Remington M1858
Remington New Model Army | |
---|---|
Jenis | Revolver |
Tempat asal | Amerika Syarikat |
Sejarah perkhidmatan | |
Dalam perkhidmatan | 1858–1873 |
Digunakan oleh | Amerika Syarikat Negara Confederate Pribumi Amerika Kerajaan Hawaii United Kingdom Wilayah Jajahan Inggeris, Kanada Koloni New South Wales Empayar Perancis Empayar Russia Empayar Jepun Empayar Mexico |
Perang | Perang Saudara Amerika Perang Amerika Indian Serangan Fenian Pemberontakan Red River Perang Perancis Prussia Perang Boshin Perang Perancis Mexico Kedua |
Sejarah pengeluaran | |
Pereka | Fordyce Beals |
Direka | 1858 |
Pengeluar | Senjata Api Remington |
Dihasilkan | 1858 sehingga 1875 |
Jumlah dibina | Lebih daripada 230,000 unit |
Aneka | 10 |
Spesifikasi | |
Berat | 2 lb, 13 oz (1.27 kg) |
Panjang | 13.25 (337 mm) |
Panjang laras | 8 (203 mm) |
Kartrij | Mesiu dan bola atau Kartrij keras dengan peluru silinder Peluru metalik bagi versi conversion |
Kaliber | .31, .36, and .44 percussion, .32 rimfire (converted), .38 centerfire (converted), .38 rimfire (converted), .44 centerfire (converted), .46 rimfire (converted) |
Aksi | Aksi-tunggal |
Halaju muncung | 550–1286 ft/s |
Jarak tembakan efektif | 75 ela |
Sistem suapan | 6-peluru pada 1 silinder pusingan |
Penglihatan | Pejara |
Revolver Model Remington-Beals[meragukan ] bersama-sama dengan model dan variasi berikutnya ialah revolver percussion yang dikeluarkan oleh Eliphalet Remington & Sons dalam kaliber .31 (Soket) .36 (Tentera Laut) atau .44 (Tentera Darat), yang diguna semasa Perang Saudara Amerika.
Revolver Remington ialah senjata api tambahan bagi Tentera Union sehingga kebakaran kilang Colt pada tahun 1864. Revolver Colt 1860 Army tidak tersedia bagi penggunaan segera. Selepas itu, revolver Remington telah ditempah dalam jumlah besar oleh faksi Union. Samuel Remington sebagai pemilik syarikat mula mengembara ke Washington pada musim luruh tahun 1861, menawarkan penjualan revolvernya kepada pentadbir Union dengan kos hanya $15 setiap satu revolver, lebih murah $10 daripada harga Colt Army 1860 pada masa itu. Meski dengan harga diskaun, sehingga akhir Mac 1862, Tentera Union hanya menempah penghantaran dari syarikat senjata api Remington sebanyak 7,250 buah.
Remington 1858 juga dilihat pengunaannya pada masa Wild West di Amerika Syarikat bahagian barat dan tempat-tempat lain dengan kegunaan terhad.