Persatuan Naturopatik Tradisional Cina Malaysia
Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan am rencana Wikipedia. |
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Persatuan Naturopatik Tradisional Cina Malaysia (PNTCM) ialah sebuah persatuan untuk merangsang minat terhadap bidang naturopati Cina di Malaysia. "Naturopati", juga dikenali sebagai "perubatan semula jadi", ialah sistem perubatan alternatif yang menumpukan ubat semula jadi dan keupayaan badan untuk menyembuhkan dan memeliharakan diri sendiri. Diasaskan oleh Tabib Loh Ki Ho yang juga presiden persatuan pada 8 Jun 2005, persatuan ini ialah salah satu anggota Persekutuan Persatuan Tabib Perubatan Tradisional Cina dan Akupunktur Malaysia (FCPAAM). Ibu pejabatnya terletak di No. 10-1, Jalan Angsana 2, Taman Bukit Angsana, 56000 Cheras, Kuala Lumpur dan dapat dihubungi melalui nombor telefon 603-9102 6099 dan 016-275 7586.
PNTCM menjalani kursus yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mereka yang bercita-cita menjadi pengamal. Kursus-kursus tersebut merangkumi bidang tui na, gua sha, ilmu herba, dan sebagainya. Persatuan ini juga cuba berhubung dengan orang ramai dengan menawarkan rawatan naturopati yang percuma sebanyak dua atau tiga kali setahun, dengan kosnya dibiayai melalui kempen memungut derma.
Kegiatan-kegiatan yang masih dirancang termasuk penyediaan kursus dalam bahasa Inggeris, serta juga kursus bukan untung tentang teknik dan manfaat gua sha bagi anggotanya. Jumlah anggota persatuan ini kini sekitar 400 orang pengamal. Bagi menaikkan lagi bilangan anggotanya, persatuan ini kini juga menggalakkan orang ramai, tanpa mengira bangsa, untuk menyertainya. Yuran pendaftaran ialah RM50.00, dengan yuran tahunan sebanyak RM30.00 sahaja.
Persatuan ini kini masih belum memiliki laman rasmi sendiri.