Pergi ke kandungan

Perbincangan:Homoseksual

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Perbincangan:Kehomoseksualan)

kesilapan rencana

[sunting sumber]

Terdapat banyak kesilapan di dalam rencana bertajuk Homoseksual yang perlu diubah-suai. Di dalama era globalisasi yang serba maju, golongan homoseksual mula mendapat perhatian orang ramai. Kebanyakan daripada mereka dianugerah Tuhan dengan bakat dan minda yang menakjubkan. Antara orang kenamaan yang berbakat serta berkebolehan termasuk -Sir Elton John, penyanyi rock ternama, -Mendiang Leslie Cheung, penyanyi dan pelakon tersayang di Hong Kong, -Mendiang Aristotle, ahli falsafah masyhur, -Ludwig Wittgenstein, ahli matematik terkenal dari Australia

Sememangnya nama-nama di atas hanya sebahagian kecil daripada golongan gay yang telah mengecapi kejayaan. Jelas sekali bahawa kejayaan dan kenamaan tidak ditentukan atau dihalang atas sebab seseorang menyukai orang yang mempunyai jantina yang sama.

Pemikiran konservatif sesetengah negara dan agama telah menjadikan kehidupan golongan homoseksual susah. Walaupun sering ditindas dan dihina, mereka masih dapat membuktikan kebolehan mereka. Ini menunjukkan keazaman seseorang manusia dapat mengatasi segala diskriminasi masyarakat yang jahil dan sempit.

Kesilapan yang ketara juga dapat dilihat dalam salah satu kenyataan bahawa biologi belum lagi disah sebagai salah satu penyebab ciri-ciri homoseksual. Kenyataan ini adalah tidak tepat. Ahli-ahli sains telah berjaya buktikan bahawa salah satu faktor utama homoseksual adalah kerana genetik, hormon, dan unsur biolgi yang lain.

Kenyataan prejudis dan tidak tepat bahawa AIDS disebabkan oleh kegiatan homoseksual juga perlu dikeluarkan. Jelas sekali kenyataan ini tidak berdasarkan fakta dan hanya sekadar kenyataan terpesong akibat daripada pendidikan yang serba kurang. AIDS adalah syndrom atau kesan yang ditinggalkan pada seseorang akibat dari jangkitan HIV bukannya kerana seseorang menyukai atau pun menjalinkan persetubuhan dengan seseorang sesama jantina. Sebaliknya, HIV boleh merebak antara orang yang melakukan persetubuhan "normal", terutamanya perempuan. Ini adalah kerana seorang pembawa HIV boleh menyebarkan virus ini melalui sistem darah dan air mani.

Disamping itu, HIV merebak contohnya di negara Malaysia adalah disebabkan kebanyakannya oleh penguna dadah dan kegiatan pelacuran. Tetapi disebabkan oleh rencana sebegini, masyarakat sering beranggapan bahawa asalkan seseorang itu tidak terlibat di dalam kegiatan seks di luar tabii, maka dia tidak akan dijangkiti HIV. Sistem pendidikan serong sebegini yang menyebabkan gejala AIDS di negara seperti Malaysia bertambah teruk.

Kesilapan di dalam kenyataan yang diberi di dalam ensiklopedia umum boleh mengakibatkan masyarakat lebih jahil dan membantutkan perkembangan masyarakat tersebut.Maklumat yang dikongsi perlulah melalui pendapat yang tidak prejudis dan bukannya sekadar salin dengan membuta-tuli. Tidak dinafikan dari segi agama, homoseksual adalah perbuatan yang keji. Tetapi dari segi psikologi dan sains, ini hanyalah ciri-ciri sesuatu benda hidup yang bukannya disebabkan kejahilan ataupun syaitan. Oleh itu intonasi dan cara penyampaian hujah-hujah perlulah tidak berat sebelah ataupun prejudis. Ternyata rencana ini pro-agama, mempunyai unsur-unsur diskriminasi dan tidak memberi kepada masyarakat maklumat yang sebenar-benarnya.

