Heliza Helmi
Heliza Helmi | |
---|---|
Kelahiran | Nur Heliza binti Helmi 3 Februari 1986 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda Sains, Biologi & Kimia |
Pusat pendidikan | Universiti Malaysia Sabah, Sabah |
Pekerjaan | Penyanyi, model, pengacara, penceramah, pakar motivasi, aktivis kemanusiaan, pelakon |
Tahun aktif | 2007–kini |
Pasangan | Mahadi Badrul Zaman (k. 2022) [1] |
Saudara | Hazwani Helmi (adik) |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop, Keamanan |
Instrumen | Vokal |
Nur Heliza Helmi (lahir 3 Februari 1986) merupakan pelajar Akademi Fantasia Musim ke-5. Berbekalkan pengalaman dan bakat beliau dalam menyanyi dan mendeklamasi sajak, beliau telah memberanikan diri untuk memasuki Akademi Fantasia. Ini dilakukan untuk beliau mendalami ilmu-ilmu berkenaan nyanyian dan juga ilmu-ilmu lain yang berkaitan.
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Dilahirkan pada 3 Februari 1986, beliau merupakan anak kepada seorang anggota polis, Helmi bin Haji Mohd Hasbi yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Ibunya, Latifah binti Muhammad berasal dari negeri Terengganu. Berpewatakan pendiam namun petah apabila berkata-kata. Jadi, tidak hairanlah beliau terpilih untuk menyertai pertandingan pidato peringkat negeri dan kebangsaan walaupun hanya memegang peranan sebagai perserta simpanan.
Sifatnya yang mudah mesra menyebabkan beliau memiliki ramai sahabat handai. Beliau menjadikan persahabatan sebagai medium untuk berkongsi ilmu. Malahan beliau menjadikan pengalaman sebagai sumber ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama-sama kenalannya.
Kesungguhan Heliza dalam bidang pelajaran telah membawanya ke Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau mengambil Pendidikan (Sains, Biologi dan Kimia) sebagai jurusan beliau di universiti tersebut dan beliau telah tamat menyambung pelajaran dan mendapat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 2010. Heliza juga pernah mendapat anugerah dekan selepas beliau bergelar artis. Walaupun beliau amat sibuk dengan kerjayanya namun dengan kesibukan itu menambahkan motivasi beliau untuk mendapatkan kecemerlangan dalam pelajarannya.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Sekolah/Institut |
---|---|
1991-1993 | Tadika Yayasan Islam Kuala Terengganu, Terengganu |
1993-1998 | Sekolah Rendah Sultan Sulaiman 1, Kuala Terengganu, Terengganu |
1999-2001 | Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Treacher Methodist, Taiping, Perak |
2001-2003 | SM Konven St. Ursula, Tawau, Sabah |
2004-2005 | Kolej Matrikulasi Labuan, Kampung Merinding, Labuan |
2005-2010 | Ijazah Sarjana Muda (Biologi & Kimia), Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah |
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Akademi Fantasia
[sunting | sunting sumber]Heliza diterima masuk untuk Akademi Fantasia musim kelima dan beliau adalah salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah dipilih oleh pihak penerbitan.
Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan kepada Heliza sewaktu berada di Akademi Fantasia ketika konsert konsert mingguan AF yang seterusnya:
Konsert | Lagu | Ked. |
---|---|---|
Minggu 1 | "Kau Pergi Jua" nyanyian asal Adam Ahmad | Ke-2 |
Minggu 2 | "Aku Bukan Untukmu" nyanyian asal Rossa | Ke-2 |
Minggu 3 | "Melodi Ahlan" nyanyian asal Waheeda | Ke-4 |
Minggu 4 | "Torn" nyanyian asal Natalie Imbruglia | Ke-3 |
Minggu 5 | "Diam-Diam Jatuh Cinta" nyanyian asal Ramlah Ram | Ke-4 |
Minggu 6 | "Nafas Cahaya" nyanyian asal Misha Omar | Ke-6 |
Minggu 7 | "Rindu Merindu" nyanyian asal Fauziah Idris | Ke-6 |
Minggu 8 | "Kesal" nyanyian asal Ella | Ke-4 |
Minggu 9 | "Ya Atau Tidak" nyanyian asal Erra Fazira | Ke-5 |
"Joget Cinta Sakti" nyanyian asal Haziq & Rosma (duet bersama Aswad) | ||
Minggu 10 | "Cinta Boneka" nyanyian asal D-Va | Tempat Ke-4 |
"Cinta Di Lautan Lalang" nyanyian asal Heliza
|
Pengaruh Siti Nurhaliza
[sunting | sunting sumber]Beliau menjadikan Siti Nurhaliza sebagai idola. Oleh yang demikian, beliau sering membawa pengaruh Siti dalam persembahan beliau. Hal ini diakui sendiri oleh Hattan apabila beliau memberi komen terhadap nyanyian Heliza dalam persembahan minggu ke-3 Akademi Fantasia dengan katanya yang bermaksud:
Saya mengetahui bahawa anda adalah peminat Siti, anda perlu menjauhi pengaruh beliau dalam nyanyian anda.
Sekiranya kita imbas kembali pada konsert pertama beliau, ketika menyanyikan lagu "Kau Pergi Jua," beliau telah meniru gaya vokal Siti semasa baris "Semuanya bagaikan sebuah mimpi."
Fauziah Latiff juga mengatakan perkara yang sama ketika konsert keenam ketika mendendangkan lagu "Nafas Cahaya". Nyanyian Heliza ketika itu digayakan mengikut irama asli. Namun, hanya seorang pengkritik yang memberikan satu lampu biru kepadanya sekaligus meletakkan Heliza berada di kedua terakhir sebelum Aswad.
Walau bagaimanapun, Heliza berjaya memansuhkan pengaruh Siti Nurhaliza melalui lagu nyanyian asal Ella iaitu Kesal pada konsert kelapan. Pengkritik tetap, Hattan memaklumkan perkara demikian semasa memberikan komen terhadap persembahan Heliza.
Pengacaraan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2011, Heliza mula menunjukkan rasa minatnya untuk menceburi bidang pengacaraan dan perkongsian motivasi kepada masyarakat, khususnya remaja. Beliau telah mendapat pensijilan dari Professional Learning Facilitator dan Certified Professional Image Consultant (CPIC)
Aktiviti keagamaan
[sunting | sunting sumber]Heliza merupakan salah satu penggiat seni yang aktif dalam bidang kemanusiaan masyarakat Islam. Beliau juga sering bergiat bersama adiknya, Hazwani Helmi.[2][3] Semangatnya untuk memperjuangkan isu ummah ini semakin kuat setelah beliau pergi dan lihat sendiri keadaan di Gaza, Palestin pada tahun 2012. Walaupun pada mulanya keluarganya tidak membenarkan beliau pergi atas faktor keselamatan, tetapi akhrinya mendapat keizinan, dan beliau dapat berkongsi isu ini kepada masyarakat.[4] Lirik lagu "La Tahzan" diinspirasikan hasil daripada pengalaman beliau menjejakkan kaki di sana pada pertama kalinya.
Beliau merupakan duta Aman Palestin dan beliau juga aktif mengikuti pertubuhan bukan kerajaan NGO yang lain seperti Muslim Care, MAPIM dan banyak lagi. Selain dari isu Gaza, beliau juga sedang memperjuangkan isu kemanusiaan di Syria, dan telah ke sana sebanyak tiga kali. Heliza juga rapat dengan masyarakat Sabah, di mana kebanyakkan masyarakat pedalaman di Sabah memerlukan bantuan dari segi bimbingan dan pendidikan ajaran Islam.
