Senarai peribahasa (N–Z)
Penampilan
(Dilencongkan daripada Peribahasa bermula dengan huruf "P dan Q")
Berikut ialah senarai peribahasa yang bermula dengan huruf "N" hingga "Z".
N
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Nafsu tidak bertepi. | Keinginan hati manusia tidak ada batasnya. |
Nafsu-nafsu, raja di mata sultan di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Bersultan di mata, beraja di hati). nafsu = keinginan hati; nafsi = mementingkan diri sendiri. |
Menuruti kehendak hati sendiri. |
Naga ditelan ular lidi. | Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. |
Naik basuh kaki saja. | Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah. |
Naik dari janjang, turun dari tangga. (janjang = jenjang.) | Membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya. |
Naik di janjang, turun di tangga. | Membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya. |
Naik ke rumah bercuci kaki saja. | Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa. |
Naik melompat, turun terjun. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. |
Naik membilang anak tangga turun selangkah jejaklah ke bumi. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. |
Naik seperti Kelip-kelip, turun seperti ribut. | Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali. |
Naik tak bertangga, turun tak berpintu. | Melakukan sesuatu perbuatan yang salah. |
Naik tangga dari bawah. | Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. |
Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar. | Dalam keadaan yang serba salah. |
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai. | Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah. |
Nak menangguk ikan, tertangguk ke batang. | Hendak laba, langsung jadi rugi. |
Nak tahu jahat orang tanyakan kepada seterusnya, nak tahukan baik orang tanyakan kepada sahabatnya. | Kejahatan dapat diketahui daripada musuh, kebaikan dapat diketahui daripada sahabat. |
, | Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. |
Nampak kulitnya tahulah isinya. | Pada rupa muka atau gerak gerinya tahulah kita akan sifatnya. |
Nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing. | Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik. |
Nan berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk. (seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.) | Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. |
Nan dekat panggilan tiba, nan jauh kulangsing lepas. (kulangsing = sirih pemanggil.) | Adat panggil memanggil; yang dekat dipanggil dengan mulut, yang jauh-jauh dikirimi surat. |
Nan dimaksud sampai, nan diamal pecah. | Sudah tercapai apa-apa yang dicita-citakan. (amal = idaman, cita-cita.) |
Nan lurah (= rendah) juga diturut air. | Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya. |
Nan pekak pelepas bedil, nan buta pengembus lesung, nan bisu penggera ayam, nan lumpur penghuni rumah. | Tiap-tiap orang itu ada dengan gunanya; simbol persatupaduan yang kukuh. (penggera = orang yang menyergah, menggertak.) |
Nasi basi penolak nafsu. | Putus kasih oleh sebab telah lama atau kerana perselisihan; orang tua yang melarat hidupnya. |
Nasi basi penolak nafsu. | Putus kasih oleh sebab telah lama atau kerana perselisihan; orang tua yang melarat hidupnya. |
Nasi disaji pula digaduhkan, padi di ladang dilanyak gajah tidak disusahkan. | Belanja yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan. |
Nasi habis budi bersua. | Sahabat yang sudah kentara budi pekertinya yang kurang baik; baru teringat akan sahabat setelah dalam kesusahan. |
Nasi masak periuk pecah. | Hukuman yang sudah putus tak dapat dibanding (diapel) lagi. |
Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang. | Kerja sama-sama dilakukan, keuntungan diambil seorang diri. |
Nasi sedap gulai mentah, gulai sedap nasi mentah. | Pekerjaan yang tidak sempurna. |
Nasi sudah menjadi bubur. | Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi. |
Nasi tak dingin, pinggan tak retak. | Cermat melakukan sesuatu pekerjaan. |
