Pesta Sukan Ukur Se-Malaysia ke-32
Tuan rumah | JUPEM Melaka |
---|---|
Cogan kata | Sukan Membangunkan Masyarakat |
Penganjur | Majlis Sukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia |
Edisi | 32 |
Penyertaan pasukan | 13 |
Penyertaan atlet | 1500+ |
Acara | 15 acara diadakan |
Upacara pembukaan | 12 April 2019 |
Upacara penutupan | 14 April 2019 |
Tarikh | 12 – 14 April 2019 |
Pembukaan dirasmikan oleh | Kerk Chee Yee Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Belia dan Sukan Negeri Melaka mewakili Ketua Menteri Melaka |
Penutupan dirasmikan oleh | Dato' Indera Sr. Mohd Noor bin Isa Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia |
Pembaca ikrar atlet | Sr. Hishammuddin bin Kaiyim |
Tempat upacara | Stadium UTeM, Melaka |
Laman sesawang | https://pesumamelaka32.blogspot.com/ |
Pesta Sukan Ukur Se-Malaysia ke XXXII[1] atau ringkasnya PESUMA-32 adalah merupakan temasya kejohanan sukan pelbagai acara yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Melaka. Penganjuran sukan ini di Melaka sebelumnya adalah pada tahun 2006.
Kejohanan sukan ini telah di adakan pada 12 - 14 April 2019 dan dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka di Stadium UTeM yang di wakili oleh YB Kerk Chee Yee Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan, Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Senarai kontinjen
[sunting | sunting sumber]Bil. | Nama Kontinjen | Bilangan Penyertaan Acara | Bilangan Atlet |
---|---|---|---|
1. | JUPEM Melaka | 14 | 64 |
2. | JUPEM Kedah | 13 | 105 |
3. | JUPEM Negeri Sembilan | 12 | 87 |
4. | JUPEM Selangor | 14 | 130 |
5. | JUPEM Ibu Pejabat | 15 | 140 |
6. | JUPEM Perak | 14 | 137 |
7. | JUPEM Johor | 14 | 138 |
8. | JUPEM Pulau Pinang | 9 | 50 |
9. | JUPEM Perlis | 8 | 46 |
10. | JUPEM Kelantan | 14 | 100 |
11. | JUPEM Terengganu | 13 | 120 |
12. | JUPEM Pahang | 15 | 126 |
13. | JUPEM W. Persekutuan Labuan | 5 | 26 |
14. | Bahagian Pemetaan Topografi Sabah | 5 | 54 |
15. | Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak | 9 | 44 |
16. | Institut Tanah dan Ukur Negara | 12 | 84 |
17. | JUPEM W. Persekutuan KL/Putrajaya | 9 | 86 |
17. | Jabatan Ukur Negara Brunei Darussalam | 6 | 29 |
Jadual keseluruhan PESUMA ke-32
[sunting | sunting sumber]Perasmian
[sunting | sunting sumber]Upacara perasmian yang gilang gemilang telah diadakan pada 12 April 2019 bertempat di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Ia bermula dengan ketibaan YB Kerk Chee Yee. Perbarisan lintas hormat telah dimulakan dengan perarakan masuk Pancaragam Sekolah Henry Gurney yang terdiri daripada 42 orang pelajar yang dipimpin oleh Inspektor Fakhrul bin Zubir serta dibantu oleh Sarjan Mohd Said bin Abdul Hamid. Ini disusuli oleh lintas hormat kontinjen-kontinjen yang dimulai oleh kontinjen JUPEM Johor serta diakhiri oleh kontinjen tuan rumah iaitu JUPEM Melaka. Pengarahan di sepanjang acara perbarisan lintas hormat ini telah di berikan oleh En. Yusof bin Abdullah.
Selanjutnya Tuan Pengarah JUPEM Melaka, Sr. Tsalimi bin Abdullah telah menyampaikan ucapan alu-aluannya. Ini diikuti dengan ucapan pembukaan oleh YBhg. Sr. Dato' Indera Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia merangkap Yang di-Pertua Majlis Sukan JUPEM dan ucapan perasmian oleh YB En. Kerk Chee Yee, Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Upacara pembukaan kejohanan ini turut dimeriahkan dengan persembahan acara pencak silat oleh ahli Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka serta persembahan oleh Kumpulan Koir Performing Art Ibu Pejabat JUPEM yang telah mendendangkan lagu-lagu JUPEM ke Arah Jaya, Temberang dan Gemuruh.
Penutupan
[sunting | sunting sumber]Upacara penutup kejohanan ini telah diadakan pada 14 April 2019 bertempat di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka.
Ia dimulakan dengan sesi tahlil ringkas tetapi penuh syahdu yang diketuai oleh Sr Mohd Daud Mahzur bagi mendoakan kerahmatan kepada Yusof bin Abdullah yang telah meninggal dunia sekitar jam 12:00 tengah hari pada hari Sabtu 13 April 2019, iaitu pada hari ke-2 kejohanan, sebaik sahaja menamatkan permainan bola tampar ketika mewakili JUPEM Melaka.
Majlis Sukan Jabatan Ukur telah memutuskan PESUMA ke-33 akan dianjurkan oleh Kelab Sukan JUPEM Negeri Sembilan, berkemungkinan pada tahun 2021.