Perbezaan sebutan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia
Seperti bahasa bahasa lain, bahasa Melayu perbualan mempunyai banyak loghat, sejauh Kelantan dan Brunei. Setiap mempunyai sebutannya tersendiri dan boleh dikenali dengan mudah oleh penutur ibunda. Bahasa Melayu piawai telah pun wujud sebagai daftar piawai sejak zaman Kesultanan Johor, berdasarkan dialek Johor manakala Bahasa Indonesia, daftar piawai di Indonesia, wujud pada 1901.
Perbezaan antara bahasa Melayu piawai di Semenanjung Malaysia dan bahasa Indonesia terletak pada sebutan akhir perkataan-perkataan yang mempunyai huruf vokal a dan u, dan huruf r. Contoh contoh ditunjukkan di bawah:
Vokal a ultima
[sunting | sunting sumber]Pengguguran bunyi vokal a kepada e pepet [ə] di Semenanjung Malaysia dan pengekalannya di Indonesia untuk perkataan yang berakhir dengan "a". Sebelum pembaharuan ejaan di Malaysia, huruf a yang bersebutan baku [ə] ditulis ă, seperti dalam Bahasa Romania.
Bahasa Melayu | ||
---|---|---|
Tulisan | Semenanjung Malaysia | Indonesia |
apa | [apə] | [apa] |
siapa | [siapə] | siapa] |
mana | [manə] | [mana] |
benda | [bendə] | [benda] |
Pengguguran bunyi vokal a ini adalah mengikut sebutan Johor-Riau, iaitu piawai bagi bahasa Melayu yang digunakan oleh MABBIM.
Vokal u ultima
[sunting | sunting sumber]Apabila huruf vokal u diapit dua huruf konsonan dalam suku kata akhir, pengguna bahasa Melayu Semenanjung Malaysia selalunya menggugurkan bunyi u dan menggantikannya dengan bunyi o. Sebelum pembaharuan ejaan 1972, perkataan u ultima dieja o
Bahasa Melayu | ||
---|---|---|
Tulisan | Semenanjung Malaysia | Indonesia |
telur | [təlo(r)] | [təlʊr] |
gemuk | [gəmoʔ] | [gəmʊʔ] |
takut | [takot] | [takʊt] |
batuk | [batoʔ] | [batʊʔ] |
Pengguguran r hujung
[sunting | sunting sumber]Pengguguran ini sememangnya terlalu biasa dilakukan di Semenanjung Malaysia kerana dianggap sebagai tidak rhotic:
Bahasa Melayu | ||
---|---|---|
Tulisan | Semenanjung Malaysia | Indonesia |
kotor | [koto(r)] | [kotor] |
hancur | [hant͡ʃo(r)] | [hant͡ʃʊr] |
ekor | [eko(r)] | [ekor] |
Pengguguran r tengah
[sunting | sunting sumber]Pengguguran bunyi ini tidak semestinya dilakukan oleh penutur bahasa Melayu Semenanjung Malaysia. Kadang kala bunyi r disebut terlalu laju sehingga kedengaran seolah-olah digugurkan:
Bahasa Melayu | ||
---|---|---|
Tulisan | Semenanjung Malaysia | Indonesia |
permainan | [pə(r)mainan | [pərmainan] |
kertas | [kə(r)tas] | [kərtas] |
terduduk | [tə(r)dudoʔ] | [tərdudʊʔ] |
Vokal i hujung
[sunting | sunting sumber]Penukaran bunyi vokal i kepada e taling sering dilakukan di Semenanjung Malaysia:
Bahasa Melayu | ||
---|---|---|
Tulisan | Semenanjung Malaysia | Indonesia |
itik | [iteʔ] | [itɪʔ] |
cirit birit | [t͡ʃiret biret] | [t͡ʃirɪt birɪt] |
piring | [pireŋ] | [pirɪŋ] |