Nasi tersaji di lutut. | Keuntungan yang diperoleh dengan mudah. |
Nasi tersenduk tidak termakan. | Tidak dapat merasainya, meskipun sudah diperoleh; belum menjadi rezeki. |
Nasib penyapu, banyak jasa turun darjat. | Terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri. |
Negeri besar, rumah besar, berapa pun panjang perian takkan terantuk. | Orang kaya yang murah hati, biarpun banyak orang yang meminta pertolongan tiadalah ia akan jadi miskin. |
Neraca berbatu intan. | Hukuman yang seadil-adilnya. |
Neraca palingan Allah, mata palingan setan. | Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. |
Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan. | Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. |
Neraca yang palingan, bungkal yang piawai. | Hakim yang sangat adil. (piawai = pandai, cakap.) |
Niat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka (= sial). | Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh. |
Niat hati hendak memancing ikan, tak mahu membuang umpan. | Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi. |
Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka. | Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. |
Niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit. | Lain yang dihajati, lain yang diperoleh. |
Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai. | Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. |
Nibung bangsai bertaruk muda. (bangsai = rapuh dan buruk.) | Orang tua yang berlagak muda. |
Nikah maharaja bumi (= Boma). | Nikah tanpa belanja. |
Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik. | Mendapat celaka kerana kesalahan orang lain. (pirik = memipis, menumbuk lumat-lumat.) |
Nyamuk mati, gatal tak lepas. | Menaruh dendam kepada orang yang berbuat jahat, meskipun yang jahat itu sudah dihukum. |
Nyawa bergantung di hujung kuku (= rambut). | Dalam keadaan yang sangat berbahaya. |
Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya. | Walaupun anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza. |
O
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. | Setiap bantuan orang hendaklah kita kenangi |
P
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Pacat ingin menjadi ular. | Orang yang miskin atau hina berlagak menjadi orang kaya. |
Pahit di luar manis di dalam. | Perkataan yang kasar dan keras tetapi maksudnya baik dan menguntungkan. |
Patah tumbuh hilang berganti | Pemimpin yang berundur sudah ada penggantinya. |
Payah-payah dilambung ombak akhirnya sampai ke tepi | Matlamat atau cita-cita yang diidamkan akhirnya menjelma dengan rintangan dan dugaan dapat ditempuhi dengan bersusah payah. |
Pipih boleh dilayang, bulat boleh diguling. | Perkara yang sudah mendapat kata sepakat. |
Pelanduk dua serupa. | Dua orang yang seakan-akan rupanya. |
Pelanduk lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk. | Terlupa akan bahaya sedangkan bahaya itu sentiasa mengancam. |
Pinang pulang ketampuk. | Sudah secocok atau bersesuaian. |
Pipit sama pipit enggang sama enggang. | Pengelasan orang mengikut pangkat dan darjat. |
Pipit pekak makan berhujan. | Orang yang sangat rajin dan tekun melakukan sesuatu perkerjaan. |
Pipit meminang anak enggang. | Orang yang miskin ingin beristerikan orang kaya. |
| Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.|}
Q
R
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Rebung tidak jauh dari rumpun. | Perangai anaknya tidak jauh dari perangai bapanya. |
Rebung tidak miang, bembam pula yang miang. | Orang yang bersangkutan berdiam diri orang lain yang campur tangan. |
Retak-retak mentimun. | Retak halus yang hanya di luar sahaja. |
Retak menanti belah. | Perkara kecil yang akan menjadi besar tinggal menanti petaka yang lebih besar lagi. |
Retak kayu boleh disimpan, retak pinggan susah hilangnya. | Perselisihan kecil boleh didamaikan tetapi perselisihan besar sukar dilupakan. |
Rezeki harimau. | Makanan yang banyak dan berjenis-jenis. |
