Roda pemecah
Roda pemecah atau Roda Catherine ([Catherine wheel] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), 'breaking wheel' atau 'the wheel' ), ialah satu alat penyiksaan yang digunakan untuk pelaksanaan hukum bunuh pada Zaman Pertengahan dan awal zaman moden (abad ke-19) dengan menggunakan kaedah membelantan mangsa hingga mati.
Pemerian dan kegunaan
[sunting | sunting sumber]Roda lazimnya roda besar pedati yang mempunyai jejari. Dalam beberapa kes mangsa diikat pada roda dan dipukul dengan belantan atau sebatang besi. Dalam kes lain mangsa diikat pada salib Saint Andrew (Saltire) yang diperbuat daripada dua batang kayu yang dipaku dalam bentuk "X",[1][2] dan selepas itu tubuh mangsa yang renyuk mungkin dipamerkan di atas roda.[3] Dalam satu hukuman bunuh kerana kesalahan membunuh orang tuanya, seorang pesalah dipukul dengan roda untuk mematahkan anggota tangan dan kakinya.[4]
Di Perancis, pesalah diletakkan di atas roda dengan lengan dan kaki diikat pada jejari roda dengan berlandaskan batang kayu. Roda kemudian diputarkan perlahan-lahn dan tukul atau sebatang besi digunakan untuk mematahkan tulang tangan dan kaki. Proses ini dilakukan berulang kali. Kadangkala atas dasar 'belas kasihan' pertanda diperintah memukul mangsa di bahagian dada dan perut. Pukulan yang membawa maut ini dikenali sebagai 'coups de grace' ('pukulan kasihan') dalam bahasa Perancis. Tanpa pukulan maut, seseorang yang dibelantan sedemikian rupa boleh terus hidup buat beberapa jam atau hari. Pada kesudahannya mangsa mati akibat dehidrasi dan renjatan.
Juga di Perancis suatu 'limpah kurnia', digelar 'retentum' , boleh diberikan di mana mangsa dicekik selepas pukulan kedua atau ketiga, atau dalam kes-kes istimewa, mangsa dicekik sebelum pemecahan tulang dilakukan.
Dalam Empayar Rom Holy roda digunakan untuk menghukum mereka yang melakukan pembunuhan teruk (pembunuhan yang dilakukan semasa melakukan kesalahan lain atau pembunuhan yang melibatkan ahli keluarga). Kesalahan yang kurang teruk dihukum dengan pukulan 'dari atas ke bawah', dengan pukulan pertama yang membawa maut ke bahagian tengkuk. Kesalahan yang lebih teruk dihukum dengan pukulan 'dari bawah ke atas', bermula dengan kaki, dan kadangkala pukulan mengambil masa berjam-jam. Bilangan dan urutan pukulan ditentukan oleh mahkamah, dan kepala pesalah sering kali diletakkan pada hujung tombak.[5]
Legenda ada mengatakan Santa Catherine dari Alexandria dihukum bunuh dengan alat ini dan sempena itu alat dikenali sebagai 'Roda Catherine'. Dilaporkan roda pecah dengan menakjubkan selepas disentuh Santa Catherine dan seterusnya beliau dipancung.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Roda, oleh Jacques Callot, tahun 1633
-
Hukuman bunuh Kossak di Lebedin. Daripada turisan awal abad ke-18.
-
Hukuman bunuh Louis Dominique Cartouche, tahun 1721.
-
Kematian kejam Jean Calas, Toulouse, tahun 1762.
-
Hukuman bunuh Matthias Klostermayr, tahun 1771.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Abbott, Geoffrey (2007). What A Way To Go. New York: St. Martin's Griffin. m/s. 36. ISBN 978-0-312-36656-8.
- ^ Kerrigan, Michael (2001/2007). The Instruments of Torture. Guilford, Connecticut: Lyons Press. m/s. 180. ISBN 978-1-59921-127-5. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Abbott ibid. m/s. 40–41, 47. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Depicted in the contemporary woodcut An Aggravated Death Sentence, Germanisches Nationalmuseum, Nuremberg.
- ^ Evans, Richard J. (9 May 1996). Rituals of Retribution: Capital Punishment in Germany 1600-1987. USA: Oxford University Press. m/s. 29. ISBN 978-0-19-821968-2.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Roda pemecah (Inggeris) |
- "Breaking on the Wheel" (dalam bahasa Inggeris). Probertenencyclopaedia.
- Greenblatt, Miriam. Rulers and their Times: Peter the Great and Tsarist Russia (dalam bahasa Inggeris). Benchmark Books. ISBN 0-7614-0914-9.
Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title=
(bantuan)
- Ralat templat Lang dan lang-xx
- Rencana Wikipedia yang menggabungkan petikan dari Ensiklopedia Britannica tahun 1911 tanpa parameter article
- Rencana Wikipedia yang menggabungkan teks dari Encyclopædia Britannica tahun 1911
- Medieval instruments of torture
- Modern instruments of torture
- European instruments of torture
- Capital punishment
- Execution methods
- Execution equipment