Wikipedia:WikiProjek Jawi
Laman WikiProjek ini tidak aktif Jika anda bukan ahli projek ketika ini, sila pertimbangkan untuk menyertainya untuk membantu. Status ini boleh ditukar jika aktiviti disambung semula atau jika sepanduk ini telah tersilap ditukar. (Tag placed November 2018) |
Selamat datang ke laman WikiProjek Jawi Wikipedia Bahasa Melayu.
WikiProjek Jawi merupakan tempat bagi mengkoordinasi usaha mewujudkan tulisan jawi di Wikipedia.
سلامت داتڠ کلامن ويکيڤروجيک جاوي ويکيڤيديا بهاس ملايو.
ويکيڤروجيک جاوي مروڤاکن تمڤت باݢي مڠکوءورديناسي اوسها موجودکن توليسن جاوي دويکيڤيديا.
data. -->
</no
Tujuan
[sunting sumber]Jawi ialah abjad yang digunakan sebagai wahana penyampaian pemikiran penutur Bahasa Melayu semenjak berkurun-kurun lamanya sebelum ia diganti dengan abjad rumi. Walau bagaimanapun, jawi bukan seperti abjad lain yang sudah luput, malah ia sentiasa segar dan sedang diketengahkan kembali sebagai abjad bahasa Melayu, khususnya di Malaysia. Justeru, difikirkan:
- Tulisan jawi perlu terdapat secara meluas dalam media baharu
- Wikipedia Bahasa Melayu ialah wadah yang amat sesuai bagi mewujudkan kehadiran jawi di dalam alam maya
- Satu kesan sampingan kehadiran tulisan jawi ialah orang yang ingin belajar jawi, di seluruh dunia, dapat dibantu
Apa yang telah dilakukan
[sunting sumber]Beberapa Wikipedia bahasa lain telah melaksakan sistem yang membolehkan paparan sesuatu rencana ditukar dari satu abjad ke abjad yang lain. Contoh yang amat baik ialah Wikipedia Bahasa Kazakh.
Beberapa pengguna berminat untuk mewujudkan kehadiran tulisan jawi di Wikipedia BM. Kehadiran tulisan boleh mengambil dua bentuk: dalam rencana itu sendiri (dengan menggunakan aksara jawi) ataupun dalam paparan pelayar sesawang.
Pengguna Kurniasan telah melaksanakan satu atur cara yang membolehkan para pelawat untuk memilih paparan dalam tulisan jawi apabila membaca rencana.
Pengaturcaraan jawi
[sunting sumber]Bahagian ini memerikan kod pengaturcaraan jawi yang boleh digunakan bagi menukar paparan di port pandang pengguna daripada rumi ke jawi di Wikipedia BM.
Kod Kurniasan terdapat dalam dua bahagian: satu bahagian bekerja "di belakang tabir" bagu membolehkan paparan jawi, dan satu lagi mengandungi kamus pasangan perkataan rumi-jawi. Kod pengendali befungsi dengan baik, akan tetapi kamus, seperti kamus mana-mana pun, masih perlu dikembangkan.
Cuba kod
[sunting sumber]Anda boleh mencuba kod ini dengan melayari laman kod pengendali dan kamus asal.
Perhatian:
- Baca penerangan di kedua-dua laman dengan teliti
- Baca juga ulasan (ayat yang didahului aksara "#" atau di antara "/*" dan "*/") yang terdapat di kedua-dua laman tersebut
- Kod yang terdapat membolehkan anda mengguna kamus sendiri tanpa menggunakan kamus asal
- Buat perubahan di "vector.js" anda. Bahagian ini didapati di 'Keutamaan' --> 'Penampilan' --> 'Vector' --> 'JS tempahan' di laman pengguna anda
- Anda sepatutnya memiliki laman ini di ruang pengguna anda:
Pengguna:nama-anda/kamusrumikpdjawi.js
- Anda akan dapat melihat tab tambahan di bar navigasi anda apabila kod dipasang dengan betul di "skin" vector anda (lihat langkah 4)
- Penampilan mungkin mengambil sedikit masa untuk muncul pada kali pertama anda menggunakan kod
- Jangan lupa menyingkir cache pelayar selepas mengenakan kod
Kemajuan mutakhir
[sunting sumber]Tampilan:
Rumi | Jawi | |
---|---|---|
Tab "Papar dalam Jawi" dapat dilihat selain daripada aksara jawi.
Jawi |
---|
Bagaimana anda boleh membantu
[sunting sumber]Anda boleh membantu projek ini dengan:
- mencuba dan menguji kod
- mengembangkan kamus rumi–jawi
- menyumbangkan idea kepada projek ini
- menghebahkan projek ini kepada pengguna lain
Kamus tambahan
[sunting sumber]Lihat Kamus
Panduan untuk menambah korpus
[sunting sumber]Lihat Panduan
Daftar
[sunting sumber]Sila turunkan tanda tangan anda (~~~~) sekiranya anda minat menyumbang ataupun hanya mengguna perisian ini.
- Algazel (bincang) 16:00, 10 Januari 2013 (UTC)
- — i Wong (bincang) 01:16, 24 Februari 2013 (UTC)
- مليسيا بوي بينچڠ 09:25, 8 Mac 2014 (UTC)
- SNN95
- Azim Melaka (bincang) 05:13, 27 Oktober 2014 (UTC)
- محمد حكيمي 04:37, 2 Januari 2015 (UTC)
- Pujangga Hanyut 22:52, 31 Mei 2016 (UTC)
- Jeluang Terluang (bincang) 16:52, 7 Mei 2017 (UTC)
- Kacha Permata (bincang) 14:27, 5 November 2018 (UTC)
- Polar (bincang) 04:54, 8 Ogos 2019 (UTC)
- Hrs Hzr (bincang) 21:36, 4 September 2019 (UTC)
- Wiki Farazi (bincang) 18:38, 8 September 2020 (UTC)
- EdugachaBihhaziqHAET (bincang) 9:45, 6 November 2020 (UTC)
- Dydil (bincang) 12:30, 4 Disember 2020 (UTC)
Ulasan
[sunting sumber]Bahagian ini telah dipindahkan ke laman Perbincangan
Pautan kepada sejarah suntingan bahagian ini: sejarah suntingan.