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. | Jika beroleh sebarang keuntungan jangan dibuang dan jangan mencari lawan. |
Rezeki mata. | Sesuatu perkara yang sedap dipandang. |
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. | Bersama-sama dalam suka dan duka. (Bergotong-royong dalam mengerjakan sesuatu perkara.) |
Ringan tulang, berat perut. | Siapa yang rajin bekerja dia akan mendapat rezeki yang lebih. |
Rumah buruk disapu cat. | Orang tua yang suka bersolek. |
Rumah gendang bersendi perak. | Orang bangsawan dan kaya pula. |
S
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Salai tidak berapi. | Perempuan hamil yang ditinggalkan suaminya. |
Sauk air mandikan diri. | Orang yang hidup di atas usaha sendiri. |
Sayang buah kepayang dimakan mabuk dibuang sayang. | Sesuatu keadaan yang dalam serba salah. |
Sebab mutiara sebiji, lautan dalam diselam orang. | Orang yang berilmu itu biar di mana pun ia tinggal tetap dicari orang. |
Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. | Kecelakaan yang timbul akibat terlepas cakap. |
Sebab nila setitik rosak susu sebelanga. | Kerana kejahatan yang sedikit semua kebaikan menjadi rosak. |
Sebelum ajal berpantang maut. | Tidak akan mati sebelum tiba ajalnya. |
Seberapa panjang sarungnya begitulah panjang matanya. | Perangai yang baik atau jahat menunjukkan sedikit atau banyak ilmu seseorang. |
Sekali air bah, sekali pasir berubah. | Sebaik sahaja ketua atau pemerintah di dalam sesebuah negara bertukar, maka cara hidup rakyat pun pasti berubah. |
Selimat kain tiga hasta, ditarik ke atas bawah terbuka, ditarik ke bawah atas pula terbuka. | Sesuatu yang tidak mencukupi untuk keperluan. Sulit untuk mengaturkanya. |
Seludang menolak mayang. | Telah kelihatan isi hatinya. |
Senjata makan tuan. | Sesuatu yang dipergunakan untuk alasannya tetapi mengena dirinya sendiri. |
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. | Seseorang yang hebat dalam sesuatu perkara tetap ada kelemahannya. |
Seperti anai-anai makan kayu. | Mengerjakan sesuatu perkara dengan begitu tekun sekali. |
Seperti anak ayam kehilangan ibu. | Sekumpulan orang yang kehilangan arah atau berpecah-belah akibat kehilangan seorang pemimpin atau tempat tumpuan dan pengharapan. |
Seperti anjing bertemu pasir. | Orang yang telah menjumpai barang kesukaanya. |
Seperti api dengan asap. | Pertalian yang tidak dapat diputuskan. |
Seperti api di dalam sekam. | Perasaan dendam yang tersembunyi. |
Seperti bangsi buluh perindu. | Suara yang merdu dan lemah lembut. |
Seperti benang putih. | Orang yang menurut tanpa membantah. |
Seperti emas baru disepuh. | Kecantikan rupa paras seorang wanita. |
Seperti ikan kena tuba. | Orang yang tidak berdaya lagi. |
Seperti kucing dapat tikus. | Orang yang tidak tahu duduk diam. |
Seperti tikus jatuh ke beras. | Orang yang terlalu gembira. |
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. | Hendaklah berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan. |
Siapa yang makan nangka dia yang terkena getahnya. | Siapa yang bersalah orang itu yang harus dihukum. |
Sirih pulang ke gagang. | Kembali ke tempat asalnya. |
Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. | Orang yang berpura-pura tidak tahu. |
Sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana ilmunya. | Sukakan sesuatu kerana faedah yang diperolehi darinya. |
Sungguhpun lemak santan akhirnya basi jua. | Orang muda yang cantik itu akhirnya akan tua juga. |
T
Peribahasa | Maksud | |
---|---|---|
U
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Ubur-ubur airnya hitam. | Orang yang jahat nyata pada kelakuan dan perkataannya. |
Ucap habis niat sampai. | Hasil yang diperoleh dengan segera. |
Udang hendak mengatai ikan. | Tak insaf akan kekurangan diri sendiri. |
Udang merentak dalam tangguk. | Tidak tenteram (gelisah, susah dan sebagainya). |
Udang tak tahu di bongkoknya. | Tak insaf akan kekurangan diri sendiri. |
Ugut-ugut beruk saja. | Menunjukkan berani pada orang yang takut padanya. |
Uir-uir minta getah.
