Pergi ke kandungan

Penyanyi latar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Penyanyi Latar)

Penyanyi Latar adalah penyanyi yang lagunya dirakam dan kemudian prarakam tersebut digunakan dalam filem. Penyanyi latar merakam lagu untuk digunakan dalam runut bunyi dan pelakon yang terlibat dalam filem tersebut hanya akan mengerakan bibirnya seperti menyanyi.

Majoriti filem-filem dari India menggunakan teknik ini. Penyanyi latar belakang di India menikmati status yang sama seperti pelakon popular, dan penggubah lagu. Kebanyakan penyanyi latar pada mulanya dilatih dalam muzik klasik.