Paus Ioannes II
Paus John II (Latin: Ioannes II ; 470 – 8 Mei 535 M) ialah ketua Geraja Roman Katolik dari 2 Januari 533 M hingga kematian beliau dalam tahun 535.[1]
Dilahirkan di Rom sebagai "Mercurius" dalam tahun 470, anak kepada seorang bernama Projectus, beliau menjadi paderi di Basilica di San Clemente yang terletak di Bukit Caelia. Beliau dilantik menjadi paus pada 2 Januari 533. Basilica San Clemente masih mengandungi beberapa memorial "Johannes, nama keluarga Mercurius". Presbyter Mercurius hadir pada cebisan sebuah ciborium (bekas), dan beberapa keping batu marmar yang menutup schola cantorum mengandungi monogram Johannes dalam gaya abad keenam.[1]
Mercurius merupakan paus pertama yang mengambil nama lain selepas dinobatkan sebagai Paus, kerana nama asal beliau mengagungkan tuhan Romawi, Mercurius.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Rencana ini memuatkan teks dari suatu penerbitan yang kini berada dalam domain awam: Mann, Horace K. (1910). . Dalam Herbermann, Charles (penyunting). Catholic Encyclopedia. 8. New York: Robert Appleton. Cite has empty unknown parameters:
|HIDE_PARAMETER20=
dan|coauthors=
(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Paus Ioannes II |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.