-pendapat di atas adalah berdasarkan fakta terbitan akhbar berita, journal sains dan buku-buku terbitan terkini-

"Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang berakal. Gunakannya untuk membezakan fakta daripada kesilapan. Pendidikan yang silap tidak jauh bezanya dengan ajaran sesat kerana maklumat yang silap membawa kejahilan kepada anak bangsa. Semoga anak bangsa tidak dituju ke jalan yang sesat"

sekian, fenix0529


"Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang berakal. Gunakannya untuk membezakan fakta daripada
kesilapan. Pendidikan yang silap tidak jauh bezanya dengan ajaran sesat kerana maklumat yang silap
membawa kejahilan kepada anak bangsa. Semoga anak bangsa tidak dituju ke jalan yang sesat"

Sesungguhnya jika seseorang manusia itu berakal dia tahu bahawa perbuatan homoseksual itu adalah salah daripada segi moral dan fizikal. Tuhan menjadikan manusia itu berpasang-pasangan yakni lelaki dan wanita dan bukan sesama jantina. Ini terjadi apabila manusia mula merasakan diri mereka sudah cukup besar sehingga mengubah ketentuan yang telah diberikan. Rencana ini tidak silap yang silapnya adalah anda sendiri. — Master2841 18:42, 27 Jun 2006 (UTC)[balas]

Saya bersetuju sepenuhnya dengan Master2941. Walaupun ada kajian sains yang mengatakan bahawa adanya golongan homoseksual yang memang homoseksual sejak lahir dan ini tidak boleh dikawal, hakikatnya golongan ini masih punyai pilihan sama ada untuk mengamalkan gaya hidup homoseks atau tidak. Setakat kini pun ramai daripada golongan berkenaan tidak langsung mengamalkannya meskipun punyai kecenderung berkenaan kerana tunduk patuh kepada ajaran agama dan Tuhan, dan sikap ini mesti disanjungi. Tuhan yang mencipta sekalian alam termasuk manusia, maha mengetahui akan baik buruk untuk ciptaannya. Ada baiknya fenix0529 ingat-ingatlah akan kebesaranNya dan jangan terbawa-bawa oleh hujah-hujah Barat yang merosak dan meruntuhkan. Alistair 阿力斯特伊儿 11:07, 28 Jun 2006 (UTC)[balas]



Saya faham dari kata-kata Master2841 dan Alistair bahawa dari segi agama yang anda anuti, Tuhan tidak membenarkan amalan homoseksual. Tetapi Wikipedia bukannya tempat menyebar ajaran agama. Saya tidak pernah menyebut bahawa dari segi agama homoseksual diiktiraf ataupun diterima.

Tetapi bukankah kenyataan di dalam rencana itu silap dalam mengatakan bahawa golongan itu tidak boleh berjaya? Ataupun untuk mengatakan bahawa golongan ini adalah penyebab penyakit?

Bukankah agama sendiri yang berpegang bahawa penyakit adalah ujian dari Tuhan? Sekiranya seseorang itu dijadikan serba kekurangan dan tidak "sempurna", bukankah ini suatu cabaran Tuhan kepada orang itu?

Tetapi rencana ini telah mengetepikan kemungkinan bahawa orang homoseksual boleh mengecapi kejayaan. Sekiranya anda sendiri menghadapi "situasi dimana anda tidak mempunyai keinginan ataupun berasa jijik untuk menjalini hubungan dengan orang yang berlainan jantina", anda tentu akan merasakan bahawa hidup sudah tidak bererti kerana seperti yang dinyatakan dalam rencana ini, hidup anda akan sengsara.

Selain itu, penyakit AIDS adalah penyakit yang tidak hanya merebak dalam golongan homoseksual. Dari statistik negara, kebanyakan penghidap AIDS adalah golongan heteroseksual. Bukankah ini menunjukkan bahawa dari segi agama, penyakit AIDS dan STD yang lain adalah kehendak Tuhan untuk menghalang manusia daripada bercurang dan melakukan seks rambang?

Saya tidak menafikan bahawa dari segi budaya dan agama, homoseksualiti adalah tidak betul. Saya hanya menyatakan bahawa fakta-fakta yang dikemukakan dalam rencana ini adalah tidak jelas dan silap. Kenyataan yang diberi oleh Master2841 dan Alistair berkenaan dengan pandangan agama sememangnya betul. Di Malaysia, terdapat juga NGO dan persatuan yang membantu golongan homoseksual untuk menjalani hidup seperti orang heteroseksual.

Terdapat juga situasi dimana golongan homoseksual yang berkebolehan dan berpendidikan tinggi memilih untuk berhijrah ke negara lain. Ini disebabkan oleh kebudayaan negara asal mereka yang sering menghina mereka. Ini mengakibatkan negara kehilangan doktor, akauntan, engineer, pakar komputer dan sebagainya.

