Senarai ke bawah
Penampilan
(Dilencongkan daripada Menu ke bawah)
Senarai/Menu ke bawah (drop-down list/menu; DDL[1]) ialah sebuah unsur kawalan grafik, serupa dengan kotak senarai, yang membenarkan pengguna untuk memilih satu nilai daripada senarai. Apabila senarai ke bawah tidak aktif, ia memaparkan hanya satu nilai. Apabila diaktifkan, ia memaparkan (menjatuhkan) senarai nilai, dan pengguna boleh memilih satu. Apabila pengguna memilih nilai baharu, kawalan kembali kepada keadaan tidak aktif lalu memaparkan nilai yang dipilih. Ia sering digunakan dalam reka bentuk antara muka pengguna grafik, termasuk reka bentuk web.
Kod HTML
[sunting | sunting sumber]Dalam borang web, unsur HTML <select>
dan <option>
digunakan untuk menghasilkan senarai ke bawah:[2]
<select>
<option>Pilihan 1</option>
<option>Pilihan 2</option>
<option>Pilihan 3</option>
</select>
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "DDL stands for Drop-Down List (user interface)". Acronymfinder.
- ^ "The SELECT, OPTGROUP, and OPTION elements". W3C.