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album studio
[sunting | sunting sumber]- Jom Zikir (2015)[5]
Album kompilasi AF
[sunting | sunting sumber]- Best Of Heliza (2007)
Single
[sunting | sunting sumber]- Cinta Di Lautan Lalang (2007)
- Doa Dalam Lagu (feat Mawi) (2008)
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2009 | Syurga Cinta | Syuhadah | Filem pertama |
2017 | Bukan Cinta Malaikat | Heliza | Filem Malaysia-Indonesia |
2024 | Pendekar Awang: Darah Indera Gajah | Siti |
Televisyen
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Saluran TV | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007 | Akademi Fantasia (musim 5) | Astro Ria | Peserta | |
2011 | Man Jadda Wajada | TV AlHijrah | Pengacara | |
Sinar Itu Hadir Jua | TV1 | |||
2012 | Rasa Halal Antarabangsa | Astro Oasis | ||
2013 | S.I.S | TV9 | ||
2017 | SIS Istimewa Raya | khas hari raya | ||
2018 | Gema Gegar Vaganza (musim 2) | Astro Oasis | Peserta | |
2019 | Maharaja Lawak Mega 2019 | Astro Warna | Artis jemputan | |
2021 | Warung Wak (Musim 3) | Awesome TV | ||
2022 | Wanita Hari Ini | TV3 | ||
Borak Kopitiam | ||||
Megalawak | Astro Warna | |||
MeleTOP | Astro Ria | Pengacara undangan | ||
2024 | Nasi Lemak Kopi O | TV9 | Pengacara |
Drama
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2009 | Doa Ibu | Drama pertama | ||
2012 | Warkah Cinta | Wardah Abdul Latif | TV AlHijrah | |
2024 | Lelaki Melayu Terakhir | Aisyah | TV3 |
Telefilem
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Cinta Kun Fayakun | Fairuzah Hanum | TV AlHijrah | Telefilem pertama |
Teater
[sunting | sunting sumber]Tahun | Tajuk | Watak | Produksi | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Cinta High Class[6] | Qaniah Syumaila | Dramatis Studio | Ekspo Buku Islam ke-13 |
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2007 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-21 | Artis Baru Wanita Popular | Tercalon |
2008 | Anugerah Juara Lagu ke-23 | Calon Akhir kategori Etnik Kreatif "(Doa Dalam Lagu dengan Mawi)" | Tercalon |
2009 | Festival Filem Malaysia ke-22 | Pelakon Harapan Wanita "(Syurga Cinta)" | Tercalon |
Pelakon Wanita Terbaik "(Syurga Cinta)" | Tercalon | ||
2011 | Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan | Anugerah Kulit Cantik Wanita | Tercalon |
2012 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian | Artis Wanita Stailo | Tercalon |
Artis Berpengaruh di Laman Media Sosial | Tercalon | ||
2014 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian | Pengacara TV Paling Popular | Tercalon |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Heliza Helmi kini isteri orang
- ^ Syanty Octavia Amry (9 Julai 2019). Heliza dan Hazwani ke Gaza lagi Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2019.
- ^ Syanty Octavia Amry (13 September 2017). Heliza berduet dengan adik Harian Metro. Dicapai pada 13 September 2017.
- ^ Amirul Haswendy Ashari (27 Oktober 2017). Misi kemanusiaan 'melekat' di hati Heliza Harian Metro. Dicapai pada 28 Oktober 2017.
- ^ Syanty Octavia Amry (31 Julai 2015). Heliza muncul album baru Harian Metro. Dicapai pada 1 Ogos 2015.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (6 Mac 2015). Cinta High Class: Teater adaptasi novel ustazah Harian Metro. Dicapai pada 1 Januari 2024.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Orang dari Terengganu
- Peserta Akademi Fantasia
- Orang hidup
- Kelahiran 1986
- Penyanyi wanita Malaysia
- Orang dari Perak
- Pengacara wanita Malaysia
- Pengacara televisyen Malaysia
- Pelakon wanita Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Peserta Gema Gegar Vaganza
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Muslim Malaysia
- Alumni Universiti Malaysia Sabah