Masjid Nurul Hidayah Kg. Pandan Dalam
Masjid Nurul Hidayah Kg. Pandan Dalam (MNHKPD) مسجد نور الهايه کامڤوڠ ڤندان دالم ﴿م.ن.ه.ک.ڤ.د.﴾ | |
---|---|
![]() | |
Maklumat am | |
Cabang/mazhab | Ahli Sunah Waljamaah |
Dibuka pada | 11 September 1987 |
Status | Beroperasi |
Maklumat pentadbiran | |
Imam | Ahmad Luqman bin Ayob (Imam Besar) Asyran bin Solah (Timb. Imam Besar) Abd Latif bin Ahmad Suhaimi bin Hassan |
Pengerusi | Ahmad Luqman bin Ayob |
Dimiliki oleh | Majlis Agama Islam Selangor |
Maklumat geografi | |
Negara | ![]() |
Lokasi | Jalan Pandan Laman, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur, Selangor |
Maklumat pembinaan | |
Bil. kubah | 1 |
Bil. tingkat | 2 |
Bil. menara | 1 |
Bahan binaan | Konkrit |
Kos | RM1,947,937.70 |
Laman sesawang | |
https://www.facebook.com/masjid.nurulhidayah.3363 | |
sunting ![]() |
Masjid Nurul Hidayah Kg. Pandan Dalam merupakan sebuah Masjid Naik Taraf yang terletak dalam daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat. Kos pembinaan masjid tersebut adalah sebanyak RM1,947,937.70, dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Masjid Nurul Hidayah terletak di kedudukan Latitud 3 darjah, 8 minit, 43 saat Selatan dan Longitud 101 darjah, 44 minit, 54 saat Timur. Arah kiblatnya adalah pada 292 darjah, 31 minit, 27 saat. [1]
Pada bulan Ogos 2019, masjid tersebut dinaik taraf oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama-sama dengan 6 buah masjid lain di negeri tersebut menjadi Masjid Naik Taraf, dan Ahmad Luqman bin Ayob dilantik sebagai Pengurus Masjid bagi mengganti jawatan Nazir yang sebelum itu dipegang oleh Lotfe bin Hashim.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Masjid dan surau di Hulu Langat" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-03-20. Dicapai pada 2014-06-26.