Bahagian pentadbiran di China
Oleh sebab populasi dan keluasan yang amat besar, pentadbiran China sentiasa terbahagi kepada pelbagai peringkat sejak zaman silam. Perlembagaan Republik Rakyat China memperuntukkan tiga peringkat kerajaan secara de jure. namun begitu, kini terdapat lima peringkat kerajaan tempatan secara amali (de facto): wilayah (provinsi), prefektur, daerah, bandar, dan kampung. Republik China di Taiwan menggunakan sistem yang berbeza.
Wilayah-wilayah ini memainkan peranan penting dalam budaya China. Seseorang warga negara ini mudah dikenal pasti dari segi wilayah asalnya, dan setiap wilayah mempunyai suatu stereotaip yang sepadan dengan penduduknya. Kebanyakan wilayah-wilayah China mempunyai sempadan yang digariskan pada penghujung Dinasti Ming. Semenjak itu, perubahan besar yang pernah berlaku termasuk menyusunan semula wilayah-wilayah Timur Laut selepas pengambilalihan tanah besar China oleh pihak Komunis pada tahun 1949 dan penubuhan kawasan swatabir(autonomi) berasaskan teori kewarganegaraan Soviet.
Peringkat pentadbiran
[sunting | sunting sumber]Peringkat wilayah
[sunting | sunting sumber]Provinsi
[sunting | sunting sumber]Provinsi[1] (Bahasa Cina: 省 ; pinyin: shěng, bahasa Inggeris: province) merupakan jenis pembahagian peringkat pertama yang paling banyak ada.
Nama | Bahasa Cina | Pinyin | Ejaan peta pos | Singkatan | Ibu wilayah | |
---|---|---|---|---|---|---|
Trad. | Ring. | |||||
Anhui | 安徽 | 安徽 | Ānhuī | Anhwei | 皖 wǎn | Hefei |
Fujian | 福建 | 福建 | Fújiàn | Fukien | 闽 mǐn | Fuzhou |
Gansu | 甘肅 | 甘肃 | Gānsù | Kansu | 甘 gān/陇 lǒng | Lanzhou |
Guangdong | 廣東 | 广东 | Guǎngdōng | Kwangtung | 粤 yuè | Guangzhou |
Guizhou | 貴州 | 贵州 | Gùizhōu | Kweichow | 黔 qián/贵 gùi | Guiyang |
Hainan | 海南 | 海南 | Hǎinán | Hainan | 琼 qióng | Haikou |
Hebei | 河北 | 河北 | Héběi | Hopeh | 冀 jì | Shijiazhuang |
Heilongjiang | 黑龍江 | 黑龙江 | Hēilóngjiāng | Heilungkiang | 黑 hēi | Harbin |
Henan | 河南 | 河南 | Hénán | Honan | 豫 yù | Zhengzhou |
Hubei | 湖北 | 湖北 | Húběi | Hupeh | 鄂 è | Wuhan |
Hunan | 湖南 | 湖南 | Húnán | Hunan | 湘 xiāng | Changsha |
Jiangsu | 江蘇 | 江苏 | Jiāngsū | Kiangsu | 苏 sū | Nanjing |
Jiangxi | 江西 | 江西 | Jiāngxī | Kiangsi | 赣 gàn | Nanchang |
Jilin | 吉林 | 吉林 | Jílín | Kirin | 吉 jí | Changchun |
Liaoning | 遼寧 | 辽宁 | Liáoníng | Fengtien | 辽 liáo | Shenyang |
Qinghai | 青海 | 青海 | Qīnghǎi | Tsinghai | 青 qīng | Xining |
Shaanxi | 陝西 | 陕西 | Shǎnxī | Shensi | 陕 shǎn/秦 qín | Xi'an |
Shanxi | 山西 | 山西 | Shānxī | Shansi | 晋 jìn | Taiyuan |
Shandong | 山東 | 山东 | Shāndōng | Shantung | 鲁 lǔ | Jinan |
Sichuan | 四川 | 四川 | Sìchuān | Szechuan | 川 chuān/蜀 shǔ | Chengdu |
Yunnan | 雲南 | 云南 | Yúnnán | Yunnan | 滇 diān/云 yún | Kunming |
Zhejiang | 浙江 | 浙江 | Zhèjiāng | Chekiang | 浙 zhè | Hangzhou |
Kawasan dipertikai
[sunting | sunting sumber]Nama | Bahasa Cina (T) | Bahasa Cina (S) | Pinyin | Singkatan | Ibu wilayah |
---|---|---|---|---|---|
Taiwan | 臺灣 atau 台灣 | 台湾 | Táiwān | 台 tái | Kampung Jhongsing |
Nota: Taipei, ibu negara Republik China, juga pernah dijadikan ibu wilayah Taiwan sehingga tahun 1956. Sejak pemindahan kerajaan wilayah dari Taipei ke Kampung Jhongsing dilakukan selepas tahun 1949 oleh kerajaan yang tidak diiktiraf Republik Rakyat China, pihak Republik Rakyat masih mewartakan Taipei sebagai ibu wilayah rasmi dalam peta rasminya.
