Pergi ke kandungan

Perbincangan:Ketelanjangan

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Perbincangan:Kebogelan)

"Kebogelan" atau "Ketelanjangan"?

[sunting sumber]

Anumengelamun (bincang · sumbangan) ada mengusulkan semasa di Discord untuk memindahkan rencana ini kepada "ketelanjangan" yang lebih ensiklopedik digunakan berbanding "kebogelan" yang digunapakai sekarang. Jadi apa pandangan kamu semua? SNN95 Talk to me, beybeh! 11:49, 29 April 2020 (UTC)[balas]

Itu faktor pertama - saya sering perasan "telanjang" lebih digunakan dalam konteks penyiaran (misalnya alih suara) di mana ia berkonotasi agak sopan selain "tidak berpakaian"..."bogel" pula saya nampak lebih digunapakai dalam terbitan dan siaran berbaur ketabloidan dan sensasi (misalnya Harian Metro), lalu saya rasa kurang cocok. Jika kita perhatikan kepada entri asal dalam bahasa Inggeris iaitu "Nudity" - ia datang kata dasar nude yang membawa maksud asasnya "tidak berpakaian sampai menampakkan kulit", sepertimana kedua-dua perkataan "bogel" dan "telanjang". Perkataan naked turut ada erti sama, tapi ia lebih dipakai dalam bentuk tidak formal lagi-lagi. konteks perbualan. nudity itu sendiri diperhatikan lebih dipilih berbanding nakedness di sana...saya fikir kerana kesesuaian antara kedua-dua perkataan Inggeris dalam laras bahasa diterima W.B.I Jadi, mungkin kita boleh pakai prinsip sama dalam W.B.M untuk "telanjang" dan "ketelanjangan".
Saya cadangkan kita lencongkan ke "Ketelanjangan" juga kerana laman versi bahasa Indonesia pakai tajuk "Ketelanjangan", sudah tentu tiada salahnya mengikut tajuk sana agar seragam, lagi-lagi bila bahasa Indonesia diiktiraf dlm payung besar bahasa Melayu? Laman-laman Norway jenis Nynorsk dan Bokmål (bahasa jenis baku) sendiri berusaha menghampiri istilah tajuk-tajuk entri antara satu sama lain.
"Telanjang" itu sendiri sudahpun ada dalam PRPM - pengertian perkataan "bogel" di sana itu sendiri membawa kepada "telanjang"...perkataan "telanjang" pun semua orang tahu. Maka pemindahan ini saya fikir dapat mengelakkan perpincangan lanjut antara kedua-dua versi Melayu Umum dan Melayu Indonesia, lagi-lagi bila sumber PRPM sendiri menggalakkan penyeragaman istilah serantau melalui istilah MABBIMnya. Wikipedia kita anggap sebagai ensiklopedia yang menerangkan maklumat topik secara profesional, bukannya kamus...jadi, saya fikir tiada masalahnya kalau "ketelanjangan" pun WBM pakai selaras dengan nada ensiklopedik dimaksudkan - kita masih akan sertakan "kebogelan" sebagai sinonim di pengenalan entri.
Apa pendapat kalian? Anumengelamun (bincang) 00:40, 30 April 2020 (UTC)[balas]
Neutral
@Anumengelamun: Seperti yang saya sudah balas dalam Discord, saya menyatakan yang tidak kisah nak guna mana satu istilah. Memang banyak istilah "telanjang" digunakan dalam laman-laman rasmi kerajaan untuk hukum keagamaan. Dan ada simpulan bahasa menggunakan kedua-dua istilah "telanjang bogel" untuk menyatakan "tidak berpakaian" (ruj [1]). SNN95 Talk to me, beybeh! 02:24, 30 April 2020 (UTC)[balas]
Setuju

Dewasa 2404:160:8107:C0D2:1:0:8B1E:F492 06:35, 1 Februari 2024 (UTC)[balas]