(uir-uir - sebangsa belalang atau jengkerik yang biasa berbunyi di dalam rimba) |
Berbuat sesuatu yang membahayakan diri sendiri; perempuan yang memikat hati lelaki. |
Ujung (hujung) lurus, pangkal berkait. | Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat. |
Ukur baju di badan sendiri. | Kejahatan diri sendiri janganlah diukur dengan kejahatan orang lain. |
Ukur mata dengan telinga. | Menurut penglihatan dan pendengaran. |
Ulam mencari sambal. | Perempuan yang mencari lelaki. |
Ular bercampur dengan belut, tak akan hilang bisanya. | Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tiada akan berubah tabiatnya. |
Ular berkepala dua. | Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. |
Ular berlingkar di gulungan tikar. | Orang jahat yang menyamarkan diri dalam kumpulan orang baik-baik. |
Ular biar mati, tanah jangan lekuk, buluh jangan pukah. | Menyelesaikan sesuatu perkara (menghukum, memperdamaikan) hendaklah dengan adil, sehingga kedua-dua belah pihak merasa puas hati. |
Ular bukan, ikan pun bukan. | Tidak dapat ditentukan baik atau buruknya. |
Ular menyusur akar. | Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. |
Ular telan babi, cacing yang bengkak perut. | Iri hati melihat keberuntungan orang lain. |
Ulat dalam batu pun hidup juga. | Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan. |
Ulat lupakan daun. | Lupa akan budi baik orang. |
Umpama anjing makan muntahnya. | Orang yang tamak dan gelojoh tidak memilih (keji atau terlarang) apa yang akan diperbuatnya. |
Umpama ayam menetaskan telur itik, anaknya itu ke air juga. | Perangai atau kelakuan baka tiada siapa yang dapat mengubahnya. |
Umpama Belanda kesiangan. | Orang yang bertingkah laku seperti orang putih. |
Umpama bilah atau lidi yang terselat pada dinding, dapat juga diambil akan pencungkil gigi atau pencungkil telinga.(selat - sisip, selit) | Seseorang itu betapa pun bodoh atau bebalnya, pada suatu waktu ada juga gunanya. |
Umpama buah kepayang, dimakan mabuk di buang sayang. | Sesuatu yang amat disayangi tetapi merosakkan. |
Untung bagai untung kapas. | Orang yang banyak penanggungannya. |
Untung melambung, malang menimpa. | Mendapat kemalangan silih berganti. |
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. | Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya. |
Untung sebagai roda pedati. | Nasib manusia berputar-putar turun dan naik. |
Untut bertambah kulitnya. | Orang kaya bertambah kaya (kerana keuntungan baru). |
Upah bidan pun tak terbayar. | Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapanya. |
Upah lalu, bandar tak masuk. | Tidak mendatangkan hasil sedikit juga, melainkan kerugian semata-mata. |
Upas berulam racun. | Perbuatan jahat yang tindih bertindih. |
Usahlah teman dimandikan pagi. | Usahlah dipermain-mainkan dengan sanjungan yang berlebih-lebihan. |
Usang dibarui, lapuk dikajangi. | Kebiasaan lama yang baik sudah dilupai orang dihidupkan kembali, mana-mana yang kurang baik diperbaiki. |
Usul-usul; asal-asal; asal jangan ditinggalkan. | Mengerjakan sesuatu hendaklah dengan hati-hati. |
Usul menunjukkan asal. | Sifat kelakuan seseorang itu menunjukkan asal keturunannya. |
Utang (hutang) biduk belum langsai, utang (hutang) pengayuh datang pula. | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. |
Utang (hutang) emas dapat (boleh) dibayar, utang (hutang) budi dibawa mati. | Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang. |
Utang (hutang) (pinjam) kayu ara. | Hutang yang tak mungkin terbayar. |
Utang (hutang) samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula. | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. |
Utang (hutang) sebelit (selilit) pinggang. | Sangat banyak hutangnya. |
Utang (hutang) tembilang belum langsai, utang (hutang) tajak bila pula. | Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. |
Utang (hutang) tiap helai bulu. | Sangat banyak hutangnya. |
V
W
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga. | Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik. |
Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga. | Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. |
Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan. | Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik. |
Wau melawan angin. | Perbuatan yang sia-sia. |
Wayang kepadaman damar. | Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba. |
Walau bagaimana minyak dicampur dengan air, minyak juga yang timbul. | Golongan bangsawan tetap diberi layanan istimewa. |
Walau ikan yang diam di dalam tujuh lautan juga, termasuk dalam pukat juga. | Orang yang pandai pun ada masanya akan terkena. |
Warta dibawa pikat dan langau. | Khabar angin. |
Wau putus teraju. | Seseorang yang sudah putus harapan, hanya berharap pada nasib. |
Y
