Marwan bin al-Hakam
Marwan bin Al-Hakam مَرْوَان بن الحكم | |||||
---|---|---|---|---|---|
Khalifah keempat Kerajaan Bani Umaiyah | |||||
Pemerintahan | Jun 684 – April/Mei 685 | ||||
Didahului oleh | Muawiyah II | ||||
Diikuti oleh | Abdul Malik | ||||
Keputeraan | 623 or 626 Mekah, Hijaz, Semenanjung Arab | ||||
Kemangkatan | April/Mei 685 (umur 59–63) Damsyik atau al-Sinnabra, Kerajaan Bani Umaiyah | ||||
Pasangan |
| ||||
Anakanda |
| ||||
| |||||
Kerabat | Marwaniyah | ||||
Wangsa | Umaiyah | ||||
Ayahanda | Al-Hakam bin Abu al-As | ||||
Bonda | Amina binti Alqama | ||||
Agama | Islam |
Marwan bin al-Hakam (623-685) atau Marwan I ialah khalifah Umaiyah keempat yang mengambil alih tampuk pemerintahan selepas pemerintahan singkat Muawiya II yang berakhir pada tahun 684 M. Beliau mengubah pemerintahan daripada keturunan Abu Sufyan kepada keturunan Marwan.
Awal kehidupan
[sunting | sunting sumber]Marwan lahir pada tahun dua Hijrah (623 M). Bapanya ialah Al-Hakam bin Abu Al-As dan ibunya ialah Aminah binti Alqama. Ketika kewafatan Rasulullah, beliau berusia 10 tahun.
Pada zaman pemerintahan Uthman bin Affan, Marwan bertugas sebagai setiausaha kepada khalifah, yang juga merupakan saudaranya. Pada zaman pemerintahan Muawiyah, beliau telah dilantik menjadi gabenor Madinah sebanyak dua kali. Muawiyah juga telah melantik Marwan sebagai penggantinya selain Yazid.[1]
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Muawiyah II tidak meletakkan seorang pun pengganti bagi jawatannya, dan menyerahkan urusan perlantikan itu kepada umat Islam. Tindakannya telah menyebabkan kekecohan sehingga hampir meruntuhkan kerajaan Islam. Abdullah ibn Zubair lantas mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah di Mekah lalu dipersetujui hampir seluruh kawasan taklukan Islam. Marwan pada mulanya juga ingin menerima Abdullah bin Zubair sebagai khalifah[2], namun beliau telah dipujuk oleh beberapa tokoh Bani Umaiyah seperti Ubaidillah bin Ziyad untuk menjadi khalifah. Lalu Marwan bertukar hasrat untuk menjadi khalifah pula. Satu persidangan telah diadakan di al-Jabiyah antara mereka dan akhirnya Marwan telah diisytiharkan sebagai khalifah menggantikan Muawiyah II.
Selepas dilantik, Marwan telah memulakan misi pengukuhan kuasa pemerintahannya di Dasmyik.[3] Beliau juga berjaya menguasai Syam selepas kemenangannya dalam Pertempuran Marj Rahith.[4][5] Beliau seterusnya mara ke Mesir dan berjaya menguasai Mesir selepas memenangi beberapa pertempuran dengan pasukan gabenor lantikan Abdullah bin Zubair. Marwan telah tinggal di Mesir bagi memastikan keamanannya selama dua bulan lalu melantik anaknya, Abdul Aziz sebagai gabenor Mesir dan Musa bin Nusair sebagai menterinya.
Sewaktu perjalanan pulangnya ke Syam bagi menghadapi serangan Abdullah bin Zubair, Marwan telah meninggal dunia tepatnya pada 3 Ramadan 65 H, tahun 685 M. Beliau sempat melantik melantik anaknya, Abdul Malik sebagai penggantinya.[6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Al-Masudi, Ali. Murawwij Az-Zahab. m/s. 38.
- ^ Al-Athir, Ali (1231). Al-Kamil fi At-Tarikh. m/s. 145.
- ^ Al-Athir, Ali (1231). Al-Kamil fi At-Tarikh. m/s. 150.
- ^ Al-Athir, Ali (1231). Al-Kamil fi At-Tarikh. m/s. 149–150.
- ^ Al-Tabari, Muhammad. Tarikh At-Tabari. m/s. 534–535.
- ^ Abu Amru, Khalifah Ibnu Khayyah. Tarikh Khalifah bin Khayyah. m/s. 191.
Marwan bin al-Hakam Tarikh keputeraan: s. 623 or 626 Tarikh kemangkatan: April/Mei 685
| ||
Didahului oleh Muawiyah II |
Khalifah Islam Kerajaan Bani Umaiyah Jun 684 – April/Mei 685 |
Diikuti oleh: Abdul Malik |
Jawatan politik | ||
---|---|---|
Kosong Gelaran dipegang dahulu oleh Abu Ayyub al-Ansari |
Gabenor Madinah 661–668 |
Diikuti oleh: Sa'id ibn al-As |
Didahului oleh Sa'id ibn al-As |
Gabenor Madinah 674–677 |
Diikuti oleh: Al-Walid ibn Utba ibn Abi Sufyan |