Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang
Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang yang terletak di Georgetown ini merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Pulau Pinang.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bangunan muzium itu dibina bagi menempatkan Penang Free School pada 1821–1927. Selepas Penang Free School berpindah ke bangunan baru di Green Lane, Sekolah Hutchings mengambil alih bangunan itu pada Januari 1928 dan digunakan sehingga 1960. Muzium itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Raja Uda Raja Muhammad pada 14 April 1965.[1] Bangunan itu diisytihar sebagai bangunan warisan oleh Akta Warisan 2005.[2]
Pada April 2017, kerja pengubahsuaian besar-besaran diadakan di muzium ini.[3] Ia dianggarkan bahawa projek membaik pulih bernilai RM20 juta dan mengambil masa tiga tahun; semasa artifak muzium ini dipindahkan sementara ke cawangan muzium di Jalan Macalister, George Town.[4] Bangunan baru juga dirancang untuk didirikan di sebidang tanah di sebelah muzium yang telah kosong sejak ia dibom semasa Perang Dunia Kedua.[5]
Waktu dibuka
[sunting | sunting sumber]Muzium Negeri Pulau Pinang (Lebuh Farquhar) Ditutup Sementara untuk Restorasi
Bangunan No.57, Jalan Macalister Ditutup Sementara untuk Penyelenggaraan
Balai Seni Lukis Negeri (Dewan Sri Pinang) Dibuka pada hari Sabtu hingga Selasa jam 10.00 pagi - 4.00 petang
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Sejarah Muzium Pulau Pinang - Laman Web Rasmi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-11. Dicapai pada 2020-07-31.
- ^ "Bangunan - Laman Web Rasmi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-12. Dicapai pada 2020-07-31.
- ^ "Centuries-old Penang museum to get RM20m restoration". 2017-03-24. Dicapai pada 2017-03-25.
- ^ "State museum to close three years". The Star. 25 March 2017.
- ^ Predeep Nambiar (21 March 2018). "Penang Museum to feature Louvre-inspired art house by 2020". Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-08-08. Dicapai pada 2020-07-31.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang |
- Penang Museum and Art Gallery - Homepage
- Lenzi, Iola (2004). Museums of Southeast Asia. Singapore: Archipelago Press. m/s. 200 pages. ISBN 981-4068-96-9.