Pergi ke kandungan

Tupai kerawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Ratufinae)

Tupai kerawak
Julat zaman: Miosen Tengah hingga Kini
Tupai kerawak India (Ratufa indica)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Rodentia
Keluarga: Sciuridae
Subkeluarga: Ratufinae
Moore, 1959
Genus: Ratufa
Gray, 1867
Spesies

Lihat teks

Sinonim
  • Eoscuirus
  • Rukaia

Tupai kerawak[1] ialah tupai pokok seukuran kucing dari genus Ratufa dalam subkeluarga Ratufinae. Ia unsur tersendiri bagi fauna dari Asia Selatan dan Tenggara.

Terdapat empat spesies tupai kerawak:

  • Tupai kerawak putih kuning, Ratufa affinis – Semenanjung Thai-Melayu, Sumatera (Indonesia), Borneo (Brunei, Indonesia dan Malaysia)
  • Tupai kerawak hitam, Ratufa bicolor – utara Bangladesh, timur laut India, timur Nepal, Bhutan, selatan China, Myanmar, Laos, Thailand, Malaysia, Kemboja, Vietnam, dan barat Indonesia (Jawa, Sumatera, Bali dan pulau-pulau terdekat)
  • Tupai kerawak India, Ratufa indica – India
  • Tupai kerawak beruban, Ratufa macroura – selatan India, Sri Lanka

Pada zaman prasejarah, keturunan ini lebih tersebar luas. Contohnya, binatang yang sangat mirip dengan tupai kerawak dan mungkin termasuk dalam genus ini, setidaknya termasuk dalam Ratufinae, merupakan sebahagian daripada fauna Hambach awal Langhia (Miosen Tengah, sekitar 16–15.2 ribu tahun lalu) di Jerman.[2]

Rangka spesies Ratufa
Tupai kerawak hitam
  1. ^ "Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2808". Act No. 686  2008. m/s. 1–108. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2023-09-16. Dicapai pada 2023-09-16.
  2. ^ Gee, Carole T.; Sander, P. Martin; Petzelberger, Bianka E .M. (2003). "A Miocene rodent nut cache in coastal dunes of the Lower Rhine Embayment, Germany". Palaeontology. 46 (6): 1133–1149. doi:10.1046/j.0031-0239.2003.00337.x.