Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim 2010-2011
Perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim 2010 diadakan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumr di Jalan Duta dari 2 Februari 2010. Perbicaraan sepatutnya berlangsung selama sebulan dari 2 Februari 2010.
Tuduhan : Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara,Kuala Lumpur antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Perbicaran di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Saiful masuk ke unit kondominium Unit 11-5-1 dan melihat Anwar sedang duduk di meja makan seorang diri.
Senarai hakim dan peguam
[sunting | sunting sumber]- Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah
- Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden
- peguam utama Anwar, Karpal Singh.
- Peguam S.N Nair dan Partners
- R.Sivarasa - peguam
- Zambri Idrus - peguam pemerhati bagi Saiful
- Marisa Regina Fernando - peguam
Jam 11.43 pagi 4 Januari 2010 semua hakim melawat kondominium untuk mendapatkan gambaran jelas tentang lokasi kes itu. Lawatan kedua hakim dan barisan peguam pada hari Jumaat, 5 Februari ke pusat kawalan CCTV di kondominium itu.
Senarai saksi
[sunting | sunting sumber]- Mohd Saiful Bukhari Azlan (24) - bekas pelajar kejuruteraan Universiti Tenaga Nasional (Uniten)
- Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail - saksi alibi di bawah Seksyen 402 A Kanun Prosedur Jenayah.[1]
Keterangan saksi 1
[sunting | sunting sumber]Pada 4 Februari 2010, Mohd Saiful Bukhari Azlan (24) memberitahu bahawa dia telah pergi ke Hospital Tawakal, Jalan Pahang untuk membuat pemeriksaan doktor .
Kemudian pergi ke Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak. Turut menemaninya ialah Tuah Mohd Ali (bapa saudaranya). Dia memberitahu Dr Mohd Osman Abdul Hamid memberitahu bahawa dia sakit perut dan sakit di dubur. Doktor itu enggan meneruskan pemeriksaan kerana hospital tidak lengkap untuk forensik dan laporan perubatan hospital swasta tidak boleh dibawa ke mahkamah .
Di Hospital Kuala Lumpur , Dr Daniel mencadangkan beliau pergi ke wad kecemasan di Pusat Khidmat Krisis Sehenti (One Stop Crisis Centre - OSCC) HKL dan mencadangkan membuat lapoan polis terlebih dahulu - kerana kes serius membabitkan liwat .
Pegawai penyiasat DSP Judy Blasious Pereira datang ke wad HKL.[2]
Sailful bangga bekerja kerana Anwar merupakan pemimpin yang berkarisma dan menjadi idolanya semasa kecil.Rakannya Rahimi Osman menelefonnya menjemput Saiful ke pejabat Anwar. Rahim yang bekerja di situ menawarnya bekerja di situ sebagai pembantu pejabat (sukarelawan PKR). Ketika itu , PKR bersiap sedia menghadapi Piliha Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac nanti..
Hari kejadian
[sunting | sunting sumber]Pada hari kejadian , Mohd. Saiful menggunakan Cecair pelincir, KY Jelly dan dua helai seluar dalam jenama Levi's .[3] Dia menggunakan seluar panjang warna hitam dan dua helai baju kemeja lengan panjang warna biru dan hijau miliknya. Seluar panjang ‘slack’ hitam yang dipakai semasa hari kejadian itu merupakan hadiah daripada Anwar.
Dia meletakkan jawatan menerusi email kepada Anwar kerana kurang disiplin, sering datang lambat dan kurang kelayakan untuk jawatan tersebut .Email perletakan jawatan dihantar pada 27 Jun 2008. Di pejabat itu Saiful disediakan bilik khas, sedangkan staf lain tidak. Sebab utama Saiful mahu meletakkan jawatan kerana tidak mahu diliwat lagi. Dua sebab sebelum itu hanyalah alasan sahaja. [4]Anwar membuat tawaran balas (counter-offer) iaitu sponsor (taja) pelajaran Saiful tidak kira di mana .Saiful juga boleh buat fulltime study (belajar sepenuh masa) dan dalam masa yang sama dapat gaji penuh serta elaun.
Selepas diliwat, Saiful tidak dapat membuang air besar selama dua hari. [5]
Pra-perbicaraan
[sunting | sunting sumber]Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria memutuskan bahawa setiap tertuduh dilarang memiliki dokumen sebelum perbicaraan kerana ia mengandungi keterangan yang akan dibuktikan pihak pendakwaan pada perbicaraan kes tersebut. Oleh itu Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berhak untuk mendapatkan dokumen penting termasuk sampel spesimen Mohd Saiful Bukhari Azlan. Lain-lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdull Hamid Embong dan Hakim Arifin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Md Raus Sharif.