Sejak penubuhannya pada tahun 1949, Republik Rakyat China sentiasa menganggap Taiwan sebagai wilayahnya yang ke-23. Bagaimanapun, Republik China kini metadbir wilayah ini yang terdiri daripada Pulau Taiwan dan kepulauan Pescadores. Republik China juga mentadbir sebuah daerah di wilayah Fuchien (atau Fukien): Kinmen; dan sebahagian daripada daerah Lienchiang.
Wilayah Swatabir(autonomi)
[sunting | sunting sumber]Wilayah autonomi (Cina Tradisional: 自治區 , Cina Ringkas: 自治区 , pinyin: zìzhìqū, bahasa Inggeris: autonomous region ) ialah divisi peringkat pertama yang dinamai dengan etnik minoriti dan diberi lebih hak di bawah perlembagaan. Contohnya, setiap wilayah ini mempunyai seorang pengerusi (sementara wilayah biasa ditadbir gabenor) yang mesti tergolong dalam kelompok etnik seperti yang dinamai oleh kawasan autonomi itu (orang Tibet, orang Uyghur, dsb.)
Wiayah autonomi ditubuhkan selepas pengambilalihan kuasa oleh kerajaan Komunis, berdasarkan dasar kewarganegaraan Soviet. Terdapat lima kawasan seumpama ini.
Nama | Bahasa Cina (T) | Bahasa Cina (S) | pinyin | Suku minoriti yang dinamai | Nama tempatan | Singkatan | Pusat pentadbiran |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi | 廣西壯族自治區 | 广西壮族自治区 | Guǎngxī Zhuàngzú Zìzhìqū | Zhuang | bahasa Zhuang - Gvangjsih Bouxcuengh Swcigih |
桂 Guì | Nanning |
Wilayah Autonomi Mongolia Dalam | 內蒙古自治區 | 内蒙古自治区 | Nèiměnggǔ Zìzhìqū | Mongol | bahasa Mongolia - ᠥᠪᠦᠷ ᠮᠣᠨᠺᠤᠯᠤᠨ ᠥᠪᠡᠷᠲᠡᠺᠡᠨ ᠵᠠᠰᠠᠬᠤ ᠣᠷᠤᠨ / Öbür Mongghul-un Öbertegen Jasaqu Orun |
内蒙古 Nèiměnggǔ |
Hohhot |
Wilayah Autonomi Hui Ningxia | 寧夏回族自治區 | 宁夏回族自治区 | Níngxià Húizú Zìzhìqū | Hui | (Orang Hui berbahasa Cina) | 宁 níng | Yinchuan |
Wilayah Autonomi Uyghur Xinjiang | 新疆維吾爾自治區 | 新疆维吾尔自治区 | Xīnjiāng Wéiwúěr Zìzhìqū | Uyghur | bahasa Uyghur - شىنجاڭ ئۇيغۇر ئاپتونوم رايونى / Shinjang Uyghur Aptonom Rayoni |
新 xīn | Ürümqi |
Wilayah Autonomi Tibet | 西藏自治區 | 西藏自治区 | Xīzàng Zìzhìqū | Tibet | bahasa Tibet - བོད་རང་སྐྱོང་ལྗོངས / Bod.raṅ.skyoṅ.ljoṅs |
藏 zàng | Lhasa |
Kawasan perbandaran / Wilayah tadbir pusat
[sunting | sunting sumber]Kawasan perbandaran (Cina Tradisional: 直轄市 , Cina Ringkas: 直辖市 , pinyin: zhíxiáshì, bahasa Inggeris: municipality) merupakan bandaraya-bandaraya besar yang sama peringkat pentadbirannya dengan wilayah. Kawasan perbandaran mengawal bahagian peringkat daerah secara terus, tanpa dirintang peringkat prefektur. Secara amali, kawasan metropolitan sebenar sesebuah kawasan sedemikian cuma merangkumi sebahagian kecil kawasannya; yang selebihnya terdiri daripada pekan dan tanah pertanian. Chongqing paling tepat dihuraikan sebegini — populasi luar bandarnya jauh melebihi populasi bandarnya.
