Negasi
Penampilan
(Dilencongkan daripada Penafian)
Dalam logik matematik, negasi, penafian, atau ingkaran merupakan operasi matematik terhadap suatu pernyataan, baik tunggal mahupun majmuk. Operasi negasi menafikan nilai kebenaran suatu pernyataan.
p | ~p |
---|---|
B | S |
S | B |
Jika p bernilai benar, maka ~p bernilai salah. Sebaliknya, jika p bernilai salah, maka ~p bernilai benar.
Bentuk ~p biasa dibaca "bukan p", "tidak p", "tidak benar bahawa p", dan sebagainya.