Pusat Persidangan Nasional (Beijing)
Pusat Persidangan Nasional (bahasa Cina: 国家会议中心) merupakan sebuah pusat konvensyen yang terletak di Beijing, Republik Rakyat China. Apabila disiap bina, pusat ini akan meliputi luas 270,000 meter persegi. Pusat ini dibina untuk Olimpik Beijing 2008.
Acara lawan pedang, serta disiplin menembak dan lawan pedang dalam pentatlon moden akan diadakan di pusat konvensyen ini. Pusat ini juga merupakan Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) dan Pusat Akhbar Utama (MPC) bagi Sukan Olimpik 2008.
Sebagai pusat persidangan dan pameran yang bertaraf tinggi ini, ketinggian tahap kemudahan di Beijing ini akan menganjurkan persidangan dan pameran selepas temasya Olimpik tamat.
Pusat ini telah digunakan semula sebagai Pusat Penyiaran Antarabangsa semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.