwood, D.R.; Choat, J.H. (1990). "A functional analysis of grazing in parrotfishes (family Scaridae): the ecological implications". Environ Biol Fish. 28 (1–4): 189–214. doi:10.1007/BF00751035. S2CID 11262999.
  7. ^ a b Bonaldo, R.M. & R.D. Rotjan (2018). The Good, the Bad, and the Ugly: Parrotfishes as Coral Predators. in Hoey, A.S. & R.M. Bonaldo, eds. Biology of Parrotfishes. CRC Press. ISBN 978-1482224016
  8. ^ a b Choat, J.H. & Bellwood, D.R. (1998). Paxton, J.R. & Eschmeyer, W.N. (penyunting). Encyclopedia of Fishes. San Diego: Academic Press. m/s. 209–211. ISBN 978-0-12-547665-2.
  9. ^ Comeros-Raynal, Choat; Polidoro, Clements; Abesamis, Craig; Lazuardi, McIlwain; Muljadi, Myers; Nañola Jr, Pardede; Rocha, Russell; Sanciangco, Stockwell; Harwell; Carpenter (2012). "The Likelihood of Extinction of Iconic and Dominant Herbivores and Detritivores of Coral Reefs: The Parrotfishes and Surgeonfishes". PLOS ONE. 7 (7): e39825. Bibcode:2012PLoSO...739825C. doi:10.1371/journal.pone.0039825. PMC 3394754. PMID 22808066.
  10. ^ Bester, C. Stoplight parrotfish. Diarkibkan 20 Januari 2016 di Wayback Machine Florida Museum of Natural History, Ichthyology Department. Accessed 15-12-2009
  11. ^ Maklumat Ikan/Produk Ikan
  12. ^ Morelle, Rebecca (1 November 2007) Parrotfish to aid reef repair. BBC

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]