Pergi ke kandungan

Morning Glory

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Morning Glory (filem))
Morning Glory
PengarahRoger Michell
PenulisAline Brosh McKenna
Dihasilkan olehJ. J. Abrams
Bryan Burk
DibintangiRachel McAdams
Harrison Ford
Diane Keaton
Patrick Wilson
Jeff Goldblum
SinematografiAlwin H. Küchler
Disunting olehDan Farrell
Nick Moore
Steven Weisberg
Muzik olehDavid Arnold
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehParamount Pictures
Tarikh tayangan
10 November 2010
Masa tayangan
107 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Bajet$USD40 juta[1]
Pecah panggung$USD60 juta

Filem Morning Glory merupakan filem dari Amerika Syarikat pada tahun 2010 yang diarahkan oleh Roger Michell. Filem bergenre komedi menampilkan Rachel McAdams, Harrison Ford, Diane Keaton, Patrick Wilson, John Pankow dan Jeff Goldblum.

Mengisahkan Becky Fuller (Rachel McAdams) yang mempunyai cita-cita sejak kecil lagi untuk bekerja dalam rancangan bual bicara terkenal, Today. Becky telah dipecat dari rancangan Good Morning New Jersey, dan dia telah menghantar bantak resume untuk memohon pekerjaan baharu. Akhirnya, dia telah dihubungi dari syarikat penyiaran IBS yang ingin mencari bakat baharu sebagai penerbit rancangan bual bicara terkenalnya, DayBreak.

Selepas ditemuduga dan ditawarkan kontrak yang lumayan oleh Eksekutif Rangkaian IBS, Jerry Barnes (Jeff Goldblum). Majikannya menetapkan indeks pencapaian bagi dirinya untuk menaikkan rating penonton di dalam rancangan DayBreak yang tidak menarik sejak kebelakangan ini. Sekiranya projek ini gagal, slot rancangan tersebut akan digantikan dengan slot bahan mainan dan nyanyian. Becky mendapat idea dan menawarkan kontrak untuk mencari pengacara lelaki yang baharu kepada bekas wartawan dan pengacara terkenal, Mike Pomeroy (Harrison Ford). Becky akan menggandingkan Mike bersama bekas seterunya suatu ketika dahulu Colleen Peck, (Diane Keaton). Ketidakserasian antara mereka berdua telah membuat keadaan menjadi kucar kacir semasa berada di dalam set pengambaran secara langsung. Mike seorang yang ego membuat Becky semakin tertekan kerana dia ditugaskan untuk memantau pergerakan Mike agar dia tidak melanggar kontrak bersama IBS.

Sementara itu, Becky mula berkenalan dengan Adam Bennett (Patrick Wilson) dan perhubungan mereka semakin hari semakin mesra. Namun begitu, disebabkan komitmen Becky yang terlalu sibuk, hubungan mereka berdua nampak renggang. Becky terlalu obses untuk memajukan dirinya sebagai penerbit yang hebat demi menaikkan semula rating rancangan DayBreak tersebut. Dia tidak mahu rancangan tersebut digugurkan disebabkan kegagalannya menguruskan rancangan tersebut. Mike pula sering membuat masalah di dalam set pengambaran antara kerap mabuk dan menunjukkan rasa kurang selesanya terhadap Colleen. Mike mahu penyampaian sesuatu berita dengan piawaian yang sempurna. Dia tidak menyukai penyampaian yang santai dan penuh jenaka. Namun hal tersebut tidak diendahka oleh Becky. Pelbagai usaha Becky untuk meningkatkan rating tontonan antaranya memasukkan elemen jenaka, informasi dan hiburan. Becky yang nampak kreatif menggunakan Collen dan Matt Malloy (Ernie Appleby) untuk menjayakan projek terbarunya. Namun begitu rating tontonan DayBreak tetap menurun sebelum Becky memberitahu kepada krew produksinya bahawa rancangan DayBreak akan digugurkan kelak dan tidak akan ditayangkan lagi buat selama-lamanya.

