Pergi ke kandungan

Long Yunus bin Long Sulaiman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Long Yunus)
Long Yunus
Al-Sultan dan Yang di-Pertuan Besar
Negeri Kelantan Darul Naim
Fail:-
Long Yunnus II
Raja Kelantan
Pemerintahan1763 - 1798
KemahkotaanApril 1763
Didahului olehLong Sulaiman bin Long Bahar
Diikuti olehTengku Muhammad (digulingkan)
Sultan Muhammad I (pewaris sah)
Keputeraan-
-
-
Kemangkatan-
-
Pemakaman-
-
Pasangan-
Anakanda1.Long Pandak (Raja Muda Kelantan)
2.Long Muda
3.Long Yusof
4.Long Ismail (Raja Muda Kelantan)
5.Long Jenal (Raja Bendahara Kelantan)
6.Long Muhammad (Sultan Muhammad I)
7.Long Tan (Raja Temenggong Aria Pahlawan)
1.Che’ Ku Penambang
2.Che’ Ku Tuan Nawi (Che’ Ku Wan Teh)
3.Che’ Ku Telur
4.Che’ Ku Tuan Naman
5.Che’ Ku Che’ Wok
Nama penuh
-
Nama diraja
Paduka Seri Sultan Hajji Longg Yunnuss II Ibni Almarhum Sultan Hajji Longg Sulaimann II
Nama selepas mangkat
-
Kerabat-
Wangsa-
Ayahanda-
Bonda-
AgamaIslam


Long Yunus bin Long Sulaiman dianggap sebagai Raja Kelantan pertama yang menyatukan keseluruhan negeri Kelantan seperti sekarang. Baginda dikatakan mula menaiki takhta pada tahun 1763 dan memerintah sehingga tahun 1798[1].

Long Yunus turut serta dalam rombongan Long Gaffar putera Raja Reman dan Penghulu Adas ke Terengganu. Semasa di Terengganu Long Yunus telah dikahwinkan dengan Tuan Chik Jumat, Chik Puan Balai Dua, anak perempuan Engku Tanang Wangsa, Yang di-Pertuan Tua Terengganu. Engku Tanang Wangsa adalah pemangku raja Terengganu, kerana adiknya yang bongsu iaitu Sultan Mansur yang juga Yang di-Pertuan Kecil Terengganu masih kanak-kanak. Dengan bantuan mertuanya, Long Yunus berjaya menyatukan Kelantan yang berpecah dan ditabal sebagai Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Kelantan oleh Sultan Terengganu. Sebagai mengenang jasa jasa yang membantunya dalam peperangan itu, maka Long Yunus telah melantik Long Gaffar menjadi Perdana Menteri dengan diberi gelaran Engku Sri Maharaja Perdana Menteri memerintah dari kawasan Jeram sampai ke Pasir Tumbuh. Sepupu Long Yunus, Mandur Mis (Tuan Khomis) dilantik menjadi Mendahari Negeri bergelar Engku Mendahari Seri Maharaja Wangsa memerintah Lundang, Penghulu Adas memerintah disebelah hulu Sungai Nilam Puri (Kadok) dengan diberi gelaran Penghulu Menteri Seri Bija D'Raja. turut serta dalam penganugrahan tertinggi ini ialah seorang lagi tokoh bernama Raja Langsuring memerintah sebelah hulu pulau, Tanah Merah dengan gelar Engku Pahlawan Seri Maharaja Dalam.

Long Yunus mempunyai 7 orang putera dan 5 puteri iaitu Long Muhammad (Sultan Muhammad I) yang mandul, Long Tan (Tengku Temenggong Aria Pahlawan), Long Jenal, Long Ismail, Long Muda, Long Yusof, Long Pandak, Che’ Ku Penambang, Che’ Ku Tuan Nawi (Che’ Ku Wan Teh), Che’ Ku Telur, Che’ Ku Tuan Naman dan Che’ Ku Che’ Wok. Apabila baginda mangkat, menantunya Tengku Muhammad ditabal menaiki takhta kelantan oleh Sultan Mansur Terengganu dengan gelaran Yang Di-Pertuan Muda Kelantan pada tahun 1795. Ini menyebabkan rasa tidak puas hati oleh putera-putera Long Yunus yang akhirnya mencetuskan perang saudara dan Tengku Muhammad dan angkatan Terengganu berjaya dikalahkan oleh Long Muhammad pada tahun 1800.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ A Rentse, ms 53
Penyandang Terdahulu Sultan Kelantan
1763 – 1798
Penyandang Kemudian
Long Sulaiman bin Long Bahar Tengku Muhammad