Pergi ke kandungan

Pemasaran Internet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pemasaran internet)

Pemasaran Internet, juga dipanggil pengiklanan Internet, merupakan satu teknik yang diguna pakai dalam mempromosi laman web kepada dunia melalui Internet. Teknik pemasaran internet boleh terdiri daripada pengoptimuman enjin gelintar (SEO), pencarian pengkhususan (nic), pembinaan surat jualan, teknik promosi web melalui sistem gabungan (affiliate), pemasaran e-mel, pembinaan jumlah pautan laman web, kemasukan ke direktori dan sebagainya.

Selain itu, ada cara lain untuk melakukan pemasaran internet, iaitu menggunakan rangkaian laman sosial seperti Facebook, Myspace dan LinkedIn. Selain itu, rangkaian ini juga menyediakan platform utk mempromosikan URL ke laman web dan pengguna boleh berinteraksi dengan rakan-rakan di dalam rangkaian tersebut.

Semasa Internet masih lagi baru, pengiklanan Internet adalah dilarang. Contohnya, dua pendahulu Internet, ARPANET dan NSFNet, mempunyai "dasar guna boleh terima" yang melarang rangkaian yang digunakan demi kegiatan perdagangan oleh institusi mencari untung.[1][2] NFSNet mula menghapuskan larangan kegunaan perdagangannya pada tahun 1991.[3][4][5][6]

  1. ^ "Information Policies: A Compilation of Position Statements, Principles, Statutes, and Other Pertinent Statements". Coalition for Networked Information. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-24. Dicapai pada 24 Jun 2013.
  2. ^ Templeton, Brad (2008). "Reflections on the 25th Anniversary of Spam". Dicapai pada 14 Jun 2013.
  3. ^ "NSFNet—National Science Foundation Network". Living Internet. 2011. Dicapai pada 25 Jun 2013.
  4. ^ "The Internet". National Science Foundation. Dicapai pada 24 Jun 2013.
  5. ^ Pakštas, Algirdas (10 September 2007). "Problems and Realities of Internet Governance and Regulations (and a Role of the IEEE ComSoc)" (PDF). The First Mamoun Conference for Computer Science, Communications Technology and their Applications, keynote talk. Dicapai pada 19 June 2013.[pautan mati kekal]
  6. ^ "Evolution of the Internet". Cisco Press. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-05. Dicapai pada 25 Jun 2013.