Pergi ke kandungan

Yeot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mullyeot)
Yeot
Nama Korea
Perumian Semakanyeot
McCune–Reischaueryŏt

Yeot adalah sejenis hangwa, atau manisan tradisional Korea. Ia boleh dibuat sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair, sebagai sirap, tafi, atau gula-gula. Yeot diperbuat daripada beras, pulut, sekoi pulut , jagung, keledek, atau bijirin yang bercampur-campur yang dikukus. Bahan-bahan yang dikukus diperam sebentar dan direbus dalam periuk besar dipanggil sot (솥) untuk masa yang lama.[1]

Yeot direbus untuk jangka masa yang lebih pendek dipanggil jocheong (조청), cecair yeot. Jocheong yang seperti sirap melekit ini biasanya digunakan sebagai perasa untuk memasak dan untuk salutan hangwa lain, atau sebagai sos untuk garae tteok, tteok berbentuk silinder putih.

Jika direbus untuk jangka masa yang lebih panjang, yeot akan membeku apabila sejuk, dan dipanggil gaeng yeot (갱엿). Gaeng yeot asalnya berwarna perang tetapi jika diregangkan (sebagaimana tafi disediakan), yang warnanya mencerah. Gorengan kacang, bijan, biji bunga matahari, jauzah atau labu boleh ditambah ke dalam atau ditutup atas yeot apabila ia menyejuk. Kelainan yeot dinamakan sempena bahan-bahan tambahannya, seperti berikut.[2]

Jenis yeot

[sunting | sunting sumber]
  • Ssallyeot (쌀엿) - dibuat daripada beras
  • Hobakyeot (호박엿) - dibuat daripada labu, keistimewaan tempatan Ulleungdo
  • Hwanggollyeot (황골엿) - dibuat daripada campuran beras, jagung, dan malta.[3]
  • Kkaeyeot (깨엿) - dilitupi dengan kkae (깨, bijan)[4]
  • Dangnyeot (닭엿) - keistimewaan tempatan Pulau Jeju, dibuat dengan sekoi pulut dan ayam[5]
  • Kkwongnyeot (꿩엿) - keistimewaan tempatan Pulau Jeju, dibuat dengan sekoi pulut dan daging burung kuang[6]
  • Dwaejigogiyeot (돼지고기엿) - keistimewaan tempatan Pulau Jeju, dibuat dengan sekoi pulut dan daging babi[7][8]
  • Haneuraegiyeot (하늘애기엿) - keistimewaan tempatan Pulau Jeju, dibuat dengan pulut sekoi dan herba haneulaegi[2][9]
  • Boriyeot (보리엿) - keistimewaan tempatan Pulau Jeju, dibuat dengan barli
  • Maneullyeot (마늘엿) - keistimewaan tempatan Pulau Jeju, dibuat dengan sekoi pulut dan bawang putih[10]
  • Gochgamyeot (곶감엿) - keistimewaan tempatan Sangju, dibuat dengan kesemak kering

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ (Korea) Yeot at Encyclopedia of Korean Culture
  2. ^ a b (Korea) Yeot at Britannica Korea
  3. ^ (Korea) Hwanggolyeot at Doosan Encyclopedia
  4. ^ (Korea) Kkaeyeot at Doosan Encyclopedia
  5. ^ (Korea) Dak yeot at Doosan Encyclopedia
  6. ^ (Korea) Kkwong yeot at Doosan Encyclopedia
  7. ^ (Korea) Port yeot[pautan mati kekal] at Haengboki gadeukhan jip (행복이 가득한 집), March 2009
  8. ^ (Korea) Pork yeot Diarkibkan 2011-07-22 di Wayback Machine National Academy of Agricultural Science
  9. ^ (Korea) Haneultari at Doosan Encyclopedia
  10. ^ (Korea) Garlic yeot at Doosan Encyclopedia

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]