Pergi ke kandungan

Mohd Zabri Abdul Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Mohd Zabri bin Abdul Hamid)
Suhardi bin Jumian

960607-12-5431

BH1143-5431

sabah

S.P.
Nama samaranSuhardi bin jumian
Kelahiran(1996-07-06)6 Julai 1996
penampang, kota kinabalu, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia4 September 1975(1975-09-04) (umur 38)
Grik, sabah, Malaysia
DisemadikanTapah, Perak
KesetiaanMalaysia
PerkhidmatanFail:Flag of the Royal Malaysian Police.svg Polis Diraja Malaysia
PangkatAsisten Superintenden
Jumlah perkhidmatanG/3427
Unit Task Force (Komando VAT 69)
ArahanPlatun ke-3, Komando 69
PertempuranKebangkitan Komunis Malaysia
AnugerahSeri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.)
PasanganChe Manis @ Latifah Binte Abdullah

Mohd Zabri bin Abdul Hamid merupakan salah seorang perwira yang paling dikenang dalam Komando 69 Pasukan Gerakan Khas.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Mohd Zabri dilahirkan pada 15 Ogos 1937 di Tapah, Perak dan merupakan anak kedua dalam keluarganya.

Kerjaya sebagai polis

[sunting | sunting sumber]

Mohd Zabri memulakan kerjayanya sebagai pegawai polis pada 1 Mac 1963 dengan memegang jawatan Inspektor Percubaan. Selepas menamatkan latihan di PULAPOL Jalan Semarak, beliau ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang pada 18 Jun 1963 dan beliau kemudiannya ditukarkan ke unit Pasukan Polis Hutan (PFF)(sekarang Pasukan Gerakan Am) pada 29 Mac 1965 sebagai Komander Platun. Pada bulan Julai 1970, Zabri menyertai pasukan Komando 69 yang baru ditubuhkan ketika itu dan beliau berjaya dalam pemilihan tersebut selama lima bulan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Jurulatih Komando pada bulan April hingga Ogos 1971 bagi melatih pegawai dan anggota yang baru menyertai pasukan ini yang dikenali sebagai Platun Ketiga Komando 69, bertempat di Kubu Legap, Perak.

Operasi yang terlibat

[sunting | sunting sumber]

Zabri juga pernah melibatkan diri dalam satu operasi yang dikenali sebagai Ops Jemput Tiga yang dikendalikan bersama Cawangan Khas PDRM dan perisikan khas Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Darat (TNI-AD) dalam memburu dan menggempur Komunis Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) yang terletak disempadan Sarawak-Kalimantan. Dalam operasi yang menggabungkan pasukan Komando 69 PDRM dengan unit KOSTRAD (Komando Strategis Cadangan Angkatan Darat) TNI-AD dan mengambil masa lima bulan ini, kedua-dua pasukan tersebut berjaya menggempur kedua-dua buah kubu kumpulan PARAKU dan ketangkasan serta keberanian pasukan Komando 69 pimpinan Zabri dalam pertempuran yang tercetus serta berjaya menumbangkan beberapa orang ahli PARAKU ini amat mengagumkan pasukan keselamatan Indonesia.

Selain Ops Jemput Tiga, Zabri juga mengetuai tiga platun Komando 69 ke Hulu Perak pada bulan Ogos 1975 dalam gerakan mencari dan memintas salah satu kumpulan pengganas komunis yang terlibat dalam satu kes pembunuhan ke atas empat orang anggota Konstabel Tambahan Balai Polis Grik dimana empat orang anggota tersebut telah dibunuh dan mayat mereka dikelar oleh komunis dengan pisau. Pada 3 hb September 1975, unit-unitnya berjaya mengesan kedudukan khemah musuh yang terlibat berhampiran dengan Grik dan berlakunya satu pertempuran antara unit Komando 69 pimpinan Zabri dengan pengganas komunis yang mempunyai keanggotaan seramai 30 hingga 40 orang sebelum pengganas-pengganas tersebut berundur. Dalam pertempuran tersebut, dua orang anggota Komando 69 iaitu Koperal Sheikh Ismail serta Koperal Aziz Idris tercedera dalam pertempuran itu dan bantuan ke Unit Tek Tapong melalui perutusan semboyan telah diminta. Hasil pemeriksaan unitnya ke atas kem komunis yang ditinggalkan selepas pertempuran tersebut, mereka berjaya merampas 6 beg galas berisi makanan, pakaian, 2 laras senjata mortar, 18 butir bahan letupan, 15 kotak bekalan makanan, ubat serta beberapa barangan lain lagi. Selain itu, mereka juga turut merampas semula 3 laras senapang patah yang dipercayai milik empat anggota Konstabel Tambahan yang dibunuh ketika itu.

Diambang kematian

[sunting | sunting sumber]

Pada 3 September 1975, Zabri meninggal dunia akibat terpijak jerangkap samar yang dipasang oleh pengganas komunis semasa membawa dua anggota Komando 69 yang tercedera ke kawasan pendaratan selepas operasi memburu pengganas komunis yang terlibat dalam pembunuhan empat orang anggota polis tambahan selesai dan membawanya ke hospital. Kaki kanan beliau putus dan kecederaan di paha agak parah hingga menyebabkan beliau kehilangan darah yang banyak. Beliau menghembuskan nafas terakhir dengan memberi kata-kata amanat kepada anggotanya. Antara amanat terakhir beliau berbunyai, "Teruskan perjuanganmu... hancurkan petualang negara. Buru dan hancurkan mereka... biarpun diriku tiada lagi!" Jenazah Allahyarham disemadikan di Tapah, Perak dengan penuh istiadat penghormatan pasukan polis. Suasana sedih, sebak, tangisan dan titisan air mata menyelubungi dikalangan sanak saudara, keluarga dan sahabat handai serta warga PDRM, khasnya pegawai-pegawai dan anggota-anggota Komando 69 yang amat rapat dengan Allahyarham. Selain itu, Tun Haniff Omar (Ketua Polis Negara ketika itu), Ketua Polis Perak dan pegawai-pegawai polis hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Sebagai tanda memperingati jasanya dalam perjuangan menentang petualang negara, beliau dianugerahi pangkat Assisten Superintenden Polis dan sebuah kem latihan 69 Komando PGK di Tasik Banding dinamakan sebagai Kem Zabri.[1]

  1. ^ "Sejarah hidup Zabri Abdul Hamid". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-28. Dicapai pada 2008-05-30.