Perumahan Negara Rimba
Perumahan Negara Rimba | |
---|---|
Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba | |
Koordinat: 4°57′31″N 114°54′36″E / 4.958716°N 114.909950°EKoordinat: 4°57′31″N 114°54′36″E / 4.958716°N 114.909950°E | |
Negara | Brunei |
Daerah | Brunei-Muara |
Mukim | Gadong 'A' |
Sub-kawasan | Kampung: Perumahan Negara Rimba Kawasan 1-5 |
Keluasan | |
• Jumlah | 445 ha (1,100 ekar) |
Perumahan Negara Rimba atau Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba ialah sebuah kawasan perumahan awam di bahagian utara pinggir Bandar Seri Begawan dalam Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Ianya merupakan salah satu kawasan perumahan di bawah Rancangan Perumahan Negara iaitu sebuah program perumahan kerajaan bagi rakyat Brunei.[2][3] Perumahan Negara Rimba mempunyai keluasan 445 hektar (1,100 ekar).[1] Ia secara rasmi terdiri dari lima kampung dan mereka adalah sebahagian dari kampung-kampung di bawah Mukim Gadong 'A'.
Pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Perumahan Negara Rimba secara rasmi dibahagikan kepada lima sub-kawasan dan ditetapkan sebagai kampung iaitu pembahagian pentadbiran peringkat ketiga dan terbawah, iaitu selepas daerah dan mukim. Lima sub-kawasan tersebut ialah:[4][5]
- Perumahan Negara Rimba Kawasan 1
- Perumahan Negara Rimba Kawasan 2
- Perumahan Negara Rimba Kawasan 3
- Perumahan Negara Rimba Kawasan 4
- Perumahan Negara Rimba Kawasan 5
Sebagaimana kampung yang lain, setiap sub-kawasan mempunyai ketua kampung sebagai ketua komuniti. Setiap sub-kawasan juga merupakan kawasan poskod dan oleh itu mempunyai poskod sendiri.[4]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Sejarah Perpindahan Tahun 1970an". www.mod.gov.bn. Dicapai pada 9 Julai 2018.
- ^ "Daerah Brunei dan Muara" (PDF). www.information.gov.bn. m/s. 37. Dicapai pada 17 Mei 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Home dreams come true – Borneo Bulletin Online". Borneo Bulletin Online (dalam bahasa Inggeris). 9 Mei 2017. Dicapai pada 17 Mei 2018.
- ^ a b "postcodes". post.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 17 Mei 2018. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ "Geoportal - Survey Department". survey.gov.bn (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Julai 2018.