Dokumen itu dirujuk di bawah Seksyen 51 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan dan turan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan. Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman (pindaan 1988) bertujuan perbicaraan berlanjutan dengan melarang permohonan interlokutori untuk rayuan.[6]
Bukti / dokumen yang mungkin dimaksudkan :
- Rakaman kamera litar tertutup pada 26 Jun 2008 di kondominium itu. Kelihatan Sakful memasuki lif dari aras P2, pukul 2.42 petang menuju ke tingkat lima di kondominium. Dia keluar dari kondominium dengan van Merah.
- Kenyataan Dr. Mohd. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi.
- Tuan punya kondominium Hassanuddin Abdul Hamid
- Kenyataan tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur
- Nota ahli kimia
- Laporan perubatan
- Ujian darah untuk kandungan alkohol dari Hospital Kuala Lumpur
- Sampel calitan dari tekak dari Hospital Kuala Lumpur
- Sampel calitan dari puting kiri.
- Sampel calitan dari puting kanan.
- Sampel calitan badan.
- Sampel calitan dari bahagian dubur.
- Sampel calitan dari 'meatus coronal sulcus' (berhampiran bahagian kemaluan).
- Sampel calitan rectal tinggi.
- Sampel calitan rectal rendah.
- Darah untuk profail DNA dari Hospital Kuala Lumpur
- Toksilogi untuk darah.
- Tiub pelincir jelli 'KY'.[7]
- Peringatan : Saiful tidak dapat buang air besar selama dua hari.
Pakar forensik luar
[sunting | sunting sumber]Pada 18 Frebruari 2010, pakar DNA asing datang ke mahkamah untuk memeriksa data DNA berkaitan. Mereka ialah pakar DNA Dr Brian Leslie McDonald (Sydney), dan pakar forensik Prof Dr C. Damodaran (Chennai) dan Prof Madya David Lawrence Noel Wells, (Melbourne). [8] Mereka diiringi oleh peguam Sankara Nair dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. [9]
Perbicaraan dalam perbicaraan
[sunting | sunting sumber]- Karpal Singh membantah tajuk Utusan Malaysia yang memberi fakta tidak tepat.
Pada 18 Februari 2010,Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak untuk menarik diri menjadi hakim perbicaraan. Karpal Singh akan memfailkan notis rayuan di mahkamah rayuan pada 19 Februari 2010. Jika Karpal berjaya, keseluruhan prosiding setakat ini terpaksa dibuang.
Isu sampingan
[sunting | sunting sumber]- Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby menyifatkan pendakwaan liwat ke-2 ini mencemarkan amalan demokrasi di Malaysia.[10] Surat protes diserahkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia, Datuk Salman Ahmad. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan bahawa Anwar pergi ke Australia pada 4-5 Disember 2009 memohon agar Australia menghantar pemerhati pilihan raya untuk PRU13. Anwar turut serta dalam program Parlimen Agama Dunia di Melbourne dan Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat di Doha, Qatar.[11] Anwar juga mendakwa mendapat sokongan dari Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan, Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton dan ulama terkenal, Prof. Dr. Yusuf al-Qardawi.[12]
- Pada 17 Februari 2010, jam 9.45 pagi, Ketua Pemuda BN (UMNO/MCA/MIC), [Khairy Jamaluddin]] bersama 500 penyokongnya berdemonstasi di pejabat Suruhanjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng kerana membantah campur tangan 50 ahli Parlimen / penggubal undang-undang Australia yang menekan agar digugurkan kes itu.[13] Turut serta ialah beberapa NGO termasuk Perkasa.
- Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin dan beberapa ahli parlimen BN turut berarak ke Kedutaan Australia di Jalan Yap Kwan Seng.[14]
- Sidang khas Parlimen tidak perlu kerana kes ini bukan "perbicaraan politik" tetapi "perbicaraan peribadi".[15]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Wan Azizah Nama Pertama Senarai Saksi Alibi Kes Liwat Anwar
- ^ Mohd Saiful Pergi Ke Tiga Hospital Untuk Pemeriksaan
- ^ Cecair pelincir, seluar dalam jadi barang bukti
- ^ 'Anwar yang berkarisma idola saya'
- ^ Saiful tak buang air besar dua hari selepas didakwa diliwat
- ^ Anwar Tidak Dibenar Akses Dokumen Penting Sebelum Perbicaraan
- ^ Liwat II: Saiful mengaku sakit
- ^ Perbicaraan Kes Liwat Anwar Ditangguhkan Pada 25 Mac
- ^ Kes liwat Anwar: Pakar DNA, forensik luar negara hadir
- ^ Protes campur tangan Australia
- ^ Lagi desak kes Anwar digugur?
- ^ Anwar dakwa terima sokongan pemimpin dunia
- ^ Bantahan kes Anwar di Australia tidak pelik
- ^ Wisma Putra diminta beri penjelasan kes Anwar
- ^ Sidang Khas Bincang Kes Anwar Tidak Berasas - Najib