Dengan tidak disangka-sangka, Mike berseloroh untuk menaikkan semula rating dengan projek persendiriannya. Dia inginkan satu program secara langsung untuk membongkar kegiatan haram yang dilakukan oleh seorang Gabenor mengenai kegiatan jenayahnya seperti dadah, judi haram dan pelacuran sehingga kepada penangkapannya oleh pihak polis. Programmnya berjaya ditayangkan secara langsung di dalam rancangan DayBreak yang membuatkan rating rancangan tersebut melonjak naik. Becky yang terhutang budi dengan Mike terus meminta maaf kerana selama ini menganggap Mike menyusahkan keadaan hariannya. Mike kemudiannya menceritakan mengapa dia mengambil keputusan suatu ketika dahulu. Dahulunya, dia juga terlalu obses dengan kerjayanya sehingga membuatkan dia kehilangan anak kandung kesanyangan buat selama-lamanya. Dengan kejadian itu, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjaya pengacara buat selama-lamanya. Becky mulai tersedar tindak tanduknya yang membuatkan perhubungan dengan Adam menjadi renggang.

Keesokkan harinya, Jerry memanggil Becky untuk memberitahu bahawa syarikat NBC yang lebih popular dengan rancangan bual bicaranya, Today berjumpa dengannya untuk melamar Becky menyertai NBC selepas kontraknya tamat dengan IBS. Becky mulai berasa serba salah adakah dia patut meninggalkan DayBreak walaupun cita-citanya lebih terarah dengan rancangan Today. Disebabkan berasa tertekan dengan Adam dan Mike, Becky terus meninggalkan DayBreak serta merta. Dia terus pergi menghadiri temuduga di syarikat NBC. Mike yang mulai perasaan ketiadaan Becky di set pengambaran terus merancangkan suatu lagi projek secara kejutan untuk memujuk semula Becky agar kembali semula ke rancangan DayBreak walaupun sedar rancangan tersebut bakal digugurkan kelak.

Mike terus membuat slot rancangan memasak untuk menyediakan makanan kegemaran Becky iaitu frittata, kebetulan semasa Becky sedang ditemuduga, dia ternampak akan rancangan Mike secara langsung. Disitulah Becky semakin sayang terhadap Adam, Mike, IBS dan krew produksinya. Dia terus meninggalkan sesi temuduga tersebut dan bergegas pergi meninggalkan syarikat NBC. Setibanya di syarikat IBS, dia sempat bertemu dengan Mike dan mengambil keputusan untuk meneruskan khidmatnya sebagai penerbit dan berjanji akan meneruskan rancangan DayBreak agar tidak digugurkan buat selama-lamanya. Becky tidak lagi terlalu obses dengan kerjayanya, dia mulai belajar menguruskan masa dengan baik dan memperbaiki perhubungan mesranya dengan Adam.

Harrison Ford pada tahun 2012
Harrison Ford pada tahun 2012
Rachel pada tahun 2012
Rachel pada tahun 2012
No.TajukMasa
1."Free Me" (Joss Stone)
2."Waiting For My Real Life To Begin" (Colin Hay)
3."Incredible" (Joss Stone)
4."New Shoes" (Paolo Nutini)
5."Open Spaces 4" (Ray Yates)
6."Prelude and Fughetta in G Major" (Johann Sebastian Bach)
7."Stuck in the Middle with You" (Michael Bublé)
8."Five PM" (Courtesy of Hollywood Edge)
9."Don't Hold Me Down" (Colbie Caillat)
10."Johnny Got a Boom Boom" (Imelda May)
11."Two Sleepy People" (Hoagy Carmichael)
12."Finale from String Quartet in B-Flat Major" (Kodály Quartet)
13."Happy Birthday to You" (Mildred J. Hill & Patty S. Hill)
14."Same Changes" (The Weepies)
15."Candy Shop" (50 Cent featuring Olivia)
16."Dance of the Sugar Plum Fairy" (Pyotr Ilyich Tchaikovsky)
17."Are You Here" (Corinne Bailey Rae)
18."Gone in the Morning" (Newton Faulkner)
19."Strip Me" (Natasha Bedingfield)


  1. ^ Fritz, Ben (11 November 2010). "Movie Projector: 'Unstoppable' seeks to derail 'Megamind' as 'Morning Glory' looks dim". Los Angeles Times. Tribune Company. Dicapai pada 13 November 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.