Pergi ke kandungan

Pemangsa puncak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Pemangsa apeks)

Pemangsa puncak (juga dikenali sebagai pemangsa alfa, apeks, mercu atau super) ialah pemangsa dengan tiada pemangsa miliknya, terletak di puncak rantai makanannya.[1] Ahli zoologi mentakrifkan pemangsaan sebagai pembunuhan dan pemakanan organisma lain (yang secara umumnya mengecualikan parasit dan kebanyakan bakteria).[2] Dalam konteks ini, "pemangsa puncak" biasanya ditakrifkan dalam istilah dinamik trofik. Spesies pemangsa puncak menguasai aras trofik tertinggi dan mempunyai peranan penting dalam mengekalkan kesihatan bagi ekosistemnya. Satu kajian jaringan makanan marin mentakrifkan pemangsa puncak sebagai lebih daripada aras trofik empat.[3] Konsep pemangsa puncak biasa digunakan dalam pengurusan hidupan liar, pemuliharaan, dan ekopelancongan.

Rantai makanan kerap jauh lebih pendek di darat, dengan puncak rantai makanan terhad kepada aras trofik ketiga, kerana pemangsa begitu seperti kucing besar, buaya, dubuk, serigala, atau ular konstriktor besar memangsakan herbivor besar. Pemangsa puncak tidak perlu menjadi hiperkarnivor. Contohnya, beruang perang Amerika Utara dan manusia[4] ialah pemangsa puncak dan merupakan omnivor.

  1. ^ "apex predator". PBS. Dicapai pada 25 Januari 2010.
  2. ^ "predator". Online Etymological Dictionary. Dicapai pada 25 Januari 2010.
  3. ^ Essington, Timothy E. (2005). "Fishing through marine food webs" (PDF). Proceedings of the National Academy of Sciences. 103 (9): 3171–3175. doi:10.1073/pnas.0510964103. PMC 1413903. PMID 16481614. Dicapai pada 25 Januari 2010-. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)
  4. ^ Archer, Michael. "Slime Monsters Will Be Human Too," Nature Australia, vol. 22, 1989.

Templat:Feeding Templat:Modelling ecosystems