Kencing
Kencing (Jawi: كنچيڠ ) atau buang air kecil (bahasa halus) ialah pemancutan air kencing dari pundi kencing melalui salur kencing ke luar tubuh badan. Dalam manusia (dan banyak haiwan lain) sihat proses ini berada di bawah kawalan sukarela. Dalam bayi, sesetengah individu lebih tua, dan yang berluka neurologi, kencing mungkin berlaku sebagai refleks luar kawalan. Dalam haiwan lain, sebagai tambahan kepada pembuangan bahan buangan, kencing boleh menandakan wilayah atau meluahkan sifat berserah. Secara fisiologi, kencing melibatkan penyelarasan antara sistem saraf pusat, automatik, dan sistem saraf somatik. Pusat otak yang mengawal kencing termasuk pusat kencing pontin, kelabu periakueduktus, dan korteks serebrum. Dalam mamalia beruri jantan, air kencing dipancutkan melalui zakar. Dalam mamalia beruri betina (dengan sesetengah pengecualian, termasuk galago betina[perlu rujukan], monyet labah-labah betina[perlu rujukan], dan dubuk berbintik betina, yang boleh kencing melalui pseudozakar[1]), air kencing boleh dipancutkan melalui vulva.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamak274
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Young, S. P.; Jackson, H. H. T. (1978). The Clever Coyote. University of Nebraska Press. ISBN 0-8032-5893-3.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Cari Kencing dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Kategori berkenaan Kencing di Wikimedia Commons
- Neurogenic Bladder di EMedicine, menggambarkan neurofisiologi kencing (Inggeris)
- "Urination" at HowStuffWorks.com (Inggeris)