Perbincangan:Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu
Laman ini ialah laman perbincangan untuk membincangkan penambahbaikan pada rencana Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu. Laman ini bukan forum untuk perbincangan biasa topik rencana. |
Polisi rencana
|
Cari sumber: Google (buku · berita · surat khabar · sarjana · imej percuma · ruj WP) · FENS · JSTOR · NYT · TWL |
bagaimanakah saya menghargai kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh tokoh tersebut?
Jangan biarkan jiwa dan minda dijajah oleh bangsa asing. Ingat bahawa diri anda adalah setaraf dengan mereka, budaya anda, kepercayaan anda adalah setanding, malah mungkin lebih baik. Sekiranya mereka mengatakan berkelakuan seperti haiwan itu baik, jangan cepat terikut-ikut tetapi fikir dengan akal yang logik dan pertimbangan yang waras. Yosri 12:13, 27 Februari 2006 (UTC)
Mana Lebih Sesuai
[sunting sumber]Saya rasa pemahsyuran lebih sesuai kerana ada dokumen bertulis.DaniAsh| Nak Kritik, Klik Sini 20:22, 21 Disember 2007 (UTC)
- Saya rasa anda maksudkan "masyhur". ...Aurora... 15:28, 7 April 2008 (UTC)
tatau lah, buku teks sejarah tlis len. PuteraLuqman Tunku Andre 16:16, 7 April 2008 (UTC)
- Erm... betul ke kalau pengisytiharan merujuk kepada upacara itu manakala pemasyhuran ialah dokumen itu? sebab rencana ini berkenaan upacara itu. Polar 17:06, 7 April 2008 (UTC)
- Taktaulah Polar. Yg saya tau perkataan "mahsyur" tiada dalam kamus. ...Aurora... 15:12, 8 April 2008 (UTC)
- Cik Aurora salah eja rasanya. Masyhur ada dalam kamus. Isytihar pun ada. Cuma yang sama pernah lihat perkataan "Pemasyhuran" digunakan (sepanjang hayat saya setakat ini) ialah ketika kemangkatan baginda Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz, Agong ke-11 iaitu sebelum upacara pemakaman, di istana diadakan upacara pemasyhuran Raja Muda Selangor ketika itu, Tengku Idris Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Sharafudin Idris Shah. Rasanya Pemasyhuran lebih kepada perkataan istana kerana Tunku sendiri kerabat diraja dan pengisytiharan kemerdekaan itu dilakukan di hadapan raja-raja Melayu. Mungkin sebab itu dokumen rasmi kemerdekaan tertulisnya perkataan pemashuran. Dapat dilihat perkataan pemasyhuran tidak berapa digunakan lagi selepas itu seperti Pengisytiharan Malaysia dan Pengisytiharan Wilayah Persekutuan. Polar 15:34, 8 April 2008 (UTC)
- Saya tahu "masyhur" memang ada, yang saya pertikaikan ialah "mahsyur". ...Aurora... 15:12, 9 April 2008 (UTC)
Hari Merdeka
[sunting sumber]Kenapa dalam Wikipedia Inggeris ia ditulis sebagai Hari Merdeka? -- i wong (bincang) 02:55, 31 Ogos 2012 (UTC)
- Salah tempat ni, tanyalah orang di sana. ...Aurora... (b) 07:24, 2 September 2012 (UTC)
- Baru saya perasan. Interwiki ke sini membawa ke laman yang sepadan manakala interwiki di en:Hari Merdeka dibawa ke sini pula. Kesalahan di interwiki laman Hari Merdeka. -- i wong (bincang) 07:50, 2 September 2012 (UTC)
- Oh begitu, silalah betulkan. ...Aurora... (b) 08:00, 2 September 2012 (UTC)
- Baru saya perasan. Interwiki ke sini membawa ke laman yang sepadan manakala interwiki di en:Hari Merdeka dibawa ke sini pula. Kesalahan di interwiki laman Hari Merdeka. -- i wong (bincang) 07:50, 2 September 2012 (UTC)