Pergi ke kandungan

Stadium Kauffman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Royals Stadium)
Stadium Kauffman
“The K”
Fail:Kauffman Stadium logo.png
Stadium Kauffman pada 2017
Nama silamRoyals Stadium (1973–1993)
Alamat1 Royal Way, Kansas City, Missouri 64129
LokasiKansas City, Missouri, Amerika Syarikat
PentadbirJackson Sports Complex Authority
Kapasiti37,903 (2012-kini)
37,840 (2010-2011)
40,785 (2005-2009)
40,793 (2003-2004)
40,625 (1973-2002)
Rekod kehadiran42,633 (ALCS Aksi 2, 9 Oktober 1980,
vs. New York Yankees)[1][2]
Saiz PadangKiri padang – 330 ka (101 m)
Pusat-kiri
385 ka (117 m) (1973-1994)
375 ka (114 m) (1995-2003)
385 ka (117 m) (2004-2008)
387 ka (118 m) (2009-kini)
Pusat padang
410 ka (125 m) (1973-1994)
400 ka (122 m) (1995-2003)
410 ka (125 m) (2004-kini)
Pusat-kanan
385 ka (117 m) (1973-1994)
375 ka (114 m) (1995-2003)
385 ka (117 m) (2004-2008)
387 ka (118 m) (2009-kini)
Kanan padang – 330 ka (101 m)
Backstop – 60 ka (18 m) (1973-kini)
PermukaanKentucky bluegrass / Perennial ryegrass (1995–present)
AstroTurf (1973–1994)
Pembinaan
Pecah tanah11 Julai 1968; 56 tahun yang lalu (1968-07-11)[1]
Dibuka10 April 1973; 51 tahun yang lalu (10 April 1973)
Pengubahsuaian2007–2009
Kos pembinaan$70 juta
($346 juta dalam 2016 dollars[3])
$250 juta
(penambahbaikan 2007–10)
($250 juta dalam 2016 dollars[3])
ArkitekKivett and Myers
Populous
(penambahbaikan 1997, 2009)
Jurutera strukturBob D. Campbell & Co. Structural Engineers[4]
Kontraktor amSharp-Kidde-Webb JV[5]
Tuan rumah
Kansas City Royals (MLB) (1973–kini)
Laman sesawang
www.mlb.com/royals/ballpark/

Stadium Kauffman (bahasa Inggeris: Kauffman Stadium /ˈkɔːfmən/), sering digelar "The K", ialah stadium besbol yang terletak di Kansas City, Missouri, Amerika Syarikat. Stadium ini menjadi gelanggang bagi pasukan Kansas City Royals yang beraksi di Major League Baseball (MLB). Stadium ini sebahagian daripada Kompleks Sukan Truman yang bersebelahan dengan Arrowhead Stadium, iaitu gelanggang pasukan Kansas City Chiefs yang bersaing di National Football League (NFL). Nama stadium ini diambil daripada sempena nama Ewing Kauffman, penubuh dan pemilik asal Royals. Stadium ini dibuka pada tahun 1973 yang memakai nama Royals Stadium. Stadium ini dinamakan semula kepada Kauffman pada 20 tahun kemudian tepat pada 2 Julai 1993. Sejak penambahbaikan besar-besaran terakhir pada 2009, stadium ini memiliki kapasiti sebanyak 37,903 tempat duduk.

Stadium Kauffman telah dibina secara spesifik untuk besbol ketika zaman bangunan stadium pelbagai guna banyak didirikan. Stadium ini sering disamakan dengan Dodger Stadium (1962) di Los Angeles sebagai salah satu contoh terbaik reka bentuk stadium modenis. Kini, ia menjadi satu-satunya stadium di American League yang dinamakan sempena nama orang dan tergolong antara lapan buah stadium di Major League Baseball yang tidak memiliki nama tajaan korporat. Stadium ini juga berada di kedudukan keenam sebagai stadium tertua di MLB di samping pernah melangsungkan Perlawanan All-Star Major League Baseball pada tahun 1973 dan 2012 serta menjadi tuan rumah Siri Dunia pada 1980, 1985, 2014 dan 2015. Antara tahun 2007 dan 2009, Stadium Kauffman menjalankan penambahbaikan stadium yang menelan kos sebanyak $250 juta termasuk penambahan kemudahan penonton, kawasan dewan kemahsyuran baru Royals serta fasiliti-fasiliti lain.

Pada tahun 2022, Royals telah mengumumkan perancangan pasukan untuk membina sebuah stadium baru di kawasan kejiranan East Village atau North Kansas City[6] sebelum perjanjian sewa antara pasukan dengan Jackson County luput pada penghujung musim MLB tahun 2030.[7]

  1. ^ a b "History of Kauffman Stadium". KansasCity.Royals.MLB. Kansas City Royals. 2016. Dicapai pada February 3, 2017.
  2. ^ "Kansas City Royals 3, New York Yankees 2". Retrosheet.
  3. ^ a b Consumer Price Index (estimate) 1800–2008. Federal Reserve Bank of Minneapolis. Diambil pada 7 Disember 2010.
  4. ^ Everly, Steve (January 13, 1991). "Engineering Firm's Founder Has Retired". The Kansas City Star. Dicapai pada April 28, 2018.
  5. ^ "New Stadium for Royals in 1972 a Question Mark". St. Joseph News-Press. August 19, 1971. Dicapai pada April 28, 2018.
  6. ^ name=Truong
  7. ^ name=Downtown

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]