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas nasihat yang telah diberi oleh Alistair. Dalam pandangan Master2841 berkenaan dengan mengubah ketentuan, perlulah diingatkan bahawa bukan semua manusia dilahir serba lengkap. Terdapat orang yang lahir dengan organ seks kedua-dua jantina, ada pula yang dilahir dengan penyakit, dan ada yang mempunyai kecacatan. Adakah patut sekiranya kita membiarkannya sebegini tanpa mengubahkan kadaannya? Adakah patut kita mendiskriminasi, dan memberi layanan buruk kepada mereka?

Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah mengubahsuai penggunaan ayat-ayat saya. Saya mengharapkan bahawa rencana ini akan diubahsuai supaya golongan heteroseksual akan lebih memahami bahawa penyakit seksual selalunya berjangkit di antara mereka sendiri, dan bukan sebaliknya. Oleh itu, semua orang perlulah mengamalankan hidup yang sihat.

Selain itu, golongan heteroseksual perlu diingatkan bahawa kejayaan bukannya ditentukan oleh pilihan seks. Golongan homoseksual juga boleh memperoleh kejayaan. Oleh itu, semua orang perlulah gigih berusaha dalam hidup mereka.

fenix0529

Benar apa yang dikatakan anda fenix yang golongan Homoseksual juga boleh berjaya. Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah memandang rendah golongan ini sebagai manusia, cuma yang saya tidak berkenan cuma cara hidup mereka sahaja. Hakikatnya cara hidup tetap merupakan sesuatu yang boleh dipilih iaitu, sama ada mahu lakukan seks luar tabii atau tidak? Namun jika apa yang anda mahukan cuma untuk menyebut kejayaan golongan ini dalam hidup, sebutkanlah, cuma pastikan sumber dinyatakan, itu sahaja. Alistair 阿力斯特伊儿 02:59, 3 Julai 2006 (UTC)[balas]
Lagi satu, silalah berdaftar dan menyumbang. Kami memang hargai perbezaan pendapat sebagai sesuatu yang mampu memajukan portal bahasa Melayu ini. Alistair 阿力斯特伊儿 03:10, 3 Julai 2006 (UTC)[balas]

ʃTuhan yang cipta tuhan yang tahu. Tapi kesian juga kpd golongan 'gifted' ni.. yang pasti mesti ada kelebihan (mungkin dari segi pemikiran) yang tak ada pada orang biasa2.


-Memang banyak org yg bersikap hipokritikal dan 'bigot' di sini. Apakah itu sebenarnya "cara hidup" golongan homoseksual? Jikalau anda jawab "seks rambang", bukankah sikap ini terdapat dalam golongan hetero juga?

Senangnya encik Alistair mencadangkan bahawa golongan homoseks boleh memilih untuk menjatuh cinta dengan sesiapa sahaja.

KingJ

Sebenarnya rencana ini adalah tepat. Biologi belum lagi disah sebagai salah satu penyebab ciri-ciri homoseksual. Ini adalah kerana walaupun terdapat kajian yang menunjukkan pelaku homoseksual mempunyai ciri berlainan (kelompok kecil neuron pada anterior hypothalamus, 1991 Simon LeVay) dalam imbasan otak mereka. 1993, Dean Hamer pula mendapati saudara homoseksual berkongsi khromosome Xq28. Bagaimanapun kesemua penyelidikan ini gagal menjelaskan sama ada kelainan itu timbul akibat mereka mengamalkan homoseksual atau mereka menjadi homoseksual kerana kelainan tersebut.

Ramai pakar turut mempercayai bahawa virus AIDs lebih mudah tersebar melalui hubungan luar tabie (dubur) disebabkan tisu dubur sering kali mudah pecah dan berdarah membenarkan virus memasuki salur darah. Satu kajian turut mencadangkan virus mungkin mampu menjangkiti sel di dubur, ini kemungkinannya kerana usus besar mempunyai liang bagi menyerap air dan zat permakanan yang memudahkan virus memasuki badan pengamal hubungan luar tabie.

Selain itu kenyataan di dalam rencana itu hanya menyatakan fakta bahawa terdapat peningkatan AIDs baru dikalangan. Rujuk pautan yang disediakan.

Sekian terima kasih. Yosri 06:57, 30 Januari 2008 (UTC)[balas]