Negeri di Empayar Jerman
Empayar Jerman terdiri dari 26 bahagian, dan kemudian (sehingga tahun 1876) 25 negeri berdaulat, bandar bebas dan Wilayah Imperial, yang terbesar dan dominan adalah Prusia. Negeri-negeri ini, atau Staaten (atau Bundesstaaten, iaitu negeri-negeri persekutuan, nama yang berasal dari Gabungan Jerman Utara sebelumnya; mereka dikenali sebagai Länder semasa era Republik Weimar) masing-masing mempunyai suara di Bundesrat, yang memberikan mereka perwakilan di tingkat persekutuan.
Beberapa negeri ini telah memperoleh kedaulatan berikutan pembubaran Empayar Suci Rom. Lain-lain dicipta sebagai negeri berdaulat selepas Kongres Vienna pada tahun 1815. Wilayah-wilayah tidak semestinya bersebelahan, seperti Bavaria, atau Oldenburg banyak wujud di beberapa bahagian (enklaf dan eksklaf), akibat pengambilalihan sejarah, atau, dalam beberapa kes, bahagian-bahagian kelompok keluarga yang berkuasa.
Kerajaan
[sunting | sunting sumber]- Kerajaan Prusia (terbahagi kepada beberapa wilayah)
- Kerajaan Bavaria
- Kerajaan Sachsen
- Kerajaan Württemberg
Duci Besar
[sunting | sunting sumber]- Duci Agung Baden
- Duci Agung Hesse
- Duci Agung Mecklenburg-Schwerin
- Duci Agung Saxe-Weimar-Eisenach (Duci Agung Sachsen dari 1877)
- Duci Agung Mecklenburg-Strelitz
- Duci Agung Oldenburg
Duci
[sunting | sunting sumber]- Duci Brunswick
- Duci Saxe-Altenburg
- Duci Saxe-Meiningen
- Duci Saxe-Coburg dan Gotha
- Duci Anhalt
- Duci Saxe-Lauenburg (hingga 1876, kemudian digabungkan kedalam Prusia)
Prinsipaliti
[sunting | sunting sumber]- Prinsipaliti Schwarzburg-Sondershausen
- Prinsipaliti Schwarzburg-Rudolstadt
- Prinsipaliti Waldeck dan Pyrmont
- Prinsipaliti Reuss-Greiz (Bahagian Senior)
- Prinsipaliti Reuss-Gera (Bahagian Junior)
- Prinsipaliti Schaumburg-Lippe
- Prinsipaliti Lippe
Bandar Bebas dan Hansa
[sunting | sunting sumber]Berbeza dengan entiti-entiti di atas, bandar-bandar negara kota ini telah dijamin secara perlembagaan dan di disusunkan sebagai republik
Wilayah Imperial
[sunting | sunting sumber]Berbeza dengan semua negeri berdaulat yang disebutkan di atas, daerah ini, yang merangkumi wilayah yang diserahkan oleh Perancis kepada Jerman di tahun 1871, pertama kali ditadbirkan oleh kerajaan pusat, kemudian berkembang menjadi sebuah negeri autonomi yang terbatas, dengan parlimen negeri yang dipilih sendiri oleh orang tempatan pada tahun 1912.