Terdapat 4 kawasan perbandaran di Republik Rakyat China.
Nama | Bahasa Cina (T) | Bahasa Cina (S) | pinyin | Singkatan |
---|---|---|---|---|
Beijing | 北京 | 北京 | Běijīng | 京 jīng |
Chongqing | 重慶 | 重庆 | Chóngqìng | 渝 yú |
Shanghai | 上海 | 上海 | Shànghǎi | 沪 hù |
Tianjin | 天津 | 天津 | Tiānjīn | 津 jīn |
Kawasan Pentadbiran Khas
[sunting | sunting sumber]Kawasan pentadbiran khas (Cina Tradisional: 特別行政區 , Cina Ringkas: 特别行政区 , pinyin: tèbiéxíngzhèngqū, bahasa Inggeris: Special Administrative Region) (SAR) merupakan kawasan pentadbiran tempatan yang menikmati takat autonomi yang tinggi di bawah peruntukan Satu negara, dua sistem, dan bernaung di bawah Kerajaan Rakyat Pusat, seperti yang diperuntukkan dalam artikel 12 undang-undang asas kedua-dua kawasan ini.
Nama | Bahasa Cina (T) | Bahasa Cina (S) | Pinyin | Singkatan |
---|---|---|---|---|
Hong Kong | 香港 | 香港 | Xiānggǎng | 港 gǎng |
Macau | 澳門 | 澳门 | Àomén | 澳 ào |
Peringkat prefektur
[sunting | sunting sumber]Peringkat peringkat prefektur (地级 dìjí) merupakan peringkat kedua struktur pentadbiran. Seperti pada Januari 2020, struktur ini terdiri daripada 333 bahagian yang terdiri daripada:
- bandaraya peringkat prefektur (293)
- prefektur (7)
- prefektur berautonomi (30)
- Liga (3) -- Mongolia Dalam sahaja
Peringkat daerah
[sunting | sunting sumber]Seperti pada Januari 2019, terdapat 2851 bahagian peringkat daerah (县级 xiànjí), termasuk 970 daerah (dalam pusat bandar), 375 bandaraya (berperingkat daerah atau bandar satelit), 1335 kaunti (daerah dalam luar bandar), 117 kaunti berautonomi, 49 banner, 3 banner berautonomi, 1 daerah khas dan 1 daerah perhutanan di tanah besar China (Republik China mentadbir 23 bahagian peringkat daerah, termasuk 18 kaunti dan 5 bandaraya berperingkat daerah).
Peringkat mukim
[sunting | sunting sumber]Seperti pada Januari 2019, terdapat 39945 bahagian peringkat bandar (乡级 xiāngjí), termasuk 21297 bandar, 9116 mukim, 984 mukim etnik, 152 sumu, 1 sumu etnik, 8393 subdaerah (pekan ) dan 1 daerah (dalam pusat bandar).
Peringkat kampung
[sunting | sunting sumber]Peringkat kampung (村级 cūnjí) berperanan sebagai bahagian pertubuhan (banci, sistem pos) dan tidak banyak kepentingannya dalam kuasa perwakilan politik. Bahagian tempatan asas seperti perjiranan dan komuniti mempunyai sempadan dan ketua tertentu.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Berdasarkan gaya istilah digunakan saluran bahasa Melayu China Radio International sebagai media antarabangsa rasmi pemerintah Beijing.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Peta-peta yang menunjukkan pembahagian pentadbiran China secara terperinci sehingga peringkat daerah: [1] [2]
- Schematic Representation of the Provinces of China
- Literal Meaning and Brief History of the Provinces
- Statistik
- Huraian peringkat-peringkat pentadbiran (dalam bahasa Cina tradisional)
- An all-in-one-page version Diarkibkan 2006-10-23 di Wayback Machine
- Political divisions down to town-level (dalam bahasa Cina ringkas)
- Peta wilayah, prefektur dan daerah Diarkibkan 2007-02-09 di Wayback Machine (Cina)