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan. | Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya. |
Yang berbaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang. | Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya. |
Yang berpayung yang ditembak. (ditembak - dituju) | Orang yang berkuasalah tempat orang mengharapkan pertolongan. |
Yang bertakuk yang ditebang, yang bergaris yang dipahat. | Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya. |
Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher. | Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri. |
Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga. | Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik. |
Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang. | Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja. |
Yang bungkuk (bongkok) juga dimakan sarung. | Yang bersalah juga yang akan menanggung dosanya (menerima hukumannya). |
Yang buntal kutil mengutil, yang jerung luluh meluluh. | Yang miskin hidup berpekin, yang kaya boros berbelanja. |
Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas. | Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga. |
Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. | Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula. |
Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi. | Tiap-tiap suatu pekerjaan itu hendaklah dengan sempurna baik pada rupa, pendengaran dan perasaan. |
Yang disangka tidak menjadi, yang diam boleh ke dia. | Orang lain yang berikhtiar, orang lain pula yang memungut hasilnya. |
Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam. | Orang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka. |
Yang dulu mendapat, yang kemudian ketinggalan. | Orang yang rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas. |
Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya. |
Yang hampa biar terbang, yang bernas biar tinggal. | Yang tak berguna biarlah hilang, dan yang baik-baik biarlah tinggal. |
Yang hidup sesarkan mati. | Tiap-tiap suatu itu ada batasnya dan ada pula penggantinya. |
Yang lahir memperlihatkan yang batin. | Perbuatan atau kelakuan menunjukkan sifat atau perasaan yang tersembunyi. |
Yang memberi tangan di atas, yang menerima ( meminta) tangan di bawah. | Biasanya orang yang memberilah yang tinggi cakapnya daripada orang yang menerima. |
Yang menanti padang tak berumput, yang mendatang kurus kedut-kedut. | Orang yang lapar meminta pertolongan kepada orang yang melarat. |
Yang mencencang memampas. | Yang berbuat salah harus menerima hukuman. |
Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. | Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat. |
Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga. | Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya. |
Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang. | Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) denga |
Yang rebah ditindih. | Yang sudah miskin bertambah miskin. |
Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat. | Tidak pernah merasa puas dengan sesuatu perolehan. |
Yang secupak (sesukat) takkan jadi segantang. | Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. |
Yang sehasta takkan jadi sedepa. | Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. |
Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa. | Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi. |
Yang seorang memeram batu, yang seorang memeram pisang. | Perbezaan pendirian; seorang boleh menanti seorang lagi tidak. |
Yang tajam tumpul, yang bisa tawar. | Dengan perkataan yang lemah lembut dapat diselesaikan segala sengketa. |
Yang tegak disokong, yang lemah ditopang. | Orang kaya dimuliakan dihormati, sedangkan orang miskin dibantu dan ditolong. |
Yang teguh disokong, yang rebah ( rendah) ditindih. | Maksudnya: Orang yang sudah kuat (kaya, baik dan sebagainya) dibantu, sedangkan orang yang lemah (miskin dan sebagainya) diperas. |
Yang terbujur lalu, yang terlintang patah. | Sesuatu yang tak dapat dihalang-halangi. |
Yang tinggi tampak jauh, yang dekat jolong bersua. | Dalam sesuatu usaha pemimpinlah yang bertanggungjawab dan dialah pula yang akan dipuji atau dicela. |
Yang untut lain, yang mengensot lain. | Yang salah lain, yang kena hukum lain. |
Z
Peribahasa | Maksud |
---|---|
Zaman beralih, musim bertukar. | Segala sesuatu (peraturan, hukuman dan sebagainya) hendaklah disesuaikan dengan keadaan zaman. |
Zaman Tuk Nadur berkajang kain. | Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali. |
Zaman puntung berasap. | Zaman yang telah lalu; sudah lama sekali lagi. |
Zikir-zikir saja jatuhkah rezeki jatuh dari langit? | Rezeki tidak datang dengan hanya berdoa. |
Pautan luar
Senarai peribahasa mengikut huruf |
---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z . |