Republik Austria Pertama
Republik Austria Republik Österreich | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1919–1934 | |||||||||||
| |||||||||||
Lagu kebangsaan: Deutschösterreich, du herrliches Land "Jerman Austria, awak negara cantik" | |||||||||||
Ibu negara | Vienna | ||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Jerman Austria | ||||||||||
Agama | Gereja Roman Katolik | ||||||||||
Kerajaan | Republik persekutuan | ||||||||||
Presiden | |||||||||||
• 1919–1920 | Karl Seitz | ||||||||||
• 1920–1928 | Michael Hainisch | ||||||||||
• 1928–1934 | Wilhelm Miklas | ||||||||||
Canselor | |||||||||||
• 1919–1920 (pertama) | Karl Renner | ||||||||||
• 1932–1934 (terakhir) | Engelbert Dollfuss | ||||||||||
Badan perundangan | Reichsrat | ||||||||||
• Kamar atas | Herrenhaus | ||||||||||
• Kamar bawah | Abgeordnetenhaus | ||||||||||
Era Sejarah | Tempoh antara perang | ||||||||||
21 Oktober 1919 | |||||||||||
15 Julai 1927 | |||||||||||
12 Februari 1934 | |||||||||||
1 Mei 1934 | |||||||||||
12 Mac 1938 | |||||||||||
Mata wang | Krone Austria (1919–1924) Schilling Austria (1924–1938) | ||||||||||
Kod ISO 3166 | AT | ||||||||||
|
Republik Pertama Austria (Jerman: Republik Österreich) wujud selepas acara menandatangani Perjanjian Saint-Germain-en-Laye pada bulan September 1919 ketika penghujung kemuncak Perang Dunia Pertama dan juga menamatkan Republik Jerman-Austria. Republik ini hancur selepas pengasasan Negeri Persekutuan Austria yang diketuai oleh diktator Engelbert Dollfuss. Republik ini juga melalui zaman kemuncak Revolusi Julai 1927 dan Perang Saudara Austria.
Penubuhan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1919, Republik Jerman Austria telah dibubarkan oleh Perjanjian Saint Germain, yang menyerahkan wilayah didiami penduduk Jerman, Sudetenland kepada Czechoslovakia, wilayah Tyrol ke Itali.
Perjanjian itu menimbulkan kemarahan penduduk Jerman di Austria yang mendakwa bahawa ia telah melanggar "14 Poin" yang dibentangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Woodrow Wilson semasa rundingan damai, khususnya hak untuk "penentuan diri" daripada semua bangsa. Ramai daripada mereka merasakan bahawa kehilangan 60 peratus daripada wilayah empayar sebelum perang, Austria tidak lagi berdaya maju sebagai sebuah negeri yang berasingan.
Keadaan ini menyebabkan banyak pertikaian ke atas wilayah-wilayah mereka. Pertama adalah wilayah tenggara Carinthia, kebanyakannya didiami oleh orang Slovenia. Pengambilan wilayah itu oleh negara baru SHS dicegah oleh pungutan suara pada 10 Oktober 1920 kerana sebahagian penduduk memilih bersama Austria. Pertikaian wilayah kedua pula ialah Hungary ingin mengambil tuntutan ke atas negeri Burgenland, di bawah nama "Hungary Barat", yang sebahagian daripada Kerajaan Hungary sejak tahun 1647. Ia juga didiami oleh penduduk yang menggunakan bahasa Jerman, tetapi juga ada segelintir penduduk menggunakan bahasa Croat dan Hungary. Melalui Perjanjian St. Germain, ia sebahagian daripada Republik Austria pada tahun 1921. Selepas membuat pungutan suara oleh Austria, kota Sopron kekal di Hungary.
Selepas perang, Austria diperintah oleh kerajaan sayap kiri dan sayap kanan yang telah menubuhkan sebuah program sosioekonomi progresif dan perundangan buruh. Pada tahun 1920, kerajaan campuran telah menubuhkan Perlembagaan Austria. Walau bagaimanapun, negara baru ini amat sukar untuk dikawal kerana ekonomi bekas empayar Austria telah diambil oleh negara baru yang merdeka. Perkara ini semakin rumit apabila sedikit fakta mengatakan beberapa negara-negara baru ini masih bergantung kepada bank-bank di Vienna.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Koordinat: 48°12′N 16°22′E / 48.200°N 16.367°